Wednesday, November 19, 2008

Tapi Saya Fikir Anda Orang Melayu?

Saya mempunyai seorang rakan karib yang suka mengembara, baik di dalam negara mahu pun ke luar negara. Dia mempunyai pemikiran yang sangat terbuka dan agak liberal serta sangat lantang bersuara dan akan menyatakan apa sahaja yang difikirnya betul. Dia menguasai dan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. Tapi saya bangga dengannya tatkala mendengar satu cerita yang diceritakan olehnya.

Suatu hari sewaktu dia hendak membuat pendaftaran masuk di suatu hotel di dalam negara, penyambut tetamu di kaunter depan telah menjawab soalannya dalam bahasa Inggeris, padahal dia bertanya sesuatu dalam bahasa Melayu. Lalu dia menjadi sarkastik.

"Oh, but I thought you are Malay?!"

"Yes, sir. I am Malay," jawab pegawai itu dengan ramah beserta senyuman gaya profesional.

"Dah tu, apa kejadahnya bercakap bahasa Inggeris dengan saya? Kamu tidak merasa pelikkah kalau melihat dua orang berbangsa Inggeris bertutur dalam bahasa Melayu sesama mereka?"

8 comments:

. said...

Uuuu...

I like ur friend...
Even though macam berlaku kat kita je peristiwa tu?

Hehe...
But Ahmad, actually, saya suka berbahasa Inggeris dengan awak...
Sebab saya tak tahu dengan siapa lagi saya boleh berbalas kata dalam bahasa itu.
Lama-lama kalau dibiarkan, teruk jadinya pronounciation dan grammar saya...

Huhu...

. said...

I mean, we always speak English in conversation, that's why I feel that kita la "org Melayu yg cakap omputeh tu"...hehe...

Anonymous said...

haha
kelakar la..
merah padam ek muka "penyambut guest" tuhh..

bahasa inggeris kan bahasa antarabangsa??
ape class cakap melayu...
(just being sarcastic.. again)

-joe-

Mior Azhar said...

priceless...ehhhh mohon maaf ... bagus sekali

Ahmad WM Omar said...

Baity, there's no wrong to speak English even with a Malay native speaker, as long as the person is comfortable with it. But we don't speak English to someone who expects us to speak in Malay with him/ her. Bertuturlah dengan saya dalam bahasa yang kamu suka, saya janji saya tidak akan jadi sarkastik seperti kawan saya. ;-)

Joe, saya tidak mahu berada dalam situasi itu dan saya harap ia tidak akan berlaku kepada saya!

Mior Azhar, terima kasih.

Abu Zahid said...

Bahasa melambangkan status? Profesionalisme? Tapi tak salah nak guna bahasa apapun di tempat yang sesuai....

narumi hayashida said...

Baru terbaca, saya tabik rakan kamu itu. Bahasa Jiwa Bangsa, saya bangga dengan Bahasa Melayu tinggi nilai estetikanya. Dalam masa yang sama saya juga tidak nafikan kepentingan Bahasa Inggeris yang menjadi sebahagian dari bahasa utama dunia, cumanya hasil didikan penjajah, sebahagian dari mereka yang lahir dari perut ibu melayu muslim malu untuk menggunakan bahasa ibunda, rasanya kena buat edisi siasat ni!

Aku... said...

apa daa punya orang..tapi suka hati dia la nak cakap apa pun....huhuhuu