Saturday, October 18, 2008

Membina Istana di Pantai




Akhirnya abang penulis terpaksa mengalah dengan cadangan kami untuk ke pantai, lalu terpaksa melupakan hasratnya untuk memancing di sungai. Di pantai dia cuba menangkap ketam dengan menggunakan umpan ikan masin, tetapi cuma dapat seekor kerana ombak agak besar dan tiada tanah 'beting' seperti yang diharapkan.

Ibu yang sudah lama tidak melihat pantai mengajak jiran yang juga kawannya untuk bersama-sama kami, bolehlah dia berbual-bual tentang tajuk mereka sambil duduk-duduk mengambil angin pantai. Lagipun, Mok Su Timah juga sudah lama tidak ke pantai, saya melihat dia gembira pada petang itu. Anak-anak saudara semuanya bergelak riang dapat bermain dengan ombak dan pasir. Muhammad pulang dengan parut di atas pipi kesan jatuhannya ke atas pasir kerana ditolak ombak yang kuat sewaktu membina istana.

7 comments:

nasikerabupetro said...

Pantai Merang ke? Ke Bari?

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudara Ahmad,

Wow, seronok dan bahagianya dapat bersama-sama keluarga di tepi pantai! Kenapa saya tak pernah berkesempatan merasai detik-detik sebegitu sepertimana yang kamu rasa & alaminya! Mungkinkah selamanya saya akan kesepian begini hinggakan deruan ombak dan desiran pasir pantai pun nggak bisa memecahkan kesepian ini...huhuhu:-(

HaNie said...

Sedih sungguh baca nukilan hati Ishan tu.. Bersabarlah Ishan.. Kebahagiaan itu tetap ada untukmu..

Anonymous said...

Saya pernah bersarapan bersama2 keluarga penulis di tepi pantai. bayu pagi yang bertiup damai amat menyenangkan hati. Hidangan bihun goreng bersama kropok dan teh panas sangat menyelerakan. kenangan yang mendamaikan yang masih segar dalam halwa rasa saya:)

syed aljufrey

hans said...

bestnya mandi pantai
adoi
dengki plak tgok

Makcu said...

huh lama dok pi pantaii...

Nafastari said...

., Bari. Anda siapa, pernah ke sana?

Ishan Q., kerana kamu belum lagi, tapi saya percaya kedamaian tanah sawah yang menghijau di tempat kamu juga sangat mengasyikkan.

Hanie, Ishan cuba menagih simpati dan kasih dari kamu, agaknya...

Syed, manakan saya boleh lupa semua itu! Datanglah berkunkung ke sini lagi, menetap untuk selamanya pun tidak mengapa...

Hans, yep, suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Makcu, mai la sini. Mawar dan saya sentiasa kosongkan dan siapkan satu bilik untuk tetamu yang nak bermalam di sini..