Tuesday, January 22, 2008
Warisan Pesisir Air
Adik penulis memberitahu, dia sekarang sudah tidak tinggal di bandar lagi kerana dia sudah tinggal di sebuah bandaraya (walaupun tidak banyak perbezaan yang dapat dirasakan secara lansung) kerana Kuala Terengganu sudah pun diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya sejak 1 Januari 2008 yang lalu, nama penuhnya Bandaraya Warisan Pesisir Air.
Tidak dapat dipastikan bagaimana nama lonjakan itu diperolehi tetapi mungkin disebabkan kedudukan geografinya yang terletak di tepi laut dan kuala. Kerajaan negeri pula saban tahun berhempas-pulas menganjurkan kejohanan perahu layar Monsoon Cup. Mungkin juga kerana pengaruh Pulau Duyung yang sejak zaman berzaman telah terkenal sebagai tempat pembinaan kapal dan perahu yang sangat halus kerja tangannya.
Di Pulau Wan Man pula telah didirikan sebuah masjid kristal dan beberapa buah replika masjid terkenal seluruh dunia dan ianya diharapkan akan menjadi tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Jika melalui jambatan Sultan Mahmud pasti anda dapat melihat secara jelas pemandangan pembangunan tersebut yang khabarnya menelan beratus juta ringgit. Berbaloilah harapnya kesungguhan menteri besar memahat sejarah dan mencipta tamadun di negeri Terengganu Darul Iman.
Selain daripada itu, Kuala Terengganu sekarang dihiasi dengan lampu-lampu yang kebanyakannya berwarna biru mungkin untuk menggambarkan "Warisan Pesisir Air" agaknya. Tahap kebersihan juga diperhatikan semakin baik dan pekerja-pekerja MBKT nampaknya bekerja siang dan malam demi mengindahkan kawasan bandaraya.
Teman-teman sepejabat pula merungut berikutan masih tiada lagi pengumuman kenaikan COLA yang sepatutnya diberikan kepada kakitangan sektor awam berikutan penaiktarafan status bandara Kuala Terengganu. Bagi penulis pula, cukuplah jika sekiranya sebuah bandaraya dapat menyediakan pelbagai kemudahan asas yang selesa dan menyenangkankan rakyatnya.
Mungkin datuk bandar perlu mewujudkan sebuah kolam renang awam di sekitar bandar Kuala Terengganu dan perlu mengadakan sekurang-kurangnya sebuah kedai buku yang setaraf dengan MPH, Kinokuniya, Borders, Times atau Popular supaya penulis dapat terus menjalankan hobi-hobinya walaupun tinggal di bandaraya ini.
Labels:
Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Ahmad - swim kat laut lah! LOL! No public pool? Sudah kes berat!
Sdr,
Saya masih terkenang keseronokan berada di bandaraya warisan persisir air ini (mouthfulnya). Dan sudah dapat memiliki Growing Up in Trengganu ker. Saya rasa ada dijual di sana - kedai buku pak yuna or something. A good read
Dad of 4+1, Kat Terengganu Equestrian Resort saya perlu bayar RM8 untuk 2 jam di sebuah kolam yang kecil, tak berbaloi!
Kat laut? Hmm.. Takut bertambah hitam kulit yang sudah sedia gelap.
Mior, sudah pun saya peroleh Growing Up in Trengganu. Dihadiahkan oleh ibu mertua, siap dengan tandatangan Awang Goneng (Wan A. Hulaimi)yang rupanya bekas 'boy fren' ibu mertuaku. Hehe..
Dgr crita dr Pak semail,Pok Yeh(tak ada kene mengena dgn beruk mat yeh)seorang yang sgt teliti,citarasa pun tinggi.Tgkla seni bina airport baru n Pasar Payang baru,ada kelas! Peleh mcm rumah lama org Terengganu.Ada identiti.INI TAK ADA KENE MENGENA DGN POLITIK.
-AL GHAZALI.
erm..bandaraya?!! mungkin pada namanye saje..tapi apa kelebihan utk rakyat ye..selain dari tmpt2 pelancongan..??fikir2kanlaa
belum pegi lagi TTDI di pulau wan man..ada pengunjung yg dtg katenye blm siap sepenuhnye lagi..-salsabila..
Rasanya belum layak dinaikkan taraf menjadi bandaraya kerana orang Teremgganu masih membuang sampah merata-rata... Perkara mudah tapi susah untuk diamalkan oleh semua orang.
Umi Nurahadi
Post a Comment