Hari kedua di Madinah kami menziarahi Masjid Quba’. Kami digalakkan supaya dalam keadaan berwudhu’ dari tempat penginapan dan terus bersembahyang dalam masjid Quba’ apabila tiba, supaya nanti kami akan beroleh pahala seperti menunaikan satu umrah. Sewaktu meminjam kamera seorang gadis dalam kumpulan rombongan kami, saya tersentuh hujung jarinya dengan tidak sengaja, dia marah kerana dia fikir wudhu'nya terbatal lalu dia tidak akan mendapat pahala tersebut. Tapi saya tak kisah kerana saya tidak berfikir seperti dia.
Kemudian kami dibawa melawat ke “ladang kurma”. Mati-mati saya fikir kami akan masuk ke kawasan ladang dan melihat buah kurma yang masak pada pokok-pokok kurma yang kelihatan seperti pokok kelapa sawit yang tinggi. Sangkaan saya meleset, ladang tersebut memang ada, tetapi cuma berada di belakang kedai jualan kurma. Saya tidak dapat melihatnya dari dekat kerana ia berpagar dan sudah tentulah saya tidak dapat menjamah batangnya apatah lagi untuk mengait buahnya. Kurma yang paling mahal adalah kurma Ajwa, dijual sehingga SR80 sekilo, dikatakan jenis kurma yang dimakan oleh nabi.
Seterusnya kami ke Bukit Uhud, tempat perang Uhud, di situ letaknya kubur bapa saudara Rasulullah, Hamzah Bin Abdulmutalib. Diabadikan juga sebuah sekolah rendah yang diberi nama sempena namanya. Walaupun cuacanya agak panas, tetapi suhunya agak sejuk, peluh yang menitis pun terasa sejuk. Ziarah diteruskan dengan kunjungan ke Masjid Qiblatain. Saya tidak tahu mengapa mutawif itu beria-ia menerangkan kepada kami bahawa tiada apa-apa fadhilat yang khas jika bersembahyang di situ, tetapi saya turun juga dari bas dan melakukan solat tahiyyatul masjid tanda penghormatan ke atas masjid itu.
Petang selepas solat asar saya berjalan di sekeliling masjid bersendirian dan akhirnya duduk di satu kawasan yang sangat lapang di kanan masjid jika kita datang dari pintu belakang mihrab. Ada banyak keluarga yang seolah-olah berkelah, kanak-kanak berlari riang. Tiba-tiba ada 5 orang kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun datang menyapa saya. Dua daripada dari Oman dan 3 lagi dari Mesir dan mereka semua bertutur dalam bahasa Arab. Mereka sangat gembira apabila saya menyebut beberapa perkataan Arab. Tetapi mereka juga bersungguh-sungguh berusaha untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka semua asyik mengikut saya dan bertanya itu ini dan sebagainya. Mereka menarik-narik tangan saya serta menepuk-nepuk badan saya jika ingin meminta lebih perhatian sewaktu mereka bercerita kerana semua orang ingin bercakap kepada saya pada masa yang sama. Ah, gangguan yang agak menyenangkan!

Malam itu selepas Maghrib saya diketemukan dengan kawan lama yang dulu sama-sama menuntut di Gombak, tetapi selepas dua semester dia pergi melanjutkan pelajarannya di Universiti Madinah. Saya sungguh terharu dengan pertemuan itu kerana kami sudah lama tidak berjumpa. Saya dulu pernah bermusafir dengannya ke Tapah Road Perak dan kami pulang ke Gombak dengan hanya menaiki bas bersambung-sambung sehingga lima bas kalau tidak silap. Sekurang-kurangnya itu adalah antara memori yang boleh saya ungkitkan kembali sewaktu dia membelanjakan saya makan kebab di sebuah restoran Arab tidak jauh dari masjid Nabawi. Semasa dia memesan makanan saya mendengar bahasa Arabnya cukup lancar sekali, betapa saya ingin menjadi sepertinya. Saya berkata kepadanya, kalau saya mempunyai seorang anak lelaki saya berharap anak saya akan menjadi baik dan pandai seperti dia.
Rasa berat hati hendak meninggalkan Rasulullah di Madinah. Madinah adalah sebuah bandar yang sangat tenang walaupun dikunjungi ribuan manusia tanpa putus-putus. Sebelum zuhur pada hari terakhir di Madinah saya sengaja berjalan sekali lagi mengelilingi masjid nabi. Selepas zuhur melakukan ziarah ke makam baginda dan dua sahabatnya. Saya diselubungi suatu perasaan yang sangat hiba, tetapi biarlah itu menjadi suatu kenangan yang paling baik di memori saya sahaja.
Sewaktu hendak meninggalkan bandar Madinah saya seakan-akan terdengar lagu bahasa Inggeris yang saya selalu dengar,
“Madinatunnabi madinatunnabi, the city of the prophet is like home to me, I'll travel through the world but I doubt that I will see a city with such wonder as Madinah, my heart is never far from the home of the Ansar and the city of the prophet almadinah ”.
Sekarang saya rasa saya faham bagaimana perasaan penggubah lagu itu sehingga dia boleh mencipta lagu yang indah sebegitu. Dan Tuhan, janganlah Kau hilangkan perasaan rindu ini!
4 comments:
ya, ketenangan itu dapat dirasakan saat2 saya membaca entri kamu.. pengalaman yang mengasyikkan dan mendekatkan.. terima kasih
Saat ini aku masih lg merasa seperti aku di Annabawi, semoga perasan seindah itu kekal abadi... InsaAllah aku akan kesana lg dalam masa terdekat ini, mungkin kita boleh pergi bersama Sekeluarga besar kita tu, amacam?
tak boleh lupe lawak menghilangkan diri di stesen bas teluk intan, sampai sekarang masih tertanya2 "Perlu keehhhh????"
-joe-
Hartini, kalaulah kamu juga berpeluang dapat ke sana, saya harap memang kamu akan berpeluang.
Wan Storm, aku pun berharap begitu, malah itu adalah salah satu daripada cita-cita aku. Semoga ada masa, kelapangan, kemudahan dan rezki untuk kita semua.
Joe, itu adalah masa lalu. Sekarang kamu sudah jauh. Tapi kita masih boleh rancang satu backpacking sama-sama kalau kita mahu.
Post a Comment