Sunday, May 11, 2008

Cerita Perkahwinan

Ada-ada saja cerita tentang kehidupan perkahwinanan yang singgah di telinga saya. Sehinggakan saya berasa ingin menulis mengenainya.

Saya berasa sungguh terkejut apabila seorang kenalan membuat pengakuan, dia sebenarnya bercinta dan ingin berkahwin dengan orang lain, tetapi dia terpaksa mengahwini isterinya sekarang. Lalu hidupnya terasa ‘kosong’ dan sehingga sekarang dia telah lebih kurang 18 tahun berkahwin, bertahan, dan mempunyai 3 orang anak. Saya berdoa supaya Tuhan menambahkan rasa cinta di atas rasa belas kasihan terhadap isterinya yang sudah bertapak di sarang hatinya.

Seorang kenalan lain yang cukup terkenal dengan sikapnya yang ceria dan periang memberitahu penulis sebenarnya suaminya telah berkahwin lain. Saya berasa sungguh terkejut kerana sangka saya suaminya tidak akan berkahwin lain lagi kerana dia merupakan seorang perempuan yang sangat cantik walaupun setelah melahirkan empat orang anak. Saya berasa sungguh bersimpati kepadanya kerana di mata saya dia seorang isteri yang setia dan rakan yang baik. Dan sekarang, dia dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang oleh isteri lelaki itu sendiri!

Ada seorang kenalan yang lain pula memberitahu dia baru saja bercerai dengan pasangannya. Perkahwinan yang dia sifatkan sebagai sesuatu yang sangat sukar itu cuma bertahan beberapa bulan dan sudah tentulah mereka tidak sempat memiliki anak. Dalam senyuman penuh kejujuran, dia berkata dia berasa sangat lega dan lebih gembira sekarang. Jika benar dia sedang gembira, saya pun tumpang gembira.

Seorang kawan saya pula menghadapi masalah apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan, isteri orang. Teman wanita suaminya itu sudah pun diceraikan oleh suaminya yang baru mengetahui tentang hubungan sulit isterinya itu. Kawan saya tersebut pula memilih untuk terus bersabar dengan suaminya kerana memikirkan nasib dan masa depan anak-anaknya. Lebih menyedihkan, salah seorang anaknya disyakki menghidap penyakit leukemia. Semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama keluarganya.

5 comments:

hayat said...

perkahwinan itu satu perjalanan yang sungguh suci--bukan kerana nafsu tapi kerana Tuhan dan kasih sayang sesama manusia yang sangat tulus..:P

WS Zuriati said...

"Sesungguhnya talak itu adalah perkara halal yang sangat dibenci oleh Allah"....

hayat said...

tapi aku nak kahwin cepat-cepat..dengar kata best!hahaha!!!

Bila Diary Bercerita said...

Itulah Kehidupan.
Bukan sekadar yang manis-manis sahaja. Mungkin yang pahit itu ada hikmahnya.

Kak Aishah

Anonymous said...

harap perkahwinan yg bakal sy bina nie bertahan dan bahagia hingga ke syurga... ahaks...~