Tuesday, May 27, 2008

Kunjungan Berhajat




Akhirnya sampai juga penulis dan Mawar ke sebuah masjid di tepi pantai yang sudah tiga kali kami rancang untuk mengunjungi. Bukan kerana ianya dibuat daripada kristal atau dapat terapung di air, tetapi kerana tarikan luar biasa yang ada padanya sehinggakan dikunjungi oleh begitu ramai orang terutamanya pada pagi Jumaat sehinggakan menyebabkan kesesakan yang teruk di jalan sekitarnya.

Sewaktu kami tiba di masjid itu pada pagi Jumaat yang lepas, orang ramai sudah pun memenuhi segenap penjuru masjid itu dan penulis cuma dapat masuk dan duduk di barisan yang paling belakang. Kuliah disampaikan dengan begitu tenang, bersahaja dan tegas oleh seorang pengajar yang kedengarannya tak ubah seperti suara bekas Menteri Besar Terengganu (1999-2004), penulis tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Dan penulis tidak bercakap dan bertegur dengan sesiapa pun selama berada di situ.

Sebelum ini penulis agak keberatan untuk memenuhi permintaan Mawar untuk ke sana kerana menyangka ianya hanya untuk orang yang berkopiah, berjubah dan bertudung labuh sahaja. Tetapi didapati sesiapa sahaja boleh ke sana dan menikmati santapan rohani yang sungguh segar dengan bebas. Ada kelibat remaja perempuan yang berseluar kain denim (dipadankan dengan baju labuh), ramai yang cuma bertudung bawal saiz ‘biasa’, ada juga remaja lelaki yang berpakaian sungguh ranggi.

Mawar dan penulis bercita-cita untuk ke sana lagi di pagi Jumaat masa-masa akan datang. Kalau tercapai, mungkin penulis patut menulis tentang gerai-gerai jualan di sekitarnya yang kelihatannya agak meriah.

4 comments:

en_me said...

alhamdulillah, semoga negeri itteww berada didalam keadaan aman sentosa.. aminn

xamadx said...

saye rindukan suasana meriah di masjid ini.

Anonymous said...

Budaya 'dengor'mesti diteruskan.Teringat aku ayoh Ngoh n Cik Ngoh sewaktu dulu begendong dengan motor honda lampu bulat dari bari ke Rusila semata-mata nok 'dengor'.Jarang doh nk jumpe org lagu tuh.

wszuriati said...

Ayah ngoh n che ngoh mung dalam kenangan....

hu...hu...hu....