Pagi itu sesudah solat subuh di masjidil haram saya sengaja termenung duduk di tangga, merenung ke arah kaabah dan orang yang bertawaf yang tidak pernah kurang selalu bertali-arus. Pemandangan itu terlalu indah dan suci. Saya tidak kisah duduk berlama-lama begitu, malah nikmat itu sangat menyenangkan. Semasa ingin pulang ke tempat penginapan, selipar saya sudah tiada di tempatnya. Saya terus keluar masjid tanpa alas kaki dan menuju ke sebuah jalan antara Zamzam Tower dan Darul Tawheed, ada ramai peniaga di kaki lima jalan menjual pelbagai jenis barangan termasuk selipar. Saya membeli sepasang dengan harga SR3 walaupun perempuan berkulit hitam dalam purdah itu pada mulanya meletakkan SR5.
Kemudian saya bersendirian mencari tempat untuk mengambil teksi untuk berniat ihram di miqat Tana’im. Lama saya terpaksa menunggu kenderaan pacuan empat roda itu penuh sebelum ia menukarkan saya dan dua orang warga Mesir ke sebuah kenderaan yang lain pula, dan selepas itu barulah kami bertolak ke Tana’im. Dalam penantian yang lebih setengah jam itu saya sempat berbual-bual dengan dua adik-beradik warga Mesir. Abangnya lebih ramah mungkin kerana dia tahu berbahasa Inggeris, tetapi adiknya menunjukkan reaksi tidak senang saat saya menyebut nama Husni Mubarak. Semasa di Masjid Tana’im pun si abangnya itu seolah-olah mengajak saya menyertai mereka berdua sehingga selesai umrah, tetapi saya buat-buat tidak faham.
Pulang dari Tana’im saya mengambil van yang penuh dengan penumpang warga Bangladesh, hanya saya seorang yang bukan. Oleh kerana pemandu van itu tidak cukup duit kecil untuk memulangkan baki, akhirnya tambang saya SR2 dibayar oleh salah seorang daripada mereka. Sampai di masjidil haram saya meneruskan tawaf dan kemudian solat zuhur berjemaah. Selesai solat saya berjalan antara Safa dan Marwa meyempurnakan sa’ie. Waktu hendak pulang, saya tidak menjumpai rak kasut 95 di mana telah saya letakkan selipar yang saya baru beli pagi tadi. Hampir sejam saya mencari dan saya bingung. Saya bingung kerana saya cukup yakin bahawa rak itu tertulis 95 dan ia berada dalam kawasan yang saya telah pusing berkali-kali untuk mencarinya. Sampai kaki saya penat dan pecah tumitnya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bersolat dan kemudian membeli sepasang lagi selipar SR3. Saya pulang ke bilik dalam keletihan dan tertidur sehingga terlepas makan tengah hari yang disediakan di tempat penginapan.
Saya rasa Tuhan mengajar sesuatu dan saya telah belajar sesuatu.

4 comments:
Wahh, untuk 2-3 entry akan datang pun rasanya cerita umrah lagi..
Bestnyer... Harap tuan tidak lagi berpakaian tidak menutup aurat selepas ini
(joke!)
-joe-
wah,bestnya dapat pergi sana
Joe, ya besar kemungkinan. Ada banyak lagi yang perlu saya tulis. Ya, saya cuba beristiqamah menutup aurat. Sekurang-kurangnya di hadapan anda. (joke!).
Hans, memang hebat! Alhamdulillah.
itu cuma ujian kecil buat kau. anugerah kan bila mampu jejak kaki ke sana.
Post a Comment