Tuesday, July 15, 2008

Menyentuh Penyu Di Perhentian






Pulau Pulau Perhentian terletak dalam daerah Besut dan boleh dilihat dengan jelas dari pantai kampung kediaman penulis sekiranya cuaca elok. Ianya boleh dikunjungi melalui jeti Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki bot laju yang beroperasi seawal pukul 7 pagi dan bot terakhir adalah pada pukul 4 petang. Tambangnya adalah RM70 untuk perjalanan pergi dan balik. Penduduk di Pulau menggunakan istilah “masuk” untuk ke tanah besar Kuala Besut dan “tubek” (keluar) untuk maksud kembali ke pulau.

Penulis berpeluang melakukan aktiviti snorkeling dan yang lebih penting lagi penulis berjaya menyentuh belakang penyu yang berenang-renang dalam air bersama kami. Akhirnya dia menang dan berenang jauh meninggalkan kami sehinggakan penulis dimarahi oleh pengemudi bot yang menuduh saya mengacau penyu tersebut dengan sentuhan di atas belakangnya menyebabkan ia takut dan lari. Tapi tiada siapa pun yang melarang saya daripada membuat begitu pada sebelumnya, manalah saya tahu.

Pada petang itu sewaktu berjalan-jalan di tepi pantai kami disapa dengan salam oleh seorang lelaki berkulit putih yang penuh bertatu badannya. Agak terkejut, penulis menjawab salamnya dan bertanya jika dia seorang muslim. Dia mengakuinya dan memberitahu asalnya dari Maghribi tetapi telah tinggal di kebanyakan negara-negara Eropah. Namanya Hajj tetapi dia belum pernah melakukan haji dan amat berharap dapat mengunjungi tanah suci suatu hari. Sebelum kami beredar dia sempat memperkenalkan isterinya yang hampir telanjang cuma berbikini kecil dan sedang berjemur sambil membaca buku di tepinya.

Penulis perlu berterima kasih kepada 2 beradik (Mat & Shukri) yang telah menjadi kawan penulis sejak kunjungan penulis yang lalu kerana mereka sekali lagi menumpangkan bot mereka secara percuma untuk menjawab panggilan Tuhan di tengah hari Jumaat itu. Masjid terletak di Kampung yang mana di situ juga terdapat sebuah jeti yang besar, tanah perkuburan, sekolah, balai polis, pusat komuniti, serta kedai-kedai makan yang lebih murah harga makanannya berbanding di pantai-pantai lain di pulau ini.

Melepak di jeti pada waktu malam adalah sesuatu yang tersangat indah dan membahagiakan. Penulis meninggalkan Perhentian dengan kulit yang hampir terbakar tetapi tidak pernah serik untuk kembali lagi. Kerana di sana ada segala kehangatan kasih dan cinta, ia membara!


13 comments:

wanahaf said...

bila penulis nak bawa adik penulis ni pulak ha?...

Artozy said...

cantik.

pulau, permandangan, dan sepasang kaki kanan.

Hartini Omar said...

superb! semoga ada peluang untuk saya menjejakkan kaki ke sana

Bila Diary Bercerita said...

Lepas ni akak nak pujuk-memujuk Abg Asri ko gi bercuti ke pulau pulak. Teruja tengok gambar korang gi pulau tu....

Areej Torla said...

jeles nye dpt tgk penyu. masa aku g perhentian tahun 1998 dlu, ada jmpe penyu..besar gile..tp dah mati. kesian dia. kesian aku.

Anonymous said...

cerita penulis membuat saya makin cemburu, sudah lama saya tidak berkesempatan menikmati keindahan alam maya. Dunia saya hanya dikelilingi masalah orang, pertelagahan, sesak dada di mahkamah yang seakan tidak berkesudahan. Ingin sekali keluar seketika dari semua ini dan melihat dunia dari sudut yang indah. Sudah lama saya tidak menikmati nikmatnya rasa lapang dada tatkala berdiri menghadap laut China Selatan di rumah penulis, perasaan itu adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata:)
syed aljufrey

Anonymous said...

amboi encik syed, luahmu dalam ruang komentar ini terlalu bagus isi bahasa semuanya untuk diletakkan di sini! Ayuh, sampai bila lagi mahu menumpang singgah-menyinggah ke laman luahan hati orang, jemput-jemputlah kami ke laman luahanmu pula.. dari bacaku, ku tahu di suatu sudut sana hatimu penuh rasa yang ingin dicurah lontar buat penghayatan kami; kembara sesat di maya mencari ketenangan entahkan ada.. atau kau mungkin sudah ber"blog" jauh dari tahuku?
itulah syed kami, si spontan yang mengGEGARkan! hahahah
-joe-

Anonymous said...

Atok saya asal Pulau Perhentian.. Kalaulah saya diberi peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik di negeri asal saya di terengganu.. saya akan pulang ke terengganu kerana walau di mana bumi dipijak.. Terengganu tetap yang terbaik..

Rohani..

Anonymous said...

Penulis stay di mana masa pergi ke Pulau Perhentian.. Kalau di sana saya cadangkan stay di Tuna Beach Resort.. Nice & x menghampakan..

Kalo di Pulau Redang, saya cadangkan stay di Laguna Redang Island Resort..

Rohani..

WS Zuriati said...

nurah pun nak gi jgk kat pulau tu.. jgn lupa kabo ye kalau ada trip ke sana lagi.

Nafastari said...

Wanahaf, kamu boleh pergi sendiri, kamu masih bujang jadi lebih seronok jika pergi dengan kawan2.

Artozy, memang! Trima kasih.

Hartini, insyaAllah, tidak mustahil lansung.

Aishah, pujuklah, alang2 suami kamu akak memang orang Trengganu.

AJ, setiap kali aku ke Perhentian aku mesti dapat tengok penyu sewaktu snorkeling. Kalau anda ke sana lagi jangan lupa snorkeling! Hehee

Syed, berkahwin sajalah dengan Trengganu serta seluruh laut, angin, kedamaiannya...

Joe, andai kamu telah pun kenal sama Syed, elok saja kamu pujuk atau paksa dia untuk memulakan lamannya sendiri.

Rohani, terima kasih, saya tinggal di Senja Bay (dulu Suria). Saya lebih senang dengan Perhentian berbanding Redang.

WSZuriati, pasti kukhabarkan. Nurah itu tidak seperti abangnya, tentu dia akan melompat2 kegirangan melihat air, ikan-ikan kecil & penyu. Kamu pun kena ikut sama!

Areej Torla said...

ahaa aku pon suka sgt snorkeling. pulau2 is tpt holiday paling fav aku. klu kt trg aku rajin g snorkeling kt p.kapas, p.perhentian n p.bdung. last skali aku g tioman, tp x aku rasa x secantek pualu kt trg.
p.bidung pn cantek gak, wlpn x glemer sgt. p.redang aku blom b'kesempatan, insyaAllah balik mesia bila2 aku rasa wajib ah kene g gok...
rmh ko dkt jgk dkt pulau kan..bestnye leh g slalu.

hans said...

wow,bestnya dapat tgok penyu depan mata...
lepas ni kalau pergi terengganu leh tumpang tido rumah penulis kan?
save budget..
hehe3

new posting..
baca yer