Sunday, July 27, 2008

Marilah Bebas Plastik & Polisterin

Penulis sangat tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh The Body Shop yang ingin mengurangkan penggunaan beg plastik kerana daripada apa yang saya baca dan pelajari, saya percaya bahawa penggunaan beg plastik adalah membahayakan lantaran ianya menjana toksik apabila dibakar dan ianya tidak boleh dibiodegradasi apabila dilupuskan. Plastik juga boleh mencemarkan laut dan membahayakan kehidupan laut. Selain itu, bahan toksik yang dihasilkan dalam pemprosesan plastik seperti kloroflorokarbon (CFC) akan mengikis lapisan ozon. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada bumi untuk tempoh jangka panjang.

Tetapi kebanyakan pengguna di Malaysia tidak sensitif dengan isu dan fakta ini. Mereka menggunakan seberapa banyak beg plastik tanpa rasa kesal dan bersalah mungkin kerana ianya akan diberi secara percuma oleh kebanyakan peniaga. Misalnya di tempat penulis selalu membeli ikan, kesemua peniaga ikan di Panji Alam itu mempunyai amalan standard iaitu meletakkan ikan yang dibeli dalam dua lapis beg plastik, penulis tidak pasti kenapa mesti dua lapis. Di suatu tempat menjual kuih di Gong Kapas, mereka membungkus hampir kebanyakan kuih dengan plastik putih lutsinar kecil. Jika anda telah membelinya, kuih yang sudah dibungkus dengan plastik itu akan diletakkan pula dalam satu lagi beg plastik.

Kadang-kadang jika barang yang dibeli adalah dalam kuantiti yang sedikit penulis memberitahu kepada juruwang di kaunter bayaran bahawa penulis tidak perlukan beg plastik, kerana penulis adalah seorang pencinta alam dan menyokong penuh kempen sifar beg plastik. Cuma disambut dengan senyuman tawar oleh jurujual, tidak mengapa. Penulis kagum dengan usaha kerajaan negeri Selangor yang telah melancarkan "Kempen Bebas Plastik dan Polisterin" melalui ahli Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, semoga berjaya.

Sementara kunjungan ke UIAM Gombak pada minggu lepas menyaksikan kampus itu telah melancarkan kempen yang menyeru pelajar-pelajar membersihkan sendiri bekas makanan dan sisa di kebanyakan café seluruh UIAM dengan menaikkan poster besar yang bertulis: SELF DECOY ZONE. Mereka juga telah bertukar daripada bekas polisterin kepada bekas "eko-pek" yang boleh dilupus, lebih mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan. Suatu usaha yang sangat dialu-alukan, walaupun mereka sepatutnya telah lama mengamalkan perkara tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

tuan,
-saya juga mempunyai tabiat tidak membungkus barang2 belian (dlm jumlah yg kecil) dengan beg plastik
-selalunya saya hanya pegang atau masukkan di dalam beg galas saya sendiri
-tabiat yg harus diamalkan sbg seorang pencinta bumi!

p/s: sewaktu ke US, kesemua barang belian dimasukkan ke dalam beg kertas. hatta kfc dan mcD pun menggunakan kotak kertas (seperti tempat letak telur) untuk meletakkan cawan air yg 'take away'. no plastic at all. cool!

Anonymous said...

sy sokong, kita kurangkan penggunaan beg plastic.
rasanya syarikat yg besar2 dah tukar pakai plastic yg biodegradable (betul ke eja?) e.g. ikea, tesco uk (tesco m'sia xtau lah plk). tp xtau la stkt mana ianya selamat.

klu kt uk ni, kt kedai, cashier akan tanya dlu 'do u need a bag?' (hehe aku suka ayat tu) klu kita need br dia bg. ada stgh kedai yg aku tau, kita kene byr utk dptkn plastic bag.

tp kt m'sia mcm rilek je. maybe kesedaran tu blom ada.

Anonymous said...

kat korea pun cenggitu, plastik bag kena beli... "self-decoy" pun dibuat juga di restoran2 fast food i.e. sisa makan dan bekas2 pakai buang kene buang sendiri dalam tong sampah, xde pekerja yang akan buat utk ko..

Malaysia bleh je wat camtu... melalui undang2 kecil... rakyat yang sikapnya dah terbiasa (bukan salah mereka) mestilah di "didik", promo mestilah berterusan bukan sekadar kempen jangka pendek....

Pakai kertas pun org cakap membazir pokok2... skrg org dah ke arah pakai beg @ bekas yang bleh guna semula.. kat psarya besar2 malaysia ade beg2 ni disediakan; org je tak peduli @ tak nak beli...

iklan kene bagus, pemimpin kene buat dulu, kene tunjukkan kat rakyat pemimpin benar2 komited!

so, kalu dah org atas pun xpeduli... rakyat pun acuh tak acuh je la..

-joe-

Anonymous said...

jgn ckp aje...

Unknown said...

body shop mmg 'recycle' tu menjadi tema kedai tu...tgkla packaging diorg kalau mambuat pembelian di kedai nyer...

Nafastari said...

Hartini, Areej & Joe terima kasih dengan cerita US, UK & Korea masing-masing. Saya pula mewakili Malaysia.

Anonymous, saya pengamal juga.

Noor, ya tepat sekali.