Wednesday, November 26, 2008

Hujan, Payung & Ubi Kayu

Setiap hari di sini hujan turun mencurah-curah, tiada hari yang berlalu tanpa hujan yang turun. Tiada yang pelik, sekarang ini memang musimnya. Sangat sejuk dan sukar untuk saya mandi, tetapi menjadi Melayu yang tinggal di Malaysia saya gagahkan juga. Selain itu, hampir setiap orang yang keluar dari rumah akan menyediakan sekaki payung bersama mereka. Setiap pagi ke tempat kerja saya juga berbekal payung. Pagi tadi seseorang telah menegur saya.

“Amboi, BN sampai ke payung”, dia tersenyum kambing.
Saya memandang ke tepi payung saya. Ada lambang dacing di dua penjurunya.

“Ah, cuma di payung, tapi dalam hati saya ada bulan!” saya membalas dalam senyum nakal. Sengaja saya tidak memberitahu kepadanya dalam hati saya sebenarnya ada roket; bimbang kalau itu membuatkan dia terkejut.

Terutama di musim hujan ini, hampir setiap pagi kawan sekerja membawa makanan ke tempat kerja. Bihun Goreng, Keropok, Nasi Lemak, Pulut Lepa, Laksa dan yang paling saya sangat hargai adalah ubi kayu rebus yang empuk bermadu di tengah-tengahnya. Pada hari dia membawa ibu kayu rebus serta kelapa parut ke pejabat, hujan turun sangat lebat, jadi itulah masa yang terbaik untuk sepinggan ubi kayu. Saya menikmati ubi kayu rebus itu dengan bersungguh-sungguh, bersama segala kenangan di 25 musim hujan yang lalu.

Sekarang saya berasa sangat malu kerana asyik menikmati apa yang dibawa oleh orang lain, saya sendiri tidak pernah membawa apa-apa. Saya patut mengambil giliran saya dan menyediakan satu hidangan yang enak untuk mereka. Saya berharap Mawar membaca catatan ini dan akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah besar ini.

14 comments:

*Mawar Nafastari* said...

ye, mawar sedang baca la ni.. hehe
em, nak masak apa ye..
siapa2 ada cadangan? ;p

addyaholix said...

salam ahmad!
sekarang musim hujan. aku juga kerap kali basah. aku beli payung. macam orang lain. supaya tak basah bila hujan lebat. tapi aku tetap basah. walaupon aku beli payung macam orang lain. bayangkan kalau aku berpayung sambil tunggang motor.

nota : aku malas berbaju hujan. tak glemer!

hans said...

hujan
hujan
hujan
skrg musim tengkujuh
haih....

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD n MAWAR NAFASTARI,

Memandangkan skrg ni musim hjn..jadi saya cadangkan MAWAR masak NASI HUJAN LEBAT utk AHMAD bawa ke kantor. Saya tak tahu di Terengganu dipanggil, tapi di utara tanahair ia mmg dipanggil NASI HUJAN LEBAT. Rasanya sedap, persis BIRYANI NEW DELHI. Slmt mencuba. Andai kamu tiada resepinya, minta aja sama saya. Ok, daaaa;-)

HaNie said...

Oh mawar.. saya kira kamu perlu memasak satu hidangan istimewa setiap pagi buat suamimu itu.. Saya cadangkan hari ini nasi lemak, esok nasi dagang, lusa nasi beriani.. hehehe melampaunya saya.. saya cuma bergurau mawar.. hehe..

Anonymous said...

dengan keadaan mawar skrg...lebih elok jika dpt menyediakan sstu yg simple...tidak perlu tll bersungguh..aper kater mawar menyediakan makanan kegemarannyer...time2 hujan turun ni mmg cpat terasa lapa....huhuhu..

++waheeda++

Makcu said...

mawar, ko bace n jd penyeliaa je..
suh en ahmad yg masak & selesaikn masalah besar sendiri..hehehehh

HaNie said...

Mawar, Hanie rasa mawar boleh cuba memasak pulut. Ia sangat senang sekali. Bukan pulut kuning tau. Pulut putih dan berintikan kelapa dan ikan masin sudah memadai dan ubi kayu rebus dengan sambal. Itu yang selalu menjadi hidangan sarapan pagi orang-orang terengganu.

Tetapi hati tertanya-tanya, adakah mawar mengalami alahan? Alahan pada bau-bauan masakan di dapur? Kerana ada sesetengah orang apabila mengandung tidak boleh langsung ke dapur kerana alah pada bau sebarang masakan.

Sekiranya tidak, alhamdulillah semoga mawar tidak mengalami alahan yang teruk semasa mengandung dan dipermudahkan olehNya..

Love, Suhaiza Abidin said...

hujan :: sekarang musim hujan.. banyak tempat suda dilanda bah..

payung :: satu kemestian pada waktu ini.. tak kisah laa ada label apa sekalipun.. yg penting dpt mengelakkan dari hujan yg turun..

ubi kayu :: hidangan istimewa ni.. juga seswai dihidangkan dgn secawan kopi panas.. aduhai.. sedapnya!

:: Nice blog ::

wan storm said...

saya cadangkan anda cuba tanak pulut, masak pakai periuk letrik senang je, sambil tu goreng ikan kukus; aye atau kembung atau selayang atau ikan ape je la termasuklah anjang anjang hari tu tapi kena kukus dulu la! semua boleh buat sendiri aku takut nanti si mawar kamu tu alahan. best tu... nanti esok pagi aku nak try masak dulu la, kalau sedap nanti kau di jemput dtg kl untuk menikmati juadah tersebut, kl pun hujan setiap hari jadi bila baca cerita ni teringin pada ubi kayu rebus dengan ikan jeruk goreng....

Fatanah Fadhil said...

roti goreng pun sodap..dah berubah wjh blog demo yer..koho comel plak..aku slalu gkbuka blog mu tp hari br leh komen..sory yer:)

Anonymous said...

Tempat aku keje pn sama,slalu org bwh blanja.Doctor sedap2 je mkn.Harap dia nk blanja mmg susah.Dia xtau org duk kutuk kt blkg.Org yg mengutuk pn mgkn xtau ada 2 makhluk dikiri dan kanan sdg mengira2.Kalau org ats fhm yg dia sepatutnya slalu bersedekah,tentu xada umpat mengumpat dikalangan org bawah.Bagusla kalau slalu bermuhasabah mcm tuan ni.
Al-Ghazali.

WS Zuriati said...

Igt tak? dulu ayah kita ada buat ubi kayu campur kelapa parut, pastu tumbuk dalam lesung...rasanya huuh..lemak2 leit bergadit. Try la buat.tak susah sangat pun..

Nafastari said...

Mawarnafastari, saya sebenarnya tidak memaksa.

Addyaholix, kalau saya, biarlah tak glamor asalkan jangan basah.

Hans, ya, datanglah kemari bermain hujan.

Ishan Q & Hanie, terima kasih.

Waheeda, terima kasih, memang kami tidak terlalu bersungguh.

Makcu, bernas idea kamu!

Hanie, tahap kesihatan Mawar sekarang baik, dia sudah tidak mengalami alahan lagi.

Newsnetwork, terima kasih.

Wanstorm, selepas terbaca komen ini saya berasa sungguh kasihan pada kamu, sebab itulah saya telah bawakan ubi kayu untuk kamu pada minggu lepas.

Fathifadhil, terima kasih, sila berkunjung lagi.

Alghazali, tapi tempat saya tidak sama dengan tempat kamu. Tiada istilah orang bawah, kami semua sama. Saya tidak menceritakan tentang orang bawah di sini, tapi mengenai kawan-kawan setempat kerja dengan saya. Terima kasih.

WSZuriati, tentulah masih ingat. Sekarang saya sangat rindu!