Monday, May 26, 2008

SMS Dari Perempuan Itu & Istikharahnya

Perempuan: En. Lelaki, saya Perempuan. Apa khabar? Keluarga saya baru saja bagitahu yang En. Lelaki dah jumpa mereka di Kuala Terengganu pada malam itu. Baguslah. Tapi…

Lelaki: Ya, mereka semua melayan saya dengan baik.

Perempuan: Tapi malang nasib saya. Terpaksa pendam rasa pada kamu. Saya fikir ada ruang antara kita kerana dari awal perkenalan hingga kini wajah kamu bermain di mata saya. Tapi…

Lelaki: Hei, kamu tentunya sedang bergurau!

Perempuan: Semestinya tidak.Ia datang dari hati yang tulus mulus. Jikalau luahan ini suatu gurauan bagi kamu, saya terpaksa menangis di akhirnya. Ianya serius.

Lelaki: Janganlah menangis. Kamu tahu Tuhan pasti akan menganugerahkan kamu seseorang yang paling bagus dan baik untuk kamu.

Perempuan: Saya harap jua begitu, tapi hati yang gila ini masih mahukan kamu. Mungkin kerana kamu pernah hadir dalam istikharah saya membuatkan saya sukar melupakan kamu.

Lelaki: Perempuan, kamu cantik, tinggi, ada kerja yang mulia dan datang dari keluarga yang baik-baik. Sesiapa pun akan suka. Saya doakan kamu akan bahagia.

13 comments:

Anonymous said...

'syabas perempuan kerana meluahkan isi hatimu kepada seorang yg sudah bergelar suami....'
tindakan yg sangat berani...

tp perempuan,
ingatlah,
sesungguhnya ciptaan adam dan hawa itu telah ditentukan oleh-Nya.. jika si dia bukan untukmu, yakinlah bahawa Allah telah menciptakan seseorang yg lebih baik untukmu...
insyaAllah...

Anonymous said...

tuan,
ada juga yg sanggup rupanya.....

Bila Diary Bercerita said...

Ni cabaran pertama Alam Rumahtangga. Harungilah segala cabaran dgn bijaksana....

Anonymous said...

wah.. ape lagi...? isi tempat kosong.. 3 jari belum bercincin kan?

(gurau!)

-joe-

Anonymous said...

Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku.
Sesekali tidak! Aku menjaga aibnya.

dan aku menjaga perasaan isteriku.

-Abu Nawas-

Anonymous said...

bila dicongak2 kembali, sy juga rasa bersetuju dgn pandangan tuan anonymous di atas
-ya, menjaga aib tentunya lebih mulia
-bukankah perempuan itu juga manusia biasa yg punya rasa
-cuma mungkin beliau tidak cukup semangat untuk meredhai takdirnya

Nizam Ahmad said...

teringat kisah ayat-ayat cinta ~

Anonymous said...

Sepein,
Hamba merasakan tuan telah menulis dengan kesantunannya yang tersendiri tanpa menyelak mana-mana bahagian yang menampakkan keaiban atau kemaluan.Dan dapat melihat sekalian alam ini,bahwa isteri tuan seorang yang 'gentlewoman'.Isteri tuan tidak cemburu buta macam orang kejauhan sana.Ini ditulis mungkin kerna memahat sebuah kisah yang berjaya menyentuh hati tuan.Janganlah Tuan ambil hati pada dua pohon kemucup yang meracau-racau di tepian jalan itu.Itu hanyalah hiasan sebagai hiasan dalam perjuangan ini.
-Ghozali..

Anonymous said...

janganlah berat sebelah jika berkata-kata dan tidak molek lah jika menegakkan benang yang basah. yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah

yeop

hanees sabri said...

Hwo is the Perempuan & Lelaki?

Nafastari said...

Sweety Candy, I'm sorry I'm obliged to keep it secret.

Anonymous said...

;)

Anonymous said...

tersenyum sy membaca coretan ini..bagi sy penulis telah menulis dengan berhemah sekali..hanya yg iri hati dan terasa sahaja menganggap ianya kurang bagus..