Saturday, October 18, 2008

Adakah Lagi Demokrasi?

Hindraf telah pun diharamkan dengan alasan bahawa ia boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral di negara ini. Walaubagaimanapun, Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan Hindraf sebagai tidak wajar kerana langkah itu akan menutup sepenuhnya isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah lain.

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula menganggap kerajaan menghalang demokrasi apabila mengharamkan Hindraf dan empat aktivisnya disoal siasat opeh pihak polis. Beliau membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang memanggil empat aktivis Hindraf untuk disoal siasat hanya kerana kehadiran mereka di Rumah Terbuka anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC. Kumpulan Hindraf, melalui Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran pula menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri itu sebagai tidak adil kerana Hindraf tidak terlibat dalam perbuatan jenayah ataupun melanggar apa-apa undang-undang.

Media-media utama yang bersayap kanan seperti biasa akan menyokong tindakan tersebut dan beberapa susulan berita yang menyokong tindakan tersebut akan disiarkan berulang-ulang sehingga mereka puas dan merasakan semua rakyat sudah pun dapat menerima pengharaman tersebut. Dalam masa yang sama Hindraf akan diburuk-burukkan dan digambarkan sebagai sebuah pertubuhan yang ganas, tidak bermoral, tidak berasas, dan sebagainya. Lihat sahaja bagaimana mereka memanipulasi peristiwa kunjungan kumpulan Hindraf ke rumah terbuka dengan menyiarkan pelbagai pandangan yang mengecam penuh dengan provokasi memburuk-burukkan Hindraf selama berminggu-minggu. Tiada peluang diberikan oleh media yang sama kepada Hindraf untuk menjawab kembali segala tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka.

Adakah Hindraf adalah benar seperti yang didakwa, atau mereka sekadar melepaskan dendam kepada Hindraf yang telah mempengaruhi kaum India untuk menolak BN dalam pilihanraya yang lepas, diharapkan kerajaan dapat membuat keputusan yang adil dan tepat. Penulis adalah seorang Bumiputera yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam Hindraf mahupun terhadap kaum India, cuma mahu melihat demokrasi dan kebebasan bersuara benar-benar dilaksanakan di tanah ini.

2 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Selagi kita tidak menjadikan ISLAM sebagai panduan dan cara hidup serta tidak meletakkan hukum-hakam ISLAM di tempat yg sepatutnya, maka selagi itulah tidak akan tertegaknya konsep DEMOKRASI yg sebenar...yg ada cuma konsep DEMO KASI. Sekadar memberi pendapat, saudara bisa terima atau menolak pendapat saya ini:-)

Wassalam!

adie-ishmael said...

Kesal dengan YB-YB Muslim dari parti PKR dan Pas yg hanya turut bergelak suka di dalam Parlimen ketika mana hukum2 Islam dan Syariaat Allah Taala dicaci dan dihina sewenang2nya oleh wakil DAP dan PKR yg bukan Muslim...ketika itu hanya YB dari UMNO yg kita sering hentam sebagai taghut,kufur,jahil,laknat,musuh Allah berhempas pulas membela Islam dan hukum Allah...Wakil2 PAS dan PKR Muslim hanya berminat membela puak2 kafir HINDRAF jer...musibah kepada Muslim dan Islam. Luang2kan lah masa anda masuk ke dalam persidangan Parlimen...anda akan dapat saksikan hakikat bahaya mereka hanya gila kuasa...bukan nak berjuang demi menegakkan hukum allah taala atas bumi malaysia ini...hudud dan takzir pun dah lama kita tak dengar diperjuangkan...rindu sangat pada hukum Allah!!!