Thursday, April 17, 2008

Cikgu!

Sudah 10 tahun penulis tidak berjumpa dengan Puan Sharifah N******h yang pernah mengajar bahasa Inggeris sewaktu di sekolah menengah dahulu. Saya masih ingat lagi ketekunannya mengajar kami sewaktu di tingkatan 4 dan beberapa bulan semasa di tingkatan 5 kerana selepas itu beliau menyambung pelajaran demi kemajuan kerjayanya.

Sebelum kami berpisah beliau menghadiahkan saya sebuah kamu Mini Oxford yang pada mulanya penulis fikir ianya tidak memberi apa-apa makna. Tetapi akhirnya kamus itulah yang banyak membantu penulis dan sentiasa menjadi rujukan penulis sewaktu menghabiskan 5 tahun setengah pengajian di universiti yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Setelah penulis berdiri sebagaimana sekarang tiba-tiba saya teringatkan di mana guru saya tersebut yang pernah menjadi inspirasi dan sumber kekuatan saya, sehinggakan pernah penulis membuat pengumuman untuk mencari guru tersebut di dalam friendster, walaubagaimanapun menemui kegagalan. Saya selalu bertanyakan setiap guru yang saya jumpai semula tentang Puan Sharifah dan mereka juga tidak tahu di mana beliau berada sekarang. Sebenarnya saya perlu mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Baru-baru ini Tuhan menemukan penulis dengan Puan Sharifah dan suaminya yang kebetulannya datang ke bangunan tempat saya bekerja. Saya terpaksa berhenti selama 5 saat untuk memerhatikannya dan memastikan bahawa beliau adalah guru saya. Saya sungguh terharu dengan penemuan itu dan saya memberitahunya saya sudah lama mencarinya.

Apa yang membuatkan beliau lebih terharu adalah kerana saya memberitahunya saya benar-benar terkesan dengan kata-kata hikmat yang ditulisnya dalam kamus tersebut:
“Shape your own future, because if you don’t someone else surely will”.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau saya yang jadi ckg tu, rasanya menitik air mata sebab terharu sangat-sangat bila anak murid kita cakap macam tu... hu..hu..hu...

Nurah

Anonymous said...

Ishhh, ish, ish... terharu jugak baca ....lain kali masuklah Jejak kasih ke, MHI ke... nie anounce dlm friendster...Cikgu tu dok sibuk dgn anak lagi, sekolah lagi, husband lagi...mana la ada masa nok guna friendster....By the way... Tahniahlah sebab hajat terpendam dah tercapai.....
P/s: Tak menitik ke airmata awak atau cikgu tu..? :-)

Anonymous said...

anyway may a sll your dreams comes true...as a teacher i'm very happy to meet you with the success that you have achieved now...... may success be with you

Anonymous said...

Herm, ahmad...
jangan katakan guru itu sahaja yang akan menitik air mata. saya yang baca entri ini pun terharu sama.

p/s: bahagia2 selalu tau!

nas dah tukar blog!

Nafastari said...

Selamat hari guru untuk semua guru yang pernah mendidik dan mengajar penulis. Juga buat semua yang bergelar guru. Selamat mendidik.

Nafastari