Sunday, November 09, 2008

Obama


Seperti juga di Malaysia, seluruh dunia nampaknya sedang mahukan perubahan, semestinya perubahan yang boleh dipercayai. Kemenangan Barrack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amarika telah menjelaskan segalanya. Dia dilihat sebagai seorang pemimpin yang boleh membawakan perubahan sepertimana yang dimahukan oleh semua rakyat. Dia diharapkan dapat menjayakan aspirasi rakyat di negaranya dan seluruh warga dunia yang mempunyai pelbagai kemahuan dan kepentingan.

Oleh sebab itulah, kemenangannya sebagai presiden di Amerika telah dirayakan di seluruh dunia, di Indonesia, Jepun, Kenya dan lain-lain lagi. Padahal dia sendiri pun belum tentu akan menggubal dasar-dasar yang menguntungkan dan menggembirakan semua warga dunia. Walau apapun, semua orang masih boleh berdoa dan bersikap positif agar dunia akan menjadi lebih aman dan tidak terlalu kejam kepada Islam dan muslim.

Setiap orang, semuanya kelihatan memihak kepada Obama, melahirkan rasa kegembiraan dan sokongan ke atas beliau. Saya rasa seluruh masyarakat Asia, Afrika dan Muslim majoritinya menyokong Obama berbanding penentangnya McCain. Mungkin kerana nama tengahnya “Hussien” dan bapanya adalah seseorang yang berasal dari Kenya dan beragama Islam. Selain itu, beliau pernah bersekolah selama dua tahun di Indonesia sewaktu ibunya menetap di sana. Pada masa itu, bapa tirinya adalah seorang warganegara Indonesia dan Obama dikatakan pernah menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak Islam. Namanya yang menyerupai nama sebuah Bandar di Jepun juga telah menjadi sebab kenapa orang Jepun bergembira atas kemenangan beliau.

Betapa manusia kadang-kadang emosional dan bersifat sentimental. Kita tidak memerlukan sebab yang rasional, kukuh atau penting untuk membiarkan diri kita cenderung kepada sesuatu, asalkan kita percaya bahawa ianya baik kepada kita dan kita selesa dengannya. Diharapkan Obama juga sama seperti kita dan semoga apa yang telah dilalui sejak kecil dan latar belakang keturunannya boleh menyuntik dan mempengaruhi pemikirannya supaya mempunyai semangat dan sentimen yang menguntungkan semua, dan moga-moga beliau bersimpati kepada semua.

3 comments:

Hartini Omar said...

ahmad,
secara sentimentalnya, saya mengharapkan perubahan terbaik untuk dunia dalam kepimpinan Obama. namun dari segi realitinya, saya berpesan kepada diri saya untuk jangan terlalu mengharap kerana Amerika tentulah tetap menjadi Amerika..

Anonymous said...

Hmm... x harapkan apa-apa pun dari Obama.. kalau kita nak perubahan, perubahan takkan dapat dilihat kalau bukan dari diri kita sendiri..

Kalau kita nak something good for Islam, its on us to create the chance!

Seperti jangan mengharap petrol di pasaran dunia terus turun, namun terus bersungguh-sungguh menghasilkan tenaga alternatif dengan sumber negara yang kaya!

-joe-

Nafastari said...

Hartini, saya juga berpendirian seperti kamu.

Joe, ya, ada juga kebenarannya.