Wednesday, November 19, 2008

Tersalah Beli Anjang-anjang

Hanya lebih kurang 200 meter dari tempat tinggal saya di Panji Alam terdapat banyak gerai penjual ikan yang menjual pelbagai jenis ikan yang segar. Saya memang tidak mengenali jenis-jenis ikan kecuali yang biasa saya beli seperti Kerisi, Kembong, Lolong, Selar, Selayang, Tongkol (Aya) dan sebagainya. Beberapa hari yang lepas saya melihat ikan yang mereka panggil Anjang-anjang, ia kelihatan segar dan sangat murah. Saya membelinya kerana terpengaruh dengan nama dan rupa ikan itu serta kata-kata penjualnya.

Apabila balik ke rumah, Mawar agak keberatan untuk menyiangnya kerana sisiknya yang sangat keras serta tebal, tambahan pula Mawar sedang mengalami kesakitan pada sendi tangannya. Saya sendiri menyiangnya dan kemudian menelefon ibu yang berada 50KM dari tempat kami untuk bertanyakan bagaimana cara untuk memasak ikan Anjang-anjang. Ibu tergelak, katanya Anjang-anjang adalah ikan yang tiada harga dan suatu masa dahulu ikan itu cuma dibuang oleh nelayan di kampung kami. Saat itu, baru saya faham kenapa saya mendapat begitu banyak ikan (mungkin 20 ekor) hanya untuk RM3! Kata ibu, ia biasanya dipanggang untuk dicicah dengan budu atau boleh juga digoreng.

Sudah tiga hari Mawar memasak ikan-ikan tersebut, macam-macam jenis masakan yang disediakannya, goreng, sup, asam pedas, tetapi di dalam peti sejuk kami masih ada banyak lagi ikan Anjang-anjang. Sebenarnya rasa isi ikan tersebut tidaklah teruk sangat dan mungkin juga air tangan Mawar yang telah mengubahnya menjadi begitu.

18 comments:

Unknown said...

Hulurkan bantuan anda pd mawar k...
semoga disaat-saat ini lebihkan perhatian padanya,,,
biasala org mengandung mmg byk alahan serta penyakitnya....

++waheeda++

HaNie said...

Saudara Ahmad.. cemburu sekali saya melihat kamu dapat merasai memakan ikan2 yang biasa saya makan semasa saya berada di kampung dahulu. Sekarang, apabila sudah bersuami dan seringkali suami tidak akan membiarkan saya keseorangan ke pasar. Dan saya tidak diberi peluang langsung untuk memilih ikan2 kesukaan saya. Setiap kali ke pasar, suami hanya memilih Ikan Siakap, Ikan Talapia dan Ikan Pari sahaja. Tidak pernah sekali saya berkesempatan membeli ikan kerisi, selar, tongkol, selayang dan kembong lagi. Saya amat teringin untuk memasak ikan2 tersebut tetapi suami saya tidak biasa memakan ikan2 sebegitu dan dengan kejam tidak membenarkan saya juga memakan ikan2 kesukaan saya tersebut.

Unknown said...

klau dh x nk masak utk keluarga aper nk buat kan...
xpela time lunch kan blh mkn ngan kawan2...klau betul2 teringin nk menikmati ikan yg lain dr pilihan suami anda...
tp kenapa hanie tidak di berikan kebebasan memilih ikan yg biasanya diberikan pada isteri...?
xwajar anda sebagai seorg isteri yg begitu menyayangi suami tp menyatakan suamimu seorg yg kejam...???

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Sungguh cepat masa ini berlalu...tanpa disedari kamu sudah bergelar suami org dan bakal bergelar bapa org. Hebat kamu ya, arif tentang semua nama2 ikan yg ada di pasaran. Kalau saya, saya cuma tau ikan 'temenung' je atau org non-UTARA panggil ikan kembung. Seumur hidup tak penah beli ikan di pasar, cuma penah beli ikan gapi kat kedai akuarium...hehehe! Ye la kan, kalau beli ikan pun..sapa nak tlg masak, buang karan je. Last2, makan kat kedai hari2...huhuhu:-)

hans said...

banyak sangat ker ikan tu?
1kilo dapat brapa ekor?
masak jer kuah laksa..
habis cepat sikit
ekekke

Anonymous said...

beruntung ahmad yang duduk di pantai timur, dapat mkn ikan yang murah-murah... barangkali boleh dicampakkan dlm ramuan untuk membuat keropok lekor... aish... salam perkenalan... :)

Anonymous said...

ikan oh ikan..
tak kenal pun ikan2 kecuali sedikit, itupun sebab bentuk die unik dan tersendiri...
yang aku kenal ikan bawal, pari, ikan jeket, plus makanan laut cam sotong udang ketam kerang tak dilupakan ikan bilis hahaha
yang lain2 tu tak tau nak beza sbb bentuk ke"ikan"an dia lebih kurang sama je.... nak-nak kalu dah jadi lauk, tak tanye dah pun ikan ape, bedal je!

tambah plak orang kata nak tau ikan fresh ke tak, tgk warna mata die... hahaha, bab colour yang surrender nih... sebab tu la tak pegi pasar pun beli ikan.. rabun warna! kalu pasaraya tu cakap ikan tu segar, so aku percaya je la..

lebih layan ikan darat cam tilapia, keli dan haruan..
dan sungguh pelik untuk kami sekeluarga membeli ikan-ikan ini di pasar, sebab kolam depan rumah sedia di pancing... hehehe

just sharing

-joe-

Anonymous said...

biasalah tu tp rasanye ikan tu sedap kalau dimasak asam pedas! tak ingat ke ikan yg saya bawa balik semasa saya pergi candat dengan shukri ari tu, saya suka panggang je lepas tu cicah kicap cili padi, wow sedap tu 5 ekor pun boleh habis, beli lah kerisi boleh goreng berlada bantai dengan nasi panas sedap tu!ops; goreng garing dengan sisiknye sekali ye!.

HaNie said...

noor.. kamu mungkin tersalah fahaman apabila membaca ayat2 saya.. dan rasanya kamu cuba menilai sesuatu yang saya tidak pernah fikirkan di dalam fikiran saya.. saya menyayangi suami saya dan sememangnya beliau juga tahu saya menulis begitu dan cuma tersenyum membaca ayat2 saya itu.. tetapi tidak pula memarahi saya kerana suami saya lebih mengetahui siapa saya sebenarnya dan tidaklah dianggap serius kata2 saya itu.. tidak sangka pula kamu memandangnya sebagai serius.. suami saya adalah yang terbaik anugerah Allah kepada saya.. dan kata2 saya itu juga tidaklah memaksudkan begitu..

dan rasanya kamu orang yang tidak saya kenali tidak akan mengenali diri saya cuma melalui tulisan saya dan tidak akan faham apa yang terlintas di fikiran saya.. saya sedang belajar untuk menggunakan bahasa melayu sepenuhnya di dalam penulisan saya dan mungkin kamu merasakan ayat yang saya gunakan tidak sesuai dan menyebabkan kamu salah sangka..

terus terang saya katakan.. setiap kali saya ingin menulis sesuatu saya mengambil masa yang lama untuk mengarang dan mencari kata2 yang sesuai.. saya tidak marah dengan kamu sekiranya kamu mentafsirkan saya sebagai siapa di mata kamu.. hanya kerana kata2 saya tersebut..

HaNie said...

noor.. dan saya juga tidak faham adakah kata2 ini ditujukan untuk saya..

>>klau dh x nk masak utk keluarga aper nk buat kan...

rasanya kamu terus menilai seseorang hanya melalui tulisannya dan saya tidak nampak pun sebarang tulisan saya mengatakan saya tidak mahu memasak untuk keluarga..

Unknown said...

sy faham akan hasil penulisan saudari...x prasangka...
cuma ayat yg digunakan kurang sesuai terutama utk bahan bacaan umum...itu saje...hanya sekadar nasihat tiada maksud lain...
jadik tidak perlu memberikan penjelasan yg agak panjang...

"klau dh x nk masak utk keluarga aper nk buat kan..."
maksudnyer klau saudari tidak dpt memasak ikan2 kegemaran saudari utk keluarga tidak akan menjadi mslh..kerana demi sayangkan keluarga ikut sahajala kegemaran mereka....

Nafastari said...

Waheeda, jangan risau, saya selalu melakukannya.

Hanie, sesekali apa salahnya memujuk suami kamu mengikuti cara kamu. Saya pasti dia pun akan sukakan ikan-ikan kesukaan kamu.

Noor, tak wajar anada sebagai pembaca di sini mentafsir dan menyimpul dengan begitu mudah tanpa membuat rujukan dan penelitian yang adil.

Ishan Q, saya dulu pun seperti kamu. Tapi setiap hari yang kita lalui kita kadang-kadang terpaksa belajar dan diajar dengan ilmu baru.

Hans, laksa terlalu cerewet untuk disediakan, tambahan kami cuma berdua, nanti tiada siapa yang akan habiskan. lainlah kalau kamu berdekatan, boleh saya menghantar sepinggan dua.

Aduka, salam kembali. Terima kasih menyinggah.

Joe, saya berharap dapat mengunjungi rumah kamu lagi dan jika ia terjadi saya berharap ibu bapa kamu membenarkan saya memancing di kolam depan rumah kamu.

Hanie, sila jangan khuatir, saya faham benar maksud kamu. Saya boleh memadam komen dari Noor tersebut jika itu yang kamu mahu. Kamu mahu?

Noor, persepsi dan pendapat peribadi adakalanya agak menyinggung perasaan orang yang berkenaan. Kita mungkin mempunyai niat yang baik, tetapi ia boleh jadi sebaliknya jika tidak berhati-hati dalam menyusun patah kata yang sesuai. Gembirakanlah orang-orang di sekeliling kita, ucapkanlah kata-kata yang baik, sampaikanlah berita yang menggembirakan.

HaNie said...

Saudara Ahmad,
Terima kasih saudara kerana kamu amat memahami. Tidak usah memadam komen dari noor tersebut kerana noor berhak untuk memberikan komen di sini. Kerana komen-komen di sini terbuka untuk semua orang. Lagipun setiap komen dari saya di sini ditujukan khas buat saudara. Maka memadailah jika saya tahu kamu memahami maksud kata-kataku.

Anonymous said...

banyak sgt ke ikan tu..kalu disimpn lama dlm peti ais,nanti rasa manis ikan tu akan hilang,drpd membazir baiklah disedekahkan kpd jiran tetangga..betul tak..pahala pun dpt..

Nafastari said...

Anonymous 1, saya tidak pasti siapakah anda. Justeru, saya tidak ingat apa-apa tentang anda dan Shukri (siapa Shukri? Shukri mana?)pergi mencandat sotong. Kami cuma menggoreng ikan-ikan tersebut.

Hanie, kamu sungguh bijak dan rasional. Seperti yang kamu pinta, saya tidak akan memadamnya.

Anonymous 2, telah saya bawa balik lebihan ikan-ikan tersebut ke rumah ibu bapa saya pada hujung minggu lalu. Saya malu kalau menghadiahkan sesuatu kepada jiran hanya kerana saya telah tersalah beli. Saya ingin menghadiahkan yang terbaik kepada orang lain.

Unknown said...

untuk tidak menyinggung perasaan sesaper xpela klau rasa nk padam komen tu padam la....yg penting tiada niat untuk menyinggung perasaan sesaper....

Anonymous said...

Anonymous 1,wanstorm la - mungkin masa kita pergi candat kat depan redang hari tu kau tak ade kat rumah kut, sebab tu la kau tak tau cerita candat dan ketupat sotong yang kita orang masak tu, sorry bro!

Hartini Omar said...

saya membaca komen2 dlm laman kamu, lalu teringat zaman dulu2. kala tiada siapa yg mahu menyinggah lalu membaca laman2 kita, lalu jaranglah ia dijadikan gelanggang2 hujjah

peribadi seseorang boleh timbul dr penulisannya. lalu saya gembira bila kamu masih nafastari yg penuh dgn hemah. tahniah