Tuesday, March 10, 2009

Tiada Jenayah Yang Sempurna

Sekarang saya percaya bahawa dalam sesuatu pilihanraya di Malaysia, memang berlaku penipuan dan pengadilan yang berat sebelah. Sebelum ini saya kurang yakin kerana saya tidak pernah melihat sendiri, hanya mendengar dan membaca di mana-mana. Tetapi tidak sehingga semalam, kerana saya sudah melihat sendiri tentang penipuan itu. Saya berasa sangat marah dengan jabatan dan orang-orang yang terlibat kerana perbuatan itu sangat tidak bermoral, tidak adil dan mereka berdosa kerana menipu rakyat.

Seseorang yang agak dikenali telah mengaku kepada saya bahawa dia telah diberikan kad pengenalan kedua sebelum tibanya pilihanraya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini! Kad pengenalan itu telah dikeluarkan kepadanya bagi membolehkan alamatnya dalam kad pengenalan ditukarkan menjadi alamat di Kuala Terengganu dan seterusnya namanya dimasukkan dalam daftar pemilih bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Sebelum itu, alamatnya adalah di negeri lain dan dia memang pengundi berdaftar di negeri tersebut.

Dia telah terlupa dan tersalah menggunakan "kad pengenalan" barunya itu untuk sesuatu urusan. Tetapi setelah menyedari perkara itu, dia terpaksa memperbetulkannya kerana alamat dalam "kad pengenalan" barunya itu adalah alamat yang salah dan rumah tersebut langsung tidak wujud! Lalu dia terpaksa mengaku bahawa kad pengenalan yang itu adalah kad pengenalan yang keduanya, dan dia juga masih menyimpan kad pengenalan yang pertama. Selepas itu saya cuba menyemak nombor kad pengenalannya itu dalam sistem daftar pemilih di laman web SPR, ternyata namanya terdaftar sebagai seorang pemilih dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Sekarang saya telah faham bagaimana timbulnya cerita JPN Terengganu telah bekerja sampai waktu malam pada hari-hari sebelum menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Dan saya syak dalam hati bahawa JPN, SPR dan BN memang terlibat dalam penipuan ini.

4 comments:

Water Lily said...

Salam,

Setiap yang salah pasti ada cacat cela. Jika dilaporkan,ada sesiapa mahu mengambil tindakan?

Baity said...

huh?
menyakitkan hati!
tambah menyedihkan apabila tak ada apa yang boleh dilakukan berkenaan itu.

Nafastari said...

Water Lily, saya sudah hilang keyakinan kepada yang berwajib, silap-silap saya pula yang dituduh buat tuduhan palsu. Bukan saya orang yang pertama menulis dan membicarakan sesuatu yang seperti ini, malah sudah ramai. Jika mereka benar-benar membaiki perkara itu sudah tentu mereka sudah lama memulakannya.

Baity, ya sangat menyakitkan. Ya, tak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Kita tidak punyai kuasa, kuasa ada di tangan mereka.

Anonymous said...

Akta kerahsiaan jay...huhuhu