Saturday, November 15, 2008

Bahasa Matematik

Hampir semua media utama telah membuat rumusan bahawa pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah adalah tidak menjejaskan pencapaian murid-murid dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Mereka memberikan bukti pencapaian murid-murid dalam UPSR yang baru diumumkan dua hari lepas, yang mana peratusan lulus dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya.

Dalam berita radio 24 (Bernama), disiarkan bahawa seorang murid telah membuat pengakuan bahawa dia berharap agar pengajaran matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan kerana dia sendiri lebih selesa berbahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Ianya sangat menyedihkan apabila sebuah radio yang berbahasa Melayu juga turut memberi sokongan moral kepada pihak berkuasa bagi meneruskan pengajaran mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

Jika ia benar-benar telus, kenapa tidak menemuramah murid-murid yang tidak mahir berbahasa Inggeris dan menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan seharian? Sedangkan golongan yang menggunakan bahasa Melayu adalah lebih ramai dan merekalah yang akan terkorban dengan polisi yang tidak menguntungkan ini. Sudahnya golongan kaya dan popular akan terus maju terkehadapan dan golongan yang miskin dan tertindas akan terus dimundurkan oleh golongan atasan tersebut.

Saya mengenali seorang "mangsa" yang berasal dari Besut Terengganu yang gagal dalam matapelajaran matematik di peringkat STPM padahal dia mendapat A1 untuk mata pelajaran yang sama di peringkat SPM. Saya agak hairan dan menanyakannya tentang perkara itu. Beliau menjawab bahawa ia berpunca daripada masalah bahasa pengantar kerana untuk peperiksaan STPM dia dipaksa oleh sekolahnya untuk belajar matematik dalam bahasa Inggeris, suatu bahasa yang tidak difahami olehnya.

Seorang sahabat memberitahu, dia ragu dengan ketelusan pencapaian kelulusan mata pelajaran dalam UPSR kerana pihak berwajib boleh dengan sesuka hati menurunkan graf markah kelulusan sesuatu mata pelajaran bagi membolehkan bilangan yang lulus menjadi ramai. Contohnya markah lulus 40 boleh diturunkan menjadi 30 sekiranya didapati ramai yang tidak lulus jika markah tersebut dikekalkan pada 40. Jadi ukuran pada pencapaian kelulusan UPSR tersebut adalah tidak mutlak dan ia boleh diselewengkan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli politik yang ego serta tidak mahu kalah.

11 comments:

WS Zuriati said...

Kalau ppsmi (pengajaran mate dan sains dalam bi) dihapuskan, maka elaun untuk guru-guru yang terlibat iaitu utk sk (10% drp gaji dan sm 5%) juga akan dihapuskan. Sian la kat deme-deme tu pulak...lagi pun dah berpuluhan juta rm telah digunakan untuk program itu,kalau dihapuskan maka nampak sangat ianya adalah proram yang membazirkan duit kerajaan. So..dengan itu kementerian pelajaran mesti mempertahankan program itu....walaupun ramai murid dan guru-guru yang pening-pening lalat lagi dgn bahasa itu...termasuklah hamba allah ini.

wanahaf said...

Saya amat tertarik dengan isu ini. Tentang pendekatan pengajaran yang digunakan ada baik dan buruknya. Tetapi bagi saya ianya akan menyukarkan bagi pelajar di kawasan pedalaman, yang susah dan miskin. Penurunan graf memang merupakan salah satu cara yang pihak tertentu gunakan untuk meyakinkan ramai pihak. Dalam pada masa itu sebenarnya ianya akan merugikan pelajar itu sendiri dan semakin mundur.
Tetapi saya lebih tertarik dengan hasil temuramah dengan pelajar yang berbangga dengan bahasa penjajah itu. Pada hari ini murid itu telah berkata begitu, siapa tahu suatu hari nanti dia tidak akan kenal lagi melayu itu apa. Wallualam.

hans said...

ntah
ada pro dan kontra
macam saya dulu pun belajar mat dari darjah 1 sampai tingkatan 5 dalam BM
bila masuk U semua dalam BI..
mula2 rasa macam susah tapi dimana ada keinginan disitu ada jalan...
tapi dalam situasi budak2 nih kena tgok keadaan juga...
ntahlah
pilisi kerajaan selalu berubah2 dan menyusahkan pelajar

narumi hayashida said...

Jangan la kamu cuba nak melemahkan gagasan Kerajaan Malaysia yang bangga dengan Bahasa Inggeris...Jika tidak, apa gunanya mereka membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk itu...Berilah sokongan sebaik mungkin, pedulikan anak watan yang gagal dalam matematik kerana mereka x dapat memahami dengan baik. Siapa suruh ibubapa mereka yang kais pagi makan pagi di pedalaman itu tidak menghantar mereka belajar tuisyen di bandar? Siapa suruh ibubapa pelajar itu x membeli peralatan untuk mereka mahir bercakap Bahasa Inggeris?Siapa suruh ibubapa mereka tidak fasih atau tidak faham langsung bahasa dari barat itu? Salah mereka, bukan salah Kementerian Pendidikan, bukan salah Kerajaan Malaysia, bukan salah pengasas pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, salahkan golongan marhaen ini, Kerajaan mana boleh salah! (Baca dengan nada lemah-lembut dan puitis sekali, kalau perlu dengan nada gurindam)...!

FirJah said...

kadang2 result anak2 murid kita kini tidak sama dgn kemahiran yg mereka ada.. ini kerana wpun math & sains dlm BI.. mereka boleh lulus,padahal mereka sendiri bukanlah pandai mana pun. ini disebabkan semua sek nak jaga prestasi masing2..so fenomena yg sering berlaku menjelang exm yg agak tidak telus ku rasa,cg2 sedaya upaya mencari & mendapatkan "spot"..kadang2 sebijik sejebon (kata org kedah) naik dalam exm. jadi budak2 yg mmg pandai selalunya akn study btul2 tp yg kelas hujung2 ni just hafal je.sbb tu la peratus leh naik gak wlaupun MATH & SAINS dlm BI..slain drpd faktor penurunan graf td..

Hartini Omar said...

saya melihat ppsmi sbg wajar diteruskan. saya sendiri kurang pasti mengapa, namun saya terbayang sesuatu yg baik2 di hujung jalan sana. biar memakan masa, namun sbg manusia kita wajib berusaha dan tidak berputus asa

saya tidak menggesa supaya ibubapa ber'speaking' dgn anak2 mereka di rumah. pembelajaran sains & math selalunya melibatkan banyak penggunaan terminologi. terminologi dalam bahasa inggeris itulah yg perlu banyak dipelajari. entahlah, saya cuma nampak banyak kebagusannya

kita banyak tokoh lama2 yg belajar segalanya dlm bahasa inggeris, namun keMELAYUan mereka masih kuat dan utuh. malah mungkin lebih utuh dr kita sendiri. jika mereka dulu yg hidupnya susah, berasal dr pedalaman namun masih mampu melakukannya, mengapa tidak kita?

yg penting skrg ialah perlaksanaannya. guru yg fasih, tenaga pengajar yg berkredibilti, kemudahan komputer dan library (dgn buku2 rujukannya sekali) di SETIAP sekolah perlu segera ditangani kerajaan. bukan beri idea, beri arahan, kemudian lepas tangan

dan tidak boleh juga kerajaan merumuskan sesuatu program itu sbg berjaya hanya dengan statistik dan perbandingan angka. amatlah cuai jika statistik yg dikira tidak mengambil kira peranan "extraneous variable" dan "error" yg termasuk dlm setiap angka

ppsmi wajar diteruskan, namun mesti dengan usaha dan program2 yg boleh menambah-baik keadaan. rumusan yg dibuat juga harus telus dan tidak meminggirkan murid2 yg tinggal di pedalaman. usaha yg baik biarlah adil dan saksama. kerana bila berhasil, semua dapat merasai manisnya

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Pada hemat saya PPSMI TIDAK WAJAR diteruskan. Adakah pelaksanaannya benar-benar dpt meningkatkan mutu bahasa Inggeris warga Malaysia khususnya golongan pelajar? Jawapannya TIDAK. Ini krn kita tidak menggunakan istilah2 matematik dan sains dlm aktiviti harian. Seperti Saudara sendiri, pernahkah saudara pergi ke mana2 kedai dan bertanya "I wanna buy x+y sugar and a-b salt or bla bla bla...?" Sungguh tidak boleh diterima pendapat yg menyokong PPSMI ini. Sepatutnya, dlm meningkatkan mutu Bahasa Inggeris, cara pengajaran dan pembelajaran subjek itu yg harus diubah atau dibuat anjakan paradigma andai kita melihat mutu dan tahap kualiti Bahasa Inggeris warga Malaysia masih lagi bobrok! Bukan dgn menukar subjek Matematik dan Sains daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Ini boleh diibaratkan seperti doktor yg tersalah beri ubat kepada pesakit. pesakit itu sakit kepala tetapi doktor bagi ubat sakit kaki. Apa kejadahnya ini semua. Kalau seseorang itu sakit kepala, bagilah ubat sakit kepala...yg diberi ubat sakit kaki tu apa hal nya...mahu nak kena penendang doktor tu! Mungkin perumpamaan saya ini kasar bunyinya..tapi itulah hakikatnya. Mengapa org yg membuat polisi ini masih lagi gagal mengerti permasalahan ini. Saya pernah ke Jepun..Korea..Iran dan Jerman..sekolah-sekolah di sana menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri bagi subjek Sains dan Matematik. Tapi negara-negara ini lebih maju daripada Malaysia. Kita selalu mendabik dada mengatakan kita terbaik dalam itu ini...tapi hakikatnya adalah sebaliknya! Sama juga dalam soal memperjuangkan Bahasa Melayu. Ia cuma bermusim. Bila tibanya Bulan Bahasa atau ketika mahu menyambut sambutan kemerdekaan, semua orang termasuk para pemimpin bercakap berkobar-kobar mengenai peri pentingnya perjuangan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Namun, selesai sahaja musim itu...semuanya kembali sepi. Sia-sia sahaja kita bercakap berkobar-kobar dan berdekah-dekah di sana-sini tapi pengakhirannya tidak lebih seperti seekor ayam jantan yg sedang berkokok...tiada gunanya langsung. Tunggulah saat dan ketikanya, andai saya yg menjadi Perdana Menteri akan saya jumudkan dasar PPSMI ini dan satu dasar baru yg lebih baik akan dilaksanakan di mana dasar itu sama sekali tidak akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan..bahasa perpaduan..bahasa ilmu dan sebagainya. Percayalah anda semua, laporan yg menyatakan peningkatan dlm keputusan UPSR baru-baru ini bukannya penunjuk prestasi sebenar krn semua itu boleh diubah demi menegakkan sesuatu yg tidak benar menjadi benar. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin bertanya kalian semua di luar sana terutamanya Saudara Ahmad, adakah dengan berbahasa Inggeris ia akan menjadikan kita lebih maju dan bijak daripada mereka yg tidak berbahasa Inggeris? Tidakkah kita semua sedar bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dan bahasa ilmu lewat zaman kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulu? Adakah kita semua sudah lupa? Andai kita semua sudah lupa, maka memang benar telahan Tun Dr. Mahathir bahawa "orang Melayu mudah lupa". Adakah bangsa Melayu ini benar-benar bangsa pelupa? Jika kalian semua tidak sanggup digelar bangsa yg pelupa, maka ayuh bangkitlah kalian semua...segera perjuangkan Bahasa Melayu yg kian tersisih dan disisih itu! Andai kita warga Malaysia sendiri yg mengabaikan perjuangan suci ini, siapa lagi yg harus kita harapkan utk memperjuangkannya? Tiada siapa lagi yg boleh kita harapkan! Seandainya kita masih lagi belum sedarkan diri akan erti perjuangan suci ini...tidak mustahil Bahasa Melayu akan tinggal dalam lipatan sejarah cuma! Cukuplah sudah dgn gaya penampilan org Melayu kini yg lebih Inggeris daripada "Mat dan Minah Salleh"...itu masih lagi boleh dimaafkan. Tapi kalau sampai ke tahap mahu menggadaikan Bahasa Melayu dgn alasan kononnya mahu menjadi lebih maju..mahu menjadi lebih cemerlang gemilang dan terbilang, saya memang tidak dapat menerimanya krn dalam diri saya masih mengalir darah Melayu walaupun ia separuh cuma! Walau apa pun, ini cuma sekadar pendapat saya. Anda semua boleh menerima atau mengkritiknya! Saya seorang yg terbuka dan bisa menerima kritikan walau sepedas mana pun ia. Wassalam.

p/s: Maaf Saudara Ahmad, tanpa saya sedar, komen ini menjadi begitu panjang pula (hampir2 menjadi n3 terbaru). Maaf ya, ini semua gara-gara saya begitu tersentuh krn Bahasa Melayu seperti disisihkan dan dipijak-pijak oleh bangsa Melayu sendiri:-(

Anonymous said...

Kalau nak kata Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memajukan negara,
SAMPAI BILA2 PUN AKU TAKKAN SOKONG PPSMI!!!!

Kalau nak kata Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memajukan penguasaan bahasa inggeris,
SAMPAI BILA2 PUN AKU TAKKAN SOKONG PPSMI!!!!

math n scinece is logic!
language is art, subject to change and creativity!
dua2 pakai bahagian otak yang berlainan... bagi org yang baru nak kuasai dua2 perkara ini serentak, aiyo memang susah..
budak2 yang suka sc n BI in english tu pun aku barani kata diorang kebanyakannya regular english speaker.. means english is already with them, now they use english to learn math..

org kampung, english xde, math xde..
belajar english kene transalate..
belajar math pun kena transalate..
budak penat ..
cikgu pun penat....

-joe-

Nafastari said...

WS Zuriati, sepatutnya kerajaan berbuat sesuatu yang menguntungkan rakyat secara keseluruhan, bukan kerana kepentingan politik.

Wanahaf, ya, telah terbukti menyukarkan pelajar di pedalaman yang tidak terdedah kepada penggunaan BI. Nanti kita sama-sama pastikan anak-anak kita tahu jati diri mereka.

Hans, tapi saya cuma nampak kontra saja, mungkin saya terlalu negatif. Dasar pendidikan sepatutnya harus tetap dan fokus.

Narumi, kamu kelakar! Saya faham lawak yang kamu cuba buat..

Firjah, jadi siapa yang rugi akhirnya? Saya harap guru-guru dapat mempertingkatkan integriti masing-masing.

Hartini, saya menghormati pendapat kamu. Tapi saya mempunyai pendapat yang sangat berbeza. Bagi saya, kembali menggunakan BI di sekolah kerajaan adalah satu langkah yang mengundur ke belakang. Kita tiada masalah dengan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu, jadi kenapa kita harus mencipta masalah baru. Kerajaan sepatutnya mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah penguasaan BI, bukan menambah satu lagi masalah. Dulu mereka yang bersekolah di sekolah inggeris kerana mereka tiada pilihan lain seperti yang kita ada pada hari ini. Tidak salah berbahasa Inggeris di rumah (saya sendiri dan keluarga pun melakukannya), tetapi kerajaan harus menetapkan satu polisi mengenai bahasa kebangsaan supaya setiap warganegara dapat melihat dengan jelas apa hasrat, hala tuju & pendirian negara. Ini berkait rapat dengan jati diri bangsa dan masa depan negara ini.

Ishan,ya, komen kamu sangat panjang, tetapi saya seronok membacanya. Kita yang berketurunan Melayu inilah yang patut mengangkat martabat bahasa kebangsaan kita, takkanlah kita mengharapkan ianya dilakukan oleh orang cina yang mendapat pendidikan di SRJK(C). Saya masih merasakan kita masih boleh tampil maju dan bijak dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Inggeris itu cuma salah satu daripada bahasa-bahasa, ilmu dan kebijaksanaan boleh diperolehi dalam bahasa apa-apa pun!

Joe, ya, saya setuju ia memenatkan. Saya mendengar sendiri cerita-cerita kepenatan itu daripada guru-guru di kawasan pedalaman.

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD WM OMAR,

Saya sengaja memanjangkan komentar saya ni krn utk membuktikan pada saudara bahawa saya juga masih lagi dan tetap mencintai bahasa ibunda saya walaupun dalam masa yg sama saya lebih suka menggunakan bahasa ayahanda saya tika berada di rumah. Diharapkan rasa ragu saudara dan teman-teman yg lain akan kesetiaan saya pada bumi Malaysia akan terhapus sama sekali..krn saya juga punya rasa patriotik terhadap bumi bertuah ini. Wassalam:-)

Anonymous said...

smemangnya org luar ble bkata apa shj ttg ppsmi..hanya guru2 yg duduk di sekolah shj yg tau mslh dlm plaksanaan ppsmi ini thadap para pelajar..ketahuilah sebenarnya gred keputusan peperiksaan tlh diturunkan agar ia 'mbenarkan' bahawa ppsmi adalah berkesan!bg sy,antara cara yg ble dbuat utk menguasai b.i ini ialah dgn memantapkan pengajaran dan kemahiran guru dalam mengajar b.i di sekolah..walluhu'alam..