Monday, July 28, 2008

Tingkat 10, Vistana

Seakan-akan peristiwa di April lalu berulang lagi, tapi cuma tempatnya berbeza. Apabila bangun dari tidur di pagi harinya penulis mendapati terdapat suatu kesan cakaran yang agak panjang, kali ini di bahagian dada penulis. Cara cakarannya lebih kurang sama seperti yang sebelum ini berlaku di MS Garden.

Kami kebingungan memikirkan misteri ini. Mawar mati-matian menafikan bahawa kesan itu hasil daripada perbuatannya kerana kukunya sangat pendek dan dia tidak mempunyai apa-apa alasan untuk mencakar sedemikian rupa. Penulis sendiri mempunyai perasaan yang sangat kuat bahawa kesan itu bukan daripada cakaran kuku sendiri. Kami simpulkan mungkin ada yang ingin bergurau di penginapan kami sewaktu Mawar sedang tidak suci, dan ketidaksucian itulah yang mengundang cakaran misteri pada epidermis penulis.

8 comments:

Nizam Ahmad said...

sekali lagi? mcm afzal kwn lama kita dulu, sekali diganggu sentiasa diganggu..sampai dah lali mamat tu tengok muka hantu huhu

ermm apa dulu ko pernah berangan nak dapat cakaran harimau ke? :p

hayat said...

from my personal opinion,that creatures maybe following u at all times!!u need to see me-then we ll know how truth is it..My frend can help you out from this mysterious things by scanning..believe it or not-God Created "Others" in this earth to live in-isn't?

*Mawar Nafastari* said...

hayat...

tak nak lah jumpa kawan ko tu... kami takot bila dah tahu "the truth" lagi kami tak leh hidup mcm orang normal.. sentiasa dibayangi perasaan berjaga2...

uhuu... let it be.. 'mereka' juga makhluk Allah kan... moga Allah lindungi kami dari gangguan itu lagi...

Anonymous said...

eiiii...
tatotnyer...
bygkan kite bleh nampak "bende" tu, n die cakar kite.. letak kuku kat badan...tekan sikit..tarik pelan2, panjangggg.....
pastu dah buat tu ..
die sengih cam haram...
lalu blah begitu sahaje..
"see u next vacation!" katanyer..

Anonymous said...

ni baru tiga kali..tunggu sampai 3 kali...kalu benda yang sme terjadi mesti rujuk pada sape2 yang pakar or rujuk ustaz2...

Artozy said...

pesan ed, cari kitab manzil.

hayat said...

i Ve seen Ghosts!!!Dia biasa-biasa jer..bagi yang dah biasa biasa je lah..Adik i pun biasa tengok..nanti i buat persatuan sesiapa yg pernah tengok hantu..sure ramai join..mawar kena tengok dulu baru leh join!!hahah:P

Nafastari said...

Terima kasih semua atas cadangan dan nasihat. Semoga penulis tidak dikacau lagi dan hidup dalam keadaan aman sejahtera.