Wednesday, December 05, 2007

Tamadun dan Budi Bahasa

Saya benar-benar tidak menyangka Ketua Unit Pendakwaan Terengganu akan menjawab pertanyaan ringkas saya melalui telefon dengan nada yang sungguh tidak enak didengar walaupun saya telah bercakap secara baik dan sopan kepadanya. Walaupun dia berpangkat lebih besar dan memegang jawatan yang lebih penting tetapi itu tidak bermakna dia boleh bercakap dengan nada yang sungguh kurang ajar dan cara yang tidak bertamadun begitu kepada saya. Jika saya boleh bercakap dan bertanya dengan baik kepadanya dia juga sepatutnya perlu bercakap secara baik kepada saya.

Saya sungguh tidak faham kenapa dia perlu menjerit untuk menjawab pertanyaan ringkas saya itu. Saya cuma ingin mendapatkan sedikit penjelasan tambahan kerana saya kurang jelas akan maksud surat yang telah ditandatanganinya. Sehingga sekarang pun saya masih tertanya-tanya apa yang membuatkan dia perlu menengking saya dalam loghat berbau Besut-Kelantan dengan nada yang sungguh marah dan mengangkat suara begitu. Atau mungkin dia marah dengan saya yang memanggilnya dengan panggilan Encik, bukan Tuan?

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....

sesetengah insan yg b'pangkat harus dipanggil dgn gelaran tuan..mungkin krn itu dia tidak begitu senang dgn pertanyaan yg dikemukakan...tp sesetgh org x kisah asalkan dgn gelaran yg baik2 dan elok2...

xpela klau kiter dah tau lepas ni panggil jer aper yg patut utk menggelakkan perkara yg sama berlaku lagik...

Anonymous said...

Bahasa adalah jiwa kepada bangsa,
entiti yang berjiwa hanya akan mempunyai satu jiwa.
Bangsa yang berjiwa hanya akan mempunyai satu bahasa sebagai jiwa.
manusia juga hanya mempunyai satu jiwa, jika jiwa nya rosak maka manusia itu akan rosak. jika bahasa kepada manusia itu rosak maka manusia itu dan jiwanya akan juga rosak.
bahasa melambangkan kesucian jiwa seorang manusia, jiwa manusia yang suci akan berbicara dengan bahasa yang melambangkan keluhuran jiwa, manifestasi dari kesopanan bahasa dan sucinya jiwa.

nasikerabupetro said...

Ketua Unit pendakwaan tu lelaki ke perempuan... kalu perempuan a bit kerek gak lah ... terlalu protokol

Anonymous said...

hmm, sexist ni.. nape perempuan xleh terlanjur kata terkasar bicara? atau mungkin kita boleh maafkan perempuan kerana mungkin mereka sedang (tuut)ketika marah2? hoh, xleh..! mentang2 la perempuan.. ni pun sexist jugak ni..

pepehal berbudi bahasa tu biar kepada semua, baik lelaki, perempuan, tua muda budak2 ..kepada binatang mahupun alam ciptaan Tuhan...sekian adanya..

Anonymous said...

pangkat dan darjat bukan segala-galanya...

Anonymous said...

Kalau kita menyedari dengan kekuatan siapa yang membolehkan kita berdiri,tidak adalah kebanggaan yang merosakkan diri itu sendiri.
-luth