Thursday, April 17, 2008

Daulat Tuanku

Dalam keghairahannya mencipta tamadun Terengganu sekali lagi memahat sejarah apabila menjadi negeri yang paling lambat melantik MB dan EXCOnya gara-gara pertelingkahan antara istana dengan Dato Seri Idris Jusoh serta Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pada mulanya secara terang-terangan mencabar perlantikan itu dengan mendakwa bahawa ianya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Seolah-olah saja merekalah pakar perlembagaan dan Sultan sangat jahil mengenai perlembagaan.

Puaslah hati rakyat Terengganu memilih pemimpin mereka yang akhirnya mereka terpaksa bersabar sambil menunggu pemimpin-pemimpin pilihan rakyat berdrama kerana berebutkan kuasa dan pengaruh. Dari awal-awal lagi penulis telah pun menyangka bahawa drama-drama menyokong kepimpinan Dato Idris tersebut akan berakhir apabila EXCO baru dilantik oleh menteri besar yang baru. Siapa yang tak mahu kuasa, pangkat, gaji dan projek yang banyak.

Pada hari kepulangan Agong ke Terengganu kami sama-sama menyatakan sokongan kepada istana dengan meletakkan riben kuning pada kereta dan ada juga yang meletakkan stiker “Daulat Tuanku” yang diedarkan secara percuma di masjid-masjid dan tempat awam oleh beberapa pertubuhan NGO dan parti politik. Semoga Sultan tahu kami masih memerlukan baginda terutama di saat-saat begini, ketika pemimpin kami sibuk berebut kuasa.

1 comment:

Anonymous said...

"daulat tuanku!"