Tuesday, March 17, 2009

Menjaga Tepi Kain Orang

Seorang gadis belasan tahun kelihatan baru turun dari motosikal yang dibawa oleh seorang remaja lelaki yang masih berpakaian sekolah. Saya terdiam dan berhenti seketika kerana terlalu berminat untuk memerhati tingkah laku mereka. Gadis yang perasan saya memerhatikannya menjeling ke arah saya. Saya pandang kembali kepadanya sambil mengerutkan dahi secara sengaja.

Gadis yang bertudung itu kemudian bersalam dengan remaja lelaki yang telah menghantarnya pulang ke rumah itu. Kemudian dia mencium tangan lelaki itu. Mereka kelihatan sangat bahagia, berbunga-bunga. Dari warna kulit dan pakaiannya saya rasa dia seorang gadis Melayu yang beragama Islam dan masih di sekolah menengah. Gadis itu kemudian berlari-lari menaiki tangga dengan girangnya.

Peristiwa itu cukup mengganggu fikiran saya. Saya khuatir jika sekiranya gadis itu tidak pernah tahu bahawa apa yang dilakukannya itu salah dan bertentangan dengan nilai agama Islam dan adat Melayu. Saya sangat risau mengenai keadaan dirinya, maruah dia dan keluarganya. Saya sangat pedulikannya, apatah lagi kerana kami tinggal di kejiranan yang sama. Tetapi pada petang itu saya tidak berkata apa-apa kepadanya, cuma melihat. Cuma selepas itu saya berasa menyesal kerana tidak terus menegurnya dan menyampaikan sedikit pesanan.

Jika saya diberi peluang untuk terserempak dengannya lagi (saya harap saya akan) saya ingin menegurnya dan memberitahu kepadanya tentang kesilapan atau kejahilannya itu. Dan semoga ayahnya tidak akan datang memarahi saya jika dia akan mengetahui perbuatan saya itu nanti.

9 comments:

Lily Abdullah said...

Salam.

Saya selalu melihat insiden sebegini @ yang sewaktu dengannya

Beratnya lidah mahu menegur. Dan saya marah pada diri.

Ahhh! Rasa terpalit dosa yang sama. Apa yang diajar di sekolah dan ke mana ibubapa/saudara-mara remaja ini?

Anonymous said...

tiada istilah menjaga tepi kain orang kerana manusia di lahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi.. Jika kita tidak melarang nya siapa lagi akan melarang atau menegurnya.myb gadis ini sedang di lamun cinta so perasaan dosa atau pahala tidak lagi menjadi keutamaan, yang menjadi keutamaan adalah rindu atau sewaktu dengannya

Anonymous said...

Bangga!! jika saya mempunyai jiran seperti saudara.. teruskan dengan niat saudara..saya pasti ayahnya akan berterima kasih jika dia seorang melayu yang beragama islam

addyaholix said...

saya hilang kata-kata.
tentu saya bangga kalau anak saya yang ditegur sedemikian.

dan saya juga selalunya cuma lihat.

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD,

Antara perkara yg paling saya tak suka buat adalah JAGA TEPI KAIN ORANG. Kain sarong sendiri pun tak berapa pandai nak jaga...asyik nak terlondeh je...inikan pula sibuk nak jaga tepi kain org. Nway, kat rumah, saya pakai shorts je, tak pandai pakai kain;-) Wassalam...

Anonymous said...

Saya melihat khalayak penari wanita Melayu Islam mencium tangan pelatih mereka yang kebanyakannya lelaki lembut sebagai tanda hormat dalam Citrawarna tahun lepas sebaik sahaja selesai apa2 latihan. Fanomena hormat guru yang tak bertempat ini amat menakutkan!

Kelmarin saya dikenalkan dengan beberapa penari yang terlibat dalam Citrawarna tahun ini oleh seorang teman sewaktu menonton raptai, salah seorang daripada mereka penari perempuan Melayu Islam menghulurkan tangan untuk bersalam selepas saya bersalam dengan beberapa penari lelaki, saya menyambut sahaja salamnya sebagai tanda hormat dan tidak mahu memalukannya dengan menolak salam yang dihulurkan. To my utmost surprise, die mencium tangan saya! Saya terus tarik sambil senyum kelat, "Kena cium ke???"

Inilah realiti masyarakat Melayu Islam kita. Pahit tetapi benar!

Saya mengharapkan ustaz-ustazah di sekolah mengajar mereka elok2. Saya rasa saya bukan ditempat sesuai untuk menegurnya ketika itu, apatah lagi pakaian2 mereka jelas mendedahkan aurat, dan waktu maghrib nan berlalu tiada seorang pun penari Melayu Islam sibuk nak bersolat lelaki mahupun perempuan... Setakat nak tegur salam bukan muhrim nampaknya byk lagi bende2 pokok kene tegur dulu.

Sedih.

-joe-

*Mawar Nafastari* said...

"jangan kau dekati zina"..
dari ringan2 nanti jadi yang berat pula... itulah yang kita harus ingat terutama kaum perempuan harus pandai menjaga diri..
dari bersalaman, kemudian perpegangan tangan, dan kemudian.. bila sudah berbadan dua, menyesal tak sudah.

bukan berfikiran sempit, tetapi islam itu indah telah mengajar kita untuk menjaga adab antara muhrim dgn bukan muhrim.jangan kerana takut air muka orang jatuh jika kita tidak menyahut tangannya untuk bersalaman, tetapi takutlah Allah kerana kita tidak mengamalkan apa yang disuruhNya.

ada hikmahnya kita menjaga diri, sebagai penghalang dari berlakunya perkara tidak bermoral.

jika kita benar2 mempraktikkan islam, inshaAllah segalanya nampak mudah dan bersih..

Nafastari said...

Water Lily, kita semua selalu melihatnya kerana mereka semua telah menjadi sebahagian daripada kita. Saya juga hairan apa yang diajar kepada mereka.

Kejadianaalam, benar sekali. Dan saya menggunakan peribahasa itu sebagai sindiran sahaja.

Anonymous, terima kasih. Saya harap akan berjumpa dengannya lagi.

Addyaholix, nampaknya kamu sependapat dengan saya. Saya risau jika suatu hari nanti orang cuma melihat tanpa mempunyai rasa lagi kerana perkara itu telah menjadi terlalu biasa. Na'uzubillah.

Ishan, saya fikir orang India pakai sarong? Hey, nasib baik kamu orang India kalau tidak tentu saya marah dengan komen anda. Kerana saya membicarakan sesuatu yang lebih penting dari tafsiran literal menjaga tepi kain. Untuk pengetahuan anda "menjaga tepi kain orang" mempunyai maksud yang lebih besar dan penting daripada yang anda faham. Terima kasih.

Joe, saya rasa lega kerana mengetahui bukan saya seorang sahaja yang masih prihatin tentang perkara ini. Anda juga dan pengomen-pengomen lain juga. Saya juga tidak mencium tangan orang sebarangan, kecuali ibu bapa saya sahaja, itupun baru-baru ini sahaja. Dulu saya tidak tahu ianya sebahagian daripada budaya orang Islam Malaysia kerana kami tidak pernah melakukan ciuman tangan seperti itu dulu. Satu lagi, saya bangga dengan penari yang islamik seperti kamu, sekurang-kurangnya dari cara perspektif kamu berfikir.

Mawar, semoga anda terus istiqamah dengan pemahaman dan pengamalan anda. Dan semoga anak-anak kamu suatu hari nanti juga terus percaya kepada prinsip-prinsip yang dipegang kamu sekarang.

Anonymous said...

Hahahah
"penari islamik" tu mcm pelik kedengaran...

Saya lebih suka dikenali sebagai pencinta dan pengamal seni berbanding penari per se.

Saya orang Islam, saya bawa Islam kemana-mana saya pergi, apa2 saya buat...
Kalau saya buat salah pun saya masih Islam, dan Islam menganjurkan saya bertaubat dari kesilapan...
Yang pasti saya tak sempurna, Islam juga mengajar saya begitu...


-joe-