Saturday, March 07, 2009

Selamat Tinggal Unta




Pada mulanya saya fikir saya tidak akan dapat meminum susu unta kerana beranggapan bahawa susu itu akan punyai bau dan rasa yang hamis, tetapi sangkaan saya meleset kerana susu tersebut tidak mempunyai bau dan rasa yang hamis. Ianya terasa seperti susu segar yang dibeli di pasar raya walaupun ia baru diperah di depan mata kami dan kemudiannya diletakkan dalam botol. Ia dijual dengan harga SR5 setiap satu, saya menghabiskan sebotol di ladang itu di hadapan unta-unta itu juga.

Apa yang saya suka dengan dengan masjid nabawi dan masjidil haram adalah kerana imam di sana akan menunggu ma'mum dengan lama sekali setelah azan dilaungkan. Jadi ma'mum yang tinggal jauh dari masjid masih sempat untuk datang berjemaah secara penuh. Tidak seperti di kampung saya, bilal akan terus mengalunkan iqamat sebaik sahaja dia habis solat sunat qabliyah.

Orang Arab kebanyakannya sangat mengambil berat tentang saf dalam solat berjemaah. Mereka akan menyuruh orang-orang di dalam safnya supaya menyamakan kaki-kaki mereka dalam satu saf yang lurus. Malah mereka tidak segan-silu memaut bahu anda untuk dirapatkan kepadanya dan memberi isyarat kepada anda supaya ke bergerak belakang atau ke hadapan sedikit bagi meyamakan saf. Ini berbeza sekali dengan masyarakat di tempat saya yang langsung tidak mengambil berat akan hal ini, malah mereka buat-buat tidak endah apabila saya cuba mengarahkan mereka supaya berbuat demikian.

Akhirnya saya tinggalkan Mekah dan tanah suci. Saya bawa pulang segala kenangan, pengalaman dan pelajaran. Semoga kerinduan akan membawa saya kembali.

4 comments:

kejadianalam said...

hehe hebat btl tajuk ini.. pepun kagum melihat gambar yang di ambil kerana dapt melihat tanah ambia secara dekat

Aishah Jamal said...

eh! Unta tu nampak cute juga.

Terimakasih kerana berkongsi cerita dan gambar-gambar dari bumi sana.

Anonymous said...

j,
ayat ko boleh jadi senang tapi cara ko explain menyebabkan nyer berjela2 dan kedengaran pelik..

Sounds funny too!

-joe-

Nafastari said...

Kejadianalam, oh benarkah? terima kasih.

Aishah Jamal, mungkin sebab ia seekor anak unta. Semoga nanti kamu pula yang akan berkongsi cerita dari sana insyaAllah.

Joe, aku sengaja membuatkan ianya jadi begitu dan kedengaran begitu. Kelakar? Oh, saya memang seorang pembuat lawak yang bagus. Terima kasih, datanglah lagi untuk membaca cerita yang lebih lucu.