Pada mulanya penulis berasa sangat teruja kerana seorang kawan yang berketurunan Cina dan tidak beragama Islam akan berbuka puasa bersama-sama saya. Walaupun Desmond tidak berpuasa seperti saya tetapi dia memberitahu kepada saya bahawa sudah lama dia teringin untuk menyertai buka puasa dengan kawan-kawan Melayu di Kuala Terengganu, kerana dia tidak pernah berkesempatan untuk berbuat begitu sebelum ini.
Kami memilih Restoran Nil, Batu Buruk dan Desmond mengajak seorang lagi kawannya yang berketurunan Cina untuk menyertai kami kerana dia segan bahawa dia akan menjadi satu-satunya orang Cina yang akan berbuka di situ. Kami datang setengah lebih awal dari waktu berbuka dan memesan makanan sebaik sahaja sampai di situ.
Tetapi yang mengecewakan saya, makanan kami cuma dihantar setelah setengah jam masuk waktu berbuka sementara pelanggan lain semuanya mendapat makanan mereka sebelum waktu berbuka. Apa yang membuat saya lebih pelik, pelanggan berketurunan Melayu di dua meja di sebelah kami yang datang lebih lambat dan memesan makanan yang lebih banyak mendapat makanan mereka terlebih dahulu daripada kami, malah sebelum saat berbuka. Kami cuma memesan Nasi Goreng, bukannya Tom Yam dan pelbagai lauk-pauk panas bersama nasi putih seperti orang lain.
Saya berasa sungguh kesal dengan sikap pelayan di Restoran Nil dan ianya menjadi lebih teruk kerana mereka melayan saya sedemikian di waktu saya sedang beria-ia hendak berbuka bersama kawan saya yang pertama kali ingin merasai pengalaman berbuka. Mungkin mereka menyangka kami semua bukan Muslim (tapi, muka saya nampak seperti Melayu dan memesan makanan dalam bahasa Melayu dialek Terengganu) dan tidak layak dilayan secara adil di saat Muslim lain hendak berbuka. Saya juga pernah dilayan dengan teruk sebelum ini di restoran yang sama. Restoran Nil terletak di Batu Buruk berhampiran dengan Batu Buruk Beach Resort, anda dinasihatkan supaya menjadikannya sebagai pilihan terakhir.

15 comments:
Salam...testing 1 2 3!!!!
salam
UW setuju ngan penulis sbb perkara sebegini pernah UW lalui ms berbuka puasa 2tahun lepas...lepas kejadian tuu terus black list. Dah laa sejam tunggu, lain order lain dapat. Memang hampeh tul laa..
errkk..betulkah muka en ahmad benar-benar macam melayu??...maafkanlaah merekaaa..mereka berpuasaaaaa...:)
di restoran yang sama!
Ishan, tahniah kerana berjaya membuka laman sendiri. Adakah kamu akan menggunakan bahasa Melayu, Hindi atau Inggeris?
UW, bermakna saya sedang mewakili ramai orang yang kecewa.
Makcu, jadi kamu fikir sebaliknya? Saya fikir wajah saya layak dijadikan ikon lelaki melayu (yg x hensem la).
terok sgt ker layanannyer....
tp restaurant tu ttp beroperasi...
pelik gak,...
u dont look like a malay la and u know that hahahaha
-joe-
Sekali nampak, cubaan di bulan ramadhan...Dua kali nampak, memang tak berjurus kebanyakan perkhidmatan restoran melayu di Terengganu... Hakikat pahit yang harus ditelan
sedap ker restauran tu?
salam, saya pun pernah mangalami peristiwa yg serupa di restoran yang sama beberapa tahun yang lepas, jadi ianya sentiasa berulang ulang kepada pelanggan berlainan, selepas tu saya tak pernah ke sana lg... warong MPKT seberang jalan tu kan ada, servisnya lebih baik...
Salam Saudara Ahmad,
Menjawab pertanyaan saudara, saya akan menulis blog saya dan memberi komen pada blog-blog orang lain dalam Bahasa Melayu memandangkan Bahasa Melayu merupakan lingua franca di bumi Malaysia. Jadi, penulisan & komentar saya itu akan lebih difahami & meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada setiap pembacanya. Tiadanya gunanya saya menulis dalam Bahasa Hindi panjang berjela-jela tetapi akhirnya hanya saya & segelintir pembaca sahaja yang memahaminya.
Berbalik kepada Tragedi Ngeri Berbuka Puasa di Restoran Nil, Batu Burok, saya amat bersimpati pada saudara. Setelah seharian berpuasa, betapa tegar pemilik/pelayan restoran itu melakukan perkara seperti kelewatan menghantar pesanan pada saudara & teman-teman saudara. Kasihan saudara! Bagi saya, pemilik/pelayan restoran itu memang bersalah atas kelewatan menghantar pesanan saudara & teman-teman. Akan tetapi, saudara tidak boleh menyalahkan mereka 100% peratus, apatah lagi menyalahkan teman-teman Tiong Hwa saudara sebagai punca kelewatan tersebut. Saya puji sikap & cara saudara yang mengajak teman-teman saudara berbangsa Tiong Hwa yang non-Muslim itu untuk sama-sama merasai kenikmatan berbuka puasa. Pada hemat saya, dalam hal ini saudara juga patut dipersalahkan. Kenapa saudara tidak menggunakan hak saudara sebagai pengguna yakni hak untuk bersuara. Sepatutnya saudara perlu menanyakan pesanan saudara kepada pemilik/pelayan restoran tersebut tatkala menyedari sesuatu yang tidak kena telah berlaku iaitu kelewatan menghantar pesanan. Masa untuk saudara bersuara hendaklah di awal masa yakni saat saudara menyedari permasalahan itu terjadi & bukannya setelah berjam-jam lamanya menunggu pesanan barulah saudara bersuara. Andaikata suara anda tidak dilayan atau diendahkan, saudara boleh melaporkan aduan saudara kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Saudara boleh telefon mana-mana cawangan KPDNHEP yang terdekat atau saudara boleh terus sms ke talian hotline KPDNHEP (yang mana saya telah lupa,saudara boleh layari laman sesawang KPDNHEP untuk mendapatkan nombornya) atau pun pilihan terakhirnya saudara boleh melayari laman sesawang KPDNHEP dan hantar aduan saudara itu ke sistem e-Aduan KPDNHEP. Saya percaya, saudara akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hehehe!!! Apa-apa pun, saya percaya bahawa perkara yang menimpa saudara adalah ujian & cubaan dari Allah untuk menguji kesabaran hamba-NYA seperti saudara. Saya kira saudara amat bertuah kerana dalam banyak-banyak insan di bumi Malaysia ini, saudara telah dipilih oleh Allah untuk menghadapi ujian ini. Ini menandakan Allah amat menyayangi saudara. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud, "...Tidak Kami turunkan ujian kepada seseorang insan itu melainkan sesuatu yang bisa (mampu) ditanggung olehnya."
Wassalam.
Dil se re...ISHAN QURESHI MAHMUD, New Delhi, INDIA
kalau ke KT, saya tak akan makan di situ.
Fufa , maybe you're face is blacklist in the "secret department of resteron concelment "
it doesnt make sense ...
Noor, layanan mereka agak teruk.
Joe, I'm still not sure who you are. But I know I look like Malay, may be not typical Malay.
Narumi, bukan semua restoran di Trengganu seperti itu. Tapi susah juga mencari yang bagus layanannya, Paradise Deluxe & Restoran Penyu pun pernah buat saya kecewa.
Hans, boleh laa..
Anonymous, saya pun takkan ke situ lagi. Sengaja saya mencari kelainan pada hari itu.
Ishan Q., sekurang-kurangnya saya bersuara di sini. Sudah tentu ini lebih baik daripada lansung tidak berbuat apa-apa.
Denanz, nampaknya saya telah berjaya mempengaruhi seseorang.
Sweet Candy, it seems like u're trying to be funny. But I don't really get it. Your spelling may be...
u ada rupa cam siam sket kot... hehehe...
Post a Comment