Tuesday, December 09, 2008

Bodoh Dan Angkuh

Saya fikir ada ramai polis trafik yang bodoh dan angkuh di Malaysia. Beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan salah seorang daripada mereka.

Aliran trafik sangat perlahan di Kuala Terengganu pada Ahad lepas kerana terlalu ramai orang ingin berada di sini pada hari raya 'idul-adha. Sewaktu melalui hadapan balai polis Kuala Terengganu, tiba-tiba saya mendapati kereta saya terpaksa berhenti di petak kuning yang sudah pudar betul-betul di hadapan pintu pagar balai tersebut. Jalan tersebut adalah sehala dan kenderaan yang keluar dari balai tidak boleh terus ke kanan kerana ada pembahagi jalan di tengah-tengahnya, hanya boleh ke kiri. Dulu mereka boleh ke kanan, sebab itulah dilukiskan petak kuning itu di situ supaya tiada siapa yang berhenti di situ dan menghalang kenderaan polis yang hendak ke kanan.

Nasib saya tidak baik pada hari tersebut kerana ada sebuah motosikal polis trafik hendak keluar dari pintu pagar tersebut. Walaupun kereta saya langsung tidak menghalang dia dan motosikalnya untuk lalu, tetapi dia tidak menunggu lama sebelum menengking saya dengan angkuhnya kerana saya berhenti dalam petak kuning yang mengelirukan itu. Dia langsung tidak mahu mendengar penjelasan saya. Padahal saya pada mulanya menghormatinya, menurunkan cermin kereta supaya saya boleh mendengar kata-kata kasarnya, memanggilnya "tuan" dan berkata segala maaf.

Dia tidak menghargai usaha-usaha saya. Dia menyuruh saya mengundurkan sedikit kenderaan, saya ikut saja arahan dia walaupun itu tidak membantu apa-apa kerana jalan memang sesak dengan kenderaan. Saya pun tidak tahu apa motif dia menyuruh saya berbuat demikian; kereta saya tidak menghalang motosikalnya untuk lalu. Selepas itu dia pergi dengan puas bersama motosikal besarnya melalui celah-celah kenderaan lain. Saya amat sedih, kecewa dan marah dengan kebodohan dan keangkuhannya. Secara tidak sengaja dalam hati saya telah berdoa agar dia akan mati dilanggar lori.

14 comments:

Anonymous said...

ok la tuh!
kalu aku siap buat bunyi sound efek lagiii..
screeeeeeeeettt..
bedebum!
phircjjhhhhhhhhhhhhttttt (bunyi kepale kene lenyek lori!)
padan muka
hahahahaha

-joe-

addyaholix said...

kadang manusia suka tunjuk kuasa.
mungkin dia diantaranya.

hans said...

haha
sabar2
haha
saya pernah kata macam saudara juga
alih2 eksiden depan saya...
huhu

en_me said...

hi abang ittewww.. sabor jerr larr

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Andai saya seorang polis trafik, saya juga akan lakukan perkara yang sama..mungkin juga lebih dahsyat drpd polis trafik itu! Haa, tu la...sapa suruh ko masuk petak kuning tu? Kan dah kena! Ko tak boleh nak salahkan aliran trafik ke, polis trafik ke, apa ke...sepatutnya ko kena salahkan diri ko sendiri. Mata ko tu kena peka sikit. Kena perhati betul2 tang mana ada petak kuning...tak mana tak boleh masuk bla bla bla bla dot kom dot my..! Polis tu langsung tak salah sbb dia cuma menjalankan kerja & tanggungjawab dia je...kuikuikui!!! Mcm bagus je kan aku ni...hehehe!!!

wan storm said...

ha ha ha... aku pernah berdoa macam tu kat cik gu zaki yang bergaduh dgn shukri pasal burung merpati lama dulu dan tak lama lepas tu dia memang mati accident, aku menyesal tak sudah w/pun itu dah takdir nya begitu lah asam garam kehidupan....... sabor tu separoh dr iman, memang separoh sebab susah nak buat!

Anonymous said...

kalau kt kl ni x de maki-maki, terus letak saman kt cermin depan kereta,

Anonymous said...

ha....lain kali sendiri mau ingat, petak kuning tu tak leh nak berhenti disitu. saya pernah gak pergi kuala terengganu, payah betul la org kat sini saya nak lalu, untuk keseberang jalan dengan kenderaan telah dihalang mereka dengan suka hatinya berhenti dipetak kuning mcm mana la kenderaan saya dan lain-lainnya nak lalu.

Anonymous said...

jgn guna perkataan BODOH tu, sbb nafastari juga begitu kerana berhenti dipetak kuning walaupun telah pudar tp nafastari masih menyedari kewujudannya, apa kata beri tahu pada pihak berkuasa tempatan untuk catnya semula. itu lebih baik, dapat juga membantu org lain, daripada jadi benda yang sama pada mereka, tolong menolong kan amalan mulia

narumi hayashida said...

Assalamualaikum,

Jika saya perhalusi secara ilmiah, hehe ALLAH sebetulnya ingin mengurniakan saudara pahala SABAR, tapi dengan doa (atau celaan?) sedemikian, saya tidak pasti pahala atau dosa. Ingatan buat diri saya jua, SABAR menempuh ujian, kita ini baru hidup suku abad di dunia, darah tengah mudalah katakan, tapi jika kita SABAR dari Polis Trafik yang kurang ADAB tu, INTEGRITI kita mesti meningkat...., dah nak jadi ayah orang dah ni, kena kuat SABAR, jaga diri, jaga MAWAR jaga semua, wassalam

Nafastari said...

Joe, nampaknya anda sangat memahami amarah saya! Terima kasih.

Addyholix, mungkin juga.

Hans, masinnya mulut kamu! Tolong doakan yang paling baik untuk saya dan keluarga.

En_me, ya sabar, tapi saya harus tuliskan di sini supaya dapat lepaskan geram saya ini.

Ishan Q, anda bukan macam bagus, tapi memang bagus! (Memetik kata-kata Dr. Rani).

Wanstorm, saya memang dah sabar, saya tak lawan dia pun malah saya senyum padanya. Tapi hati saya sangat sakit, sebab itu saya perlu menulis.

Anonimus, baguslah kalau macam itu. Saya risau kalau mereka akan meminta sedikit duit daripada anda supaya dia tidak akan keluarkan tiket saman kepada anda.

Anonymous 1, saya bersimpati kepada anda. Tapi biasanya memang saya tidak akan berhenti di petak kuning. Petak kuning yang depan balai polis itu mengelirukan kerana ia jalan sehala dan mereka sudah tidak dibenarkan untuk melintas jalan untuk ke kanan. Sudah dibina pembahagi jalan di situ. Sebab itulah agaknya mereka tidak mengecat semula petak kuning yang pudar itu.

Anonymous 2, terima kasih, saya memang begitu. Anda sememangnya bijak, berpekerti mulia dan selalu menyenangkan hati orang lain. Tapi saya harap anda tidak akan komen dengan berselindung di sebalik nama "anonymous" lagi.

Narumi, terima kasih. Hehee..

adie-ishmael said...

Polis trafik tu telah lakukan tugasnya dengan wajar...dia digaji dengan tax yg dipungut dari rakyat untuk pastikan undang2 jalanraya dipatuhi dengan jayanya...memang resam penguatkuasa haruslah tegas dan tak boleh berlembut, kalau tidak orang ramai akan melampau...dulu saya sering marah bila polis buat sekatan jalan raya,saman sana sini dan buat operasi merata2...tapi bila usia meningkat tua dan kematangan akal saya lebih sikit,saya merasakan polis di malaysia ni seharusnya lebih tegas,garang dan harus lebih str8 dalam tugasan mereka kerana masyarakat Malaysia semakin kurang ajar...

Nafastari said...

Adie-ishmael, ya sangat wajar. Sebab hanya kerana dia telah dibayar gaji dengan duit cukai rakyat, jadi dia harus angkuh dan membuat keputusan mengikut sesuka hati mereka. Anda memang bijak sekali. Lagipun, rakyat memang semakin kurang ajar sekarang, selalu sahaja mengkritik polis yang sudah hampir sempurna dan berintegriti tinggi itu. Tapi kita agak berbeza, kerana tidak seperti anda, saya tidak marah kalau polis buat sekatan jalanraya, menyaman orang yang buat salah serta membuat operasi yang membawa kepada kebaikan kepada masyarakat malah saya menyokong mereka! Itukan kerja mereka. Terima kasih.

Anonymous said...

owhh... mahu komen jua. aku rasa aku kenal polis yg berlagak ittew... malah terbayang2 mukanya yg ala2 hensem ittew... (ntah betul ntah tidak org yg sama...hehehe)

aku kena saman kerana bercakap di telefon ketika memandu. aku tahu aku salah... aku berhenti tepi jalan bila disuruh, aku bagi lesen ngan ic aku... aku turunkan cermin kete... aku siap senyum ikhlas lagi dan kata maaf... selepas je dia tulis saman aku, tu dia... dia sembur aku cukup2 dgn tinggi suara dan muka berkerut lagi mencuka... antara ayat yg aku masih ingat : "awok ning dok reti base ke? dok tengok jammed lagu ning, bahaye ginning, cakkak telepung sambil bawak kete...bla..bla..." - sila baca dgn nada tinggi dan menengking...

tiba-tiba aku dgn sopannya berkata: "encik, saya dah minta maaf, saya mengaku saya salah, saya bagi lesen ngan ic utk encik tulis saman. ok, saya salah. tapi boleh tak encik jgn tinggi suara dgn saya..? saya pun dah nak naik marah ni" - nada kontrol marah.

sampai hari ni aku ingat muka polis tu... ala... dia tak reti jaga trafik pun... hari tu dpn mydin dia telah menyebabkan jammed teruk... kelam kabut je aku tgk...

isyyy... marah benor aku dgn dia...
hehehehe...

W.Ahmad, sila bersabor dgn org begitu ye... (ingatan utk aku juga)