Saturday, September 06, 2008

Ampunkan Patik

Keputusan untuk meletakkan kereta di petak "REZAB" milik Senibahri Arkitek di hadapan bangunan Pusat Niaga Paya Keladi itu adalah suatu keputusan yang sangat silap dan penulis berasa sungguh malu dan menyesal kerana telah membuat keputusan yang salah. Pada mulanya saya menyangka tidak menjadi kesalahan untuk meletakkan kenderaan di situ kerana beranggapan bahawa rezab itu tidak terpakai pada hari Sabtu, iaitu hujung minggu dan kebanyakan pejabat tidak bekerja.

Apabila kembali ke kereta selepas satu jam kemudian, kelihatan sebuah kereta besar telah menghalang kereta saya, dan tentu sekali kereta itu milik seseorang yang bekerja dengan Senibahri Arkitek. Saya naik ke pejabatnya, dan setelah memberi salam dan membuka pintu, ternyata Y.M. prinsipalnya sendiri yang sedang bekerja dalam pejabat itu. Saya kenal dengan wajahnya dan melihatnya, saya menjadi kelu untuk seketika.

Dengan memanggilnya "Encik", saya memberitahunya bahawa saya telah meletakkan kereta di petak rezab dan telah terdapat sebuah kereta yang menghalang kereta saya. Saya bertanya jika kereta itu adalah miliknya. Tetapi beliau seolah-olah tidak faham atau tidak dengar, dan saya terpaksa mengulangnya tiga kali. Saya tidak mendapat reaksi yang saya harapkan. Akhirnya saya turun begitu sahaja dengan perasaan hampa, bersalah dan malu. Saya juga telah mendapat satu tiket saman daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kerana kesalahan meletakkan kenderaan di petak rezab.

Walaupun akhirnya setelah berhempas-pulas saya berjaya mengeluarkan kereta saya (kerana tiada siapa yang turun untuk mengalihkan kenderaan tersebut), tetapi saya tetap berasa teruk. Mungkin saya perlu menulis emel untuk meminta maaf daripadanya kerana saya telah menyusahkannya dan menyebabkannya berasa marah. Saya tidak akan mencuri letak kereta di petak rezab sesiapa lagi, sampai bila-bila.

11 comments:

WS Zuriati said...

Kadang-kadang keberanian itu mesti berada di tempat yang betul agar ia tidak menjatuhkan maruah kita.. Kita juga selalu membuat anggapan menurut perkiraan sendiri walhal undang-undang sudah sudah termaktub dan nyata samada betul atau salahnya.. bukankah tuan juga sudah bertahun-tahun juga belajar mengenai undang-undang. Saya kadang-kadang juga menjadi sedikit sayang dengan duit ringgit tuan yang terpaksa diperuntukkan untuk membayar saman, sedangkan perkara-perkara sebegitu boleh kita elakkan jika kita sentiasa berhati-hati.

Anonymous said...

redha je la..yang pastinya, pengalaman itulah yang mendewasakan kita.kalau tak kena macam tu, mesti kita buat lagi kan? duit yang keluar tu, pasti ada gantinya.mungkin lebih banyak. kita tak tau.Tuhan saja yang maha mengetahui.Ada la hikmah disebalik yang berlaku tu.ye x?

Unknown said...

ooo.. patut dia tak layan coz tuan panggil dia "ENCIK". Biasa laa org kalu dah berpangkat Dato' nie mesti dia nak kita calling dia DATO'... HUHUHUHUHU.... dunia! dunia!

Maswafi Abd Samat said...

Benda yang paling berat untuk aku lakukan di planet bumi ialah pernyataan maaf. Ia adalah satu manifestasi kita mengakui kesilapan kita. Alangkah mulianya jika tuan punya petak rezab itu mensyukuri nikmat Allah dengan menerima pernyataan maaf dari anda. Bukanlah besar sangat kesalahan anda hingga boleh menyebabkan berlaku kerosakan di planet ciptaan Allah ini. Wallahualam

miss N said...

kesalahan kecil tapi dilakukan kepada orang besar.... sabar jela..

Unknown said...

kesilapan tidak disengajakan...tp buatla ia sebagai satu pengajaran...x menyalahkan diri atas aper yg berlaku....

Anonymous said...

I don't think u should publicize the vip's name... people might come out with many perceptions about him juz by reading ur story.. and that is not good for him, moreover he is not some celebrities or person that attracts interest to the general public for them to know what he do, how he reacts... anyway he is never the person to be blamed in this case... he might be very angry that time and he has the right to feel so towards a layman that fail to appreciate the meaning of a very simple KATA PINJAMAN MELAYU.. sekian adanyer..
-joe-

Anonymous said...

well joe, people have right to write anything..

Nafastari said...

WSZ, terima kasih atas ingatan.

Wanita, pengalaman ada sekolah yang terbaik. Pasti ada hikmahnya.

UW, entahlah, tapi saya fikir dia seorang yang sangat rendah diri orangnya.

Maswafi, aku tidak kisah untuk berkata maaf jika aku sedar bahawa aku telah silap.

Miss N, Noor, ya saya sangat kesal ia telah berlaku dan saya tidak mampu mengundurkan putaran masa.

Joe, aku terima teguran kamu, lalu aku telah padamkan nama penuh beliau yang telah kutuliskan sebelum ini. Tapi aku lansung tidak berniat untuk menyalahkannya, jauh sekali menjatuhkan air muka dan darjatnya, walau sedikit. Aku sekadar melahirkan kekesalan aku atas kesilapan aku sendiri.

Anonymous, you're right. But it's better not to hurt innocent people.

Anonymous said...

responding to anonymous..
yup, people has right to write anything since that is immoral people's point of view...

if we were to abide by this view, abislah dunia merapu2 dalam penulisan mereka, mencaci bangsa lain, menghina anutan dan kepercayaan org, apatah lagi meludah kedaulatan negara sendiri... mcm2 la...

be sensitive pls, that's my view!
-joe-

Anonymous said...

watever joe....