Sunday, March 23, 2008

Norah memasak Bubur Lambuk







Sengaja penulis mengajak Norah, 5 tahun dan Muhammad,12, ke tepi hutan dan mengutip pucuk Midin (isteri saya memanggilnya pucuk paku merah) untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam Bubur Lambuk Terengganu. Saya perlu menekankan “Terengganu” kerana bubur ini berbeza sekali dengan yang dihasilkan di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Supaya Norah dan Muhammad tahu begitulah juga pada 30 tahun yang lalu Ummi mereka menjalankan kehidupan, terpaksa bersusah-payah mengutip segala daun dan pucuk untuk dijadikan makanan samada dimasak lemak, dicelur lalu dicecah budu ataupun dibuat bubur. Walaupun mereka dapat merasai sedikit kehangatan panas bahang matahari yang menjengah ke kulit halus mereka, tetapi penulis pasti, masakan mereka dapat menghayati sepenuhnya kesusahan ummi dan pakcik serta makcik mereka tanggung dahulu.

Penulis menyuruh Norah dan Muhammad memotong pucuk daun kayu tersebut, walaupun hanya Norah yang meneruskannya, abangnya Muhammad yang telah sekian lama menderita obesiti lebih rela berbaring di hadapan TV sahaja mungkin melepaskan penat. Huh, baru dia tahu!

Pelbagai pucuk dan daun kayu yang dicampurkan dalam bubur istimewa yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Antaranya pucuk midin, daun kaduk, daun kesum, daun cekak manis, pucuk beruas, bayam peraksi, dan banyak lagi daun-daun yang penulis sendiri pun tidak dapat pastikan nama mereka. Semuanya dikutip di kawasan tepi rumah kami. Bubur istimewa tersebut juga adalah dari campuran beras, isi ikan yang dihancurkan, lada hitam, nyiur gula (kerisik) dan lain-lain lagi.

Dalam hati penulis berharap agar tulisan ini akan turut dibaca juga oleh isteri tersayang, moga dia mendapat idea untuk memasak sesuatu. Selebihnya, dia perlu berguru dengan kekanda penulis atau bonda yang sekarang ini hanya mampu memberinya secara teori sahaja.

9 comments:

Anonymous said...

mesti sedap tu, rasa macam nurah punye **** kan penulis?

cikgu

Anonymous said...

Norah dah tengok gambar dia kt blog ni, tp dia buat dek je.. pastu dia cakap eei.. itu kakak la..tapi rasa bubur lambuk tu kurang menyengat la. tak supe sekala.. apa yang kurang ek?

MAMA NURAH

Anonymous said...

hm... mcm ade hint nak suruh org rumah belajo masak bubur lambuk tu je??...

mawarnafastari

Anonymous said...

Aku duk rasa kurang budula.Bini aku xbrapa suka bubur lambuk ni.Biarla dia xsuka pn,janji suka buat dah la..
-Luth

Kak Aishah said...

hmm...nampak macam sedap je.
kalu abg asri tgk ni mesti dia nak. tapi kat kl ni payah le nak dapat daun-daun ulam tu.

yue said...

huhuu.. tiba2 terasa nk makan bubur lambuk tganu la.. sabar ye baby..nnt kite balik tganu.. huhuu..

zarra_soffhas said...

walaupun tak suke makan bubur lambuk,tapi rasa nak makan je bubur yang norah buatkan tu.nampak macam best je.bila lg nak rasa budak umur 5tahun masak bubur lambuk kan?

Jentayutiara said...

teringin nak rasa...

Anonymous said...

bila nak makan bubur yang nenek norah buat ek? lame dah x makan yang nenek norah buat...