Tuesday, March 10, 2009

Etika Pakaian Kolam Renang Batu Burok

Saya gembira akhirnya mereka membuka pusat akuatik Batu Burok yang mempunyai kolam renang bersaiz olimpik kepada orang ramai, setelah lama kami menunggu. Jadi bolehlah saya pergi berenang dengan selesa.

Tapi saya berharap yuran masuk ke kolam renang awam itu sepatutnya lebih rendah. Saya mungkin cuma dapat menggunakan separuh daripada masa pembukaannya pada setiap sesi kerana jadualnya yang tidak mesra orang bekerja. Mereka membuka dari 4.30 hingga 6.30 petang, dan tutup pada malamnya. Saya pulang dari kerja biasanya pada pukul 6 petang. Saya juga perlu solat Asar, terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan perlu menukar pakaian. Untuk berenang saya juga perlu melakukan sedikit regangan pada sebelumnya bagi menghindar daripada kesakitan otot dan sebagainya. Jadi, nampaknya saya langsung tidak berpeluang untuk berenang pada hari bekerja.

Pada kunjungan kali pertama, saya memakai seluar renang ketat (tight) labuh separas buku lali. Di atasnya saya pakai seluar pendek supaya saya nampak tidak terlalu seksi. Saya sudah terbiasa begitu, malah ianya dibenarkan sewaktu saya menjadi anggota kelab penyelamat kolam renang (lifesaving club) di sebuah universiti islam dulu. Apabila saya hendak masuk ke kolam petugas penyelamat di situ menyuruh saya membuka seluar pendek itu.

Saya bertanya, "kenapa saya tidak boleh pakai?"
Dia jawab, "memang tidak boleh pakai, kamu kena buka."

Setelah melemparkan satu reaksi air muka yang tidak puas hati, saya masuk juga ke dalam kolam renang dengan seluar pendek itu dan kemudian membukanya dari dalam air . Saya letakkan seluar pendek yang sudah basah itu di tepi kolam. Saya berharap penyelamat itu puas hati kerana dia telah menang.

Pada kunjungan kali kedua, saya meminta kebenaran untuk memakai seluar pendek tanpa memakai tight di dalam, kerana saya fikir sebelum ini dia tidak benarkan saya memakai dua lapis seluar. Sebetulnya saya malu apabila tempat-tempat tertentu di badan saya cuma ditutup dengan seluar yang sangat ketat dan menampakkan segala bentuk fizikal, jadi saya cuba untuk pakai seluar pendek sahaja yang lebih lebih longgar, walaupun itu akan menampakkan bahagian bawah peha dan lutut saya. Saya cuba memilih kemudharatan yang lebih ringan (choose a lesser evil). Tetapi, si penyelamat itu tidak juga membenarkan saya memakai seluar pendek, dia menyuruh saya memakai seluar tight juga. Saya pun terpaksa pakai seluar tight dan berenang. Betapa susahnya hendak saya praktis apa yang saya percaya di negeri pelopor Islam hadhari ini.

Sepuluh minit selepas itu saya lihat dia benarkan seseorang masuk ke kolam dan berenang dengan hanya memakai seluar pendek yang longgar. Anda bayangkanlah bagaimana terbakarnya perasaan saya dengan sikap double standard itu. Sewaktu hendak keluar dari kolam renang menuju ke bilik persalinan, saya sengaja lalu betul-betul di hadapannya. Saya tahu dia memandang ke arah saya tapi saya langsung tidak memandang ke arahnya. Biar dia tahu saya sangat marah dan kecewa dengan mentalitinya yang tidak berkelas!

7 comments:

Anonymous said...

Alah..Dimalaysia ni kebanyakannya semua macam tu..peraturan mesti nak ikut barat..xdak prinsip sendiri..apa yang dilaungkan malaysia sebagai negara islam tu ngarut jer..islam hanya pada nama..praktikalnye xdak..

Anonymous said...

aku rasa instructor tu suka tengok org pakai seluar ketat.... mmg seksi pun.

Anonymous said...

Hahaha..
Aku dulu pun segan gak..
Paling segan nak tunjuk perut boroi!
Tapi lama2 dah biase..
Mule2 kite pikir pasal aurat...
Tapi sebenarnyer kite segan nak tunjuk kat org...
Akhirnya kite perasan nobody cares pun...
Come on! Do u look at people focusing on those parts?? No rite?

Eh! Tapi ni kes pool uia la yang asing lelaki perempuan,
kalu campur, sumpah aku pun tak nak masuk! Segan doohh!
Sbb tu i have the thought of settling myself around gombak je sampai bile2.. unless ade tempat lain kat mesia yang pool die asing laki pompuan hehe

Nafastari said...

Anonymous I, ya benar sekali.

Anonymous II, tapi instructor tu lelaki jugalah!

Anonymous III, bukan masalah fokus orang di mana. Tetapi soal prinsip dan kepercayaan, tidak semestinya agama, mungkin sekadar personal preference. Saya tidak kisah kalau dia boleh menjelaskan rasionalnya, tapi dia tidak menjelaskannya. Alhamdulillah, kolam di Batu Burok pun memisahkan lelaki dan perempuan, islamik kan? Tapi pada hari itu ada juga perenang perempuan yang berpakaian bikini (kelihatan seperti Melayu) di kolam lelaki. Mereka seperti perenang yang mewakili negeri sedang berlatih. Tak islamik kan?

Anonymous said...

Mungkin ada yg fikir kita tak maju kalau tak menyerupai barat atau yahudi.Kadang2 jarum yahudi dah tertusuk pn masih tak sedar.
-Pok de rima.

ismailpok said...

Sekarang ni banyak pakaian renang yang berprinsipkan Islam, brand Arena contohnya, longgar dan siap tudung, lelaki longgar dan selesa, yang penting jenis kainnya dan designnya.. aku pun jaga kolam, fuh !!! penat nak jawab ngan customer

Anonymous said...

tertarik sy membacanya..
seluar pendek bersama tight?
malu sekurangnya dapat menutup aurat..
sesiapa pun manusia itu berpakaian ape2 pun keluar dari air tetap la pakaiannye melekap di badannya..tentang seluar pendek pun pelik jugaklah sebab tk pernah lg tgok olympian atau mane2 atlet berpakaian seperti itu..
seksi?
pada nawaitu bro adakah dtg untuk menonjolkan bende tu ala tkdenye org nk tgok dalam air tu...niat datang kolam elok maka elok la jdnye..