Apabila sampai ke tempat Grandstand, ianya telah penuh kerana pelawat bukan VIP juga dibenarkan duduk di situ. Seorang anggota RELA menyuruh kami duduk di kerusi yang jauh hadapan dan telah dipisahkan dengan tali garisan polis menyebabkan kami terpaksa merangkak di bawah tali plastik tersebut. Kerusi tersebut sungguh kotor serta basah dan kami terpaksa mengelapnya terlebih dahulu dengan tapak tangan kami sendiri.
Tidak sampai pun lima minit duduk di situ hujan turun dengan lebatnya meyebabkan kami semua bertempiaran lari dari kebasahan dan berteduh di bahagian belakang tempat duduk yang berupa lobi atau tempat lapang yang luas dan berbumbung. Setelah berborak dengan beberapa orang yang dikenali kami terus pulang. Pada waktu itu hujan masih turun dengan agak lebat.
Tidak sempat penulis melihat kelibat Agong mahupun mendengar kemerduan suara Siti Nurhaliza. Apapun, terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput.
No comments:
Post a Comment