Pagi tadi kami bersarapan di sebuah restoran di Jalan Hiliran yang sungguh sesak dan selepas itu sengaja meronda-ronda di sekitar bandaraya Kuala Terengganu untuk melihat kemeriahan perang poster dan kesibukan perayu-perayu undi di tepi-tepi jalan membahagikan risalah-risalah kepada orang yang lalu lalang. Cuaca yang redup pun terasa bagai hangat apabila melihat keagresifan mereka.
Di Chabang tiga kelihatan perayu-perayu undi wanita PKR berjalan-jalan sambil membahagikan Buletin Suara Keadilan. Melalui Kampung Tiong yang juga dikenali sebagai Kampung Cina kelihatan kumpulan Raja Petra Kamarudin yang berbaju hitam tertulis "RPK" di depannya beserta beberapa orang cina yang di baju mereka tertulis "I AM WITH RPK" mengibarkan bendera PAS di tepi jalan sambil menunjukkan isyarat tangan "bagus" kepada kenderaan yang lalu lalang. Mereka yang lalu pula membunyikan hon berkali-kali, suasana sungguh meriah.
Sewaktu di Kampung Ladang pula puteri-puteri UMNO yang tidak bertudung dan rambut diwarnakan dengan perang, ada juga yang berseluar jeans ketat mengedarkan risalah-risalah yang cantik, antara lain merendah-rendahkan hukum hudud, membuktikan calon BN (Wan Ahmad Farid) tidak sombong serta mesra rakyat, dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Jalan sungguh sesak dan banyak kenderaan yang mengibarkan bendera parti masing-masing. Selepas menunaikan Solat Jumaat di masji Ladang sebentar tadi orang ramai berpusu-pusu mendapatkan akhbar Harakah percuma dan risalah Perutusan Khas Kepada Pengundi PRK Kuala Terengganu yang ditandatangani oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malam di sini dipenuhi dengan ceramah di sana-sini. Siang pula dengan rayuan-rayuan undi di tepi-tepi jalan dan tempat awam. Jika kita melihat media perdana (kecuali NTV7 dan akhbar Sinar Harian) mereka semuanya berpihak kepada BN dan memburuk-burukkan PR, tetapi saya tidak fikir ianya mencerminkan keadaan sebenar Kuala Terengganu sekarang. Semalam dilaporkan beberapa poster pemidang besar milik PAS telah dikoyak dan diturunkan oleh MBKT atas alasan-alasan tertentu. Pemidang tersebut antara lainnya bertulis "Gurindam Rasuah Tok Guru: Beri Salah, Tak Beri Kalah, UMNO Serba Salah".
Esok penduduk Kuala Terengganu akan keluar mengundi dan membuat keputusan tetapi petang ini saya akan meninggalkan Kuala Terengganu untuk balik ke rumah ibu bapa saya yang jauhnya 50KM dari sini. Saya tidak mahu lagi berada di tengah-tengah kesesakan bandaraya yang mempunyai 12,000 orang polis tambahan. Sangat merimaskan!
5 comments:
Ada orang KL berhajat nak turun tgk suasana mengundi esok. Tapi setakat ni tak tahulah jadi ke tidak kesana...
aku tunggu entri kau selepas besok!
Betul ke BN kalah sebab orang ramai tak balik ngundi? saya dgr pengulas dlm TV1 cakap tadi...
wah puteri UMNO!!! leh ngorat tu yela comel2 belaka sebab xtutup aurat n rambut pula ada warna2.. EMm myb mereka xtakut kat tuhan kot mana la tau leh rasuah kecantikan mereka kat malaikat..
Aishah Jamal, memang ramai yang turun ke KT, sampai habis sesak bandaraya KT.
Artozy, terima kasih.
WS Zuriati, BN kalah sebab kesombongan dan kebodohan mereka sendiri.
Kejadianalam, mereka memang cantik. Tapi saya tidak berkenan langsung.
Post a Comment