Sunday, March 01, 2009

Berjumpa Mullah di Kubur




Pagi itu selesai bersolat subuh buat pertama kalinya di masjid nabi saya terus berdiam dalam rumah Allah itu. Tanpa perasaan, saya kurang pasti. Atau ada perasaan tetapi sukar ditafsirkan. Atau mungkin masih kepenatan melalui perjalanan yang sangat jauh. Saya memandang dalam masjid yang sangat besar itu. Melihat orang yang pelbagai warna kulit tetapi mereka semua membaca satu kitab suci yang mempunyai tajuk yang sama.

Saya terpandang seorang remaja berkulit hitam duduk tidak jauh dari saya. Saya mendekatinya dan bertanya jika dia boleh berbahasa Inggeris. Nampaknya dia tidak boleh, lalu sayalah yang harus bersusah-payah menggunakan bahasanya. Saya tidak kisah, saya cuba juga, lagipun saya pernah belajar bahasa itu lama dulu. Saya bertanya di mana makam nabi dan di mana raudhah. Sayangnya raudhah telahpun ditutup pada waktu itu dan hanya dibuka kepada wanita sehingga pukul 9.30 pagi. Tetapi dia telah bersusah-payah membawa saya ke makam nabi, malah dia memimpin tangan saya dalam kesesakan manusia yang ingin berziarah ke makam Rasulullah pada pagi Jumaat yang mulia itu. Dia mengajar saya bagaimana cara memberi salam kepada Rasulullah dan berdoa selepas itu. Malah dia membawa saya hingga ke perkuburan baqi', menerangkan tentang sejarahnya dan sebagainya.

Namanya Mullah, berumur 23 tahun dan dia bukan penduduk Madinah, cuma datang menziarahi Madinah dengan adiknya. Dia berasal dari Mekah dan merupakan seorang guru di sekolah kerajaan. Apabila mengetahui saya akan ke Mekah, dia memberi nombor telefonnya dan berkata saya boleh menghubunginya jika ingin bertanya apa-apa atau perlukan apa-apa bantuan. Mulia sungguh hatinya. Mungkin dia berketurunan Bilal.

3 comments:

FirJah said...

Alhamdulillah.. Allah telah memudahkan segala urusanmu..
Shukran Jazielan doakan utk kami.. moga doamu dimakbulkan olehNya..amin.
sebarang berita gembira akan dikhabarkan semula...hehe

addyaholix said...

manusia itu tak dinilai dari warna kulitnya, tapi dari amal dan hatinya.

moga tuhan permudahkan perjalanan kamu insyaallah.

Nafastari said...

Firjah, saya tunggu berita gembira itu.

Addyaholix, ya, dan dari taqwanya kepada Tuhan. Terima kasih.