Kuala Terengganu sejak akhir-akhir ini tidak sunyi lagi, baru sahaja selesai Majlis Persidangan Raja-Raja, sekarang ia menjadi tuan rumah kepada kejohanan FEI World Endurance Championship 2008 yang akan bermula dari 6 November hingga 9 November. Ia akan diadakan di International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, Setiu. Awal Disember ini Kejohanan Kapal Layar Monsoon Cup pula akan diadakan di Pulau Duyung.
Di mana-mana tempat di sekitar Kuala Terengganu, terdapat poster-poster yang digantungkan di tiang-tiang lampu di tepi jalan. Mereka menggunakan slogan "Kuda Sokmo" dan memaparkan gambar orang berkuda selain wajah penyanyi Faizal dan Heliza yang berasal dari Terengganu. Mereka berdua akan mengadakan konsert bersempena majlis pembukaan FEI World Endurance Championship di Stadium Sultan Mizan Gong Badak pada 5 November ini bagi tujuan promosi dan menarik orang ramai untuk hadir menyaksikan kejohanan ini.
Jika anda berasal dari Terengganu atau memahami dialek Terengganu, anda akan merasakan sesuatu yang tidak kena dengan slogan "kuda sokmo" di poster tersebut. Saya telah beberapa kali berada dalam kumpulan perbualan yang mengkritik pemilihan kata-kata itu. Sokmo bermaksud "selalu", tetapi dalam banyak hal ia digunakan bagi menggambar sesuatu perkara yang berulang-ulang lalu ia membosankan. Penggunaan "kuda sokmo" langsung tidak boleh disamakan dengan kata-kata "senyum sokmo", kerana konteksnya amat berlainan dan sukar dijelaskan di sini. Walaubagaimanapun, anda akan dapat memahaminya dengan mudah sekiranya anda merupakan seorang penutur natif dialek Terengganu atau dapat memahami dialek tersebut.
Jadi konotasi "kuda sokmo" akan kedengaran seperti bererti "asyik kuda je!" kepada orang Kuala Lumpur dan Johor kalau ianya difahami dalam maksud percakapan kolokial dialek seharian orang Terengganu. Ini adalah sangat memalukan, kerana ia adalah pernyataan yang sangat negatif kepada sukan ini yang merupakan kegemaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Kawan-kawan dan saya sendiri menduga bahawa poster tersebut dibuat oleh orang "luar" yang langsung tidak memahami loghat Terengganu yang kami cintai.
12 comments:
cannot really appreciate ur stance this time..
u mean, "senyum sokmo" yg sinonim dgn moto pelancongan t'ganu tu..
"asyik2 senyum je" la?
aiyoo..
cam kelakar sikit disitu..
and, takkan la en nafastari tak rasa org tgganu sendiri yang create tagline tu..? especially membayangkan ia telo yang unik, kalu aku sendiri terlibat dalam ajk tagline n promo, tentu sekali aku akan bertnya org tgganu "kuda dalam tgganu sebuat ape?" mane tahu kene sebut "nate kude" ke? i wont take that risk of not doing research! malu tau
-joe-
Joe, saya telah edit sedikit entri ini demi menjelaskan terus maksud "senyum sokmo" itu. Ia berkait dengan konteks penggunaan, intonasi sebutan dan bagaimana cara penutur asal menggunakannya. Ia agak kompleks dan sukar dijelaskan kepada penutur bukan natif. Kuda disebut "kuder" dalam dialek Terengganu. Nate- mungkin dalam dialek kelantan, bukan Terengganu, ia sangat berbeza.
kesian dia, dah takde bahan nak tulis la tu.. kuda sokmo pun jadikla bahan nak tulis yek...
ye tuan2 dan puan2, gmbr papn iklan itu diambil oleh saya ye!( itu pun setelah dipaksa oleh en nafastari) hehe.. ;p
Salam SAUDARA AHMAD,
Maaf, saya masih lagi keliru dgn maksud sebenar SOKMO itu. Dalam konteks ayat yg bagaimanakah perkataan SOKMO itu benar2 tepat digunakan? By the way, tahniah saya ucapkan pada saudara...sjk saudara kembali bertugas di Terengganu, pelbagai kemajuan telah dicapai di negeri ini. Misalnya Moonsun Cup, Kuda Sokmo, Masjid Kristal, Pulau Wan Man & macam2 lagi laa. Dan saya pasti, tentunya seluruh rakyat Terengganu telah dpt menikmati hasil drpd kemajuan ini kan...tentu sudah tiada rakyat yg melarat kan?!Seluruh rakyat Terengganu kini dpt hidup dgn mewah & bersenang-lenang hasil drpd usaha keras lagi ikhlas Kerajaan BARISAN NASIONAL-UMNO itu..hehe! "HIDUP BARISAN....aku dulu kini dan selamanya..."....hehehe! Pssstt...saudara Ahmad, tetap ye...TETAAAAPPPPP:-)
ahmad,
-'kuda sokmo' itu kedengaran negatif pd saya (wpun tidak tahu dialek tganu).. mungkin intonasinya berbeza dgn 'senyum sokmo'. lalu senyum sokmo itu tergambar lebih positif..
sukar ditafsir dalam maya yg tak bernada
Saya agak keliru dengan apa yang nak dimaksudkan dengan 'kuda sokmo', yang jelas ianya janggal dan saya kurang setuju bila perkataan 'sokmo' digandingkan dengan 'kuda', sesuatu yang tak kena . . . .
peningla...x faham lgsg...tp xleh la nk wt aper lg iklan pun dh disiarkan....
++waheeda++
Saya bersetuju dengan penulis. Memang sukar dijelaskan mengapa "kuda sokmo" membawa maksud yang janggal. bagi saya "Kuda sokmo" jika disebut dengan intonasi loghat terenggau akan mengambarkan sipenutur seolah2sudah amat jemu dengan kuda ataupun pertandingan berkuda. Ia juga menggambarkan seolah2 sipenutur mengeluh dengan apa sahaja berkaitan kuda.
syed aljefrey
betullah..sy pun pd mulanya bila tgk poster tu rasa cam pelik je bunyi "kuda sokmo" bagi sy yang bkn oghe ganu..akn fhm maksud kuda sokmo tu..mcm kuda lagi..seolah2 mcm xsuka..kalula org luar yg create slogan tu..xkn xdak bantahan dari org ganu sendiri..kalu benda tu bunyi janggal...dunio2
hey, i reread ur post..
sbenaqnyakan,
ayat pertama last paragraph
tu rasanya bleh baiki lagi
strukturnya...
agak samar, tak boleh tangkap maksud dgn sekali baca...
which means, u need to improve ur writing..
by improving doesnt mean you have to have bombastic word or extra ordinary pharases in your sentencing.. but more importantly, readers can easily appreciate your message..
Be simple but meaningful!
pepehal "kuda sokmo" bagi aku org luar ni, tak sedap pun! mcm dah xde idea lain je.. hahaha
oh, jgn dilupakan, penaja acara gilang gemilang ini ialah Sime Darby Motors dan.. GENTING KOTA KERIANGAN!
-joe-
kalau terengganu je mesti dikaitkan dgn 'sokmo'. hehe, mcm takdok perkataan laing jer.
sapa kuda pun nak ada sokmo jugok. ehehe. it just doesnt bring any meaning. mmg janggal pon.
Mawar, terima kasih kerana menolong saya mengambil gambar itu, sangat menghargai usaha awak.
Ishan, kamu patut mengunjungi saya di sini dan mendengar serta menghayati sendiri bagaimana cara penggunaan perkataan SOKMO itu. Dulu kamu ada peluang untuk jadi orang Terengganu, tapi jual mahal...
Hartini, benar sekali, kamu nampaknya cepat faham.
Wan Storm, memang janggal sekali!
Wahida, itulah pengiklan yang tak berhati-hati.
Syed, kamu bila lagi hendak menjadi orang Trengganu dengan rasmi?
Joe, komen anda sangat dihargai dan akan dijadikan panduan selalu, terima kasih.
amad, ya rite!
Post a Comment