Tuesday, November 13, 2007

Demokrasi Gaya Malaysia

Kadang-kadang kita tidak faham bagaimana sebuah negara yang mengangkat demokrasi berperlembagaan sebagai sistem dan undang-undang tertingginya tidak dapat mengamalkan apa yang ditulis dan dilaung-laungkannya. Hak dan kebebasan bersuara rakyat yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan dinafikan sewenang-wenangnya oleh pihak yang mempunyai kuasa hanya kerana kepentingan dan cita-cita politik sempit pihak yang sedang mendapat kuasa. Pada masa yang sama mereka dengan bebasnya menggunakan segala jentera kerajaan (badan eksekutif) demi kepentingan sebuah parti politik yang kebetulannya mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah.

Undang-undang tidak sepatutnya dikuatkuasakan secara prejudis dan diskriminasi. Undang-undang perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa memilih mangsa dan tanpa pilih kasih. Ini perlu difahami dan diamalkan oleh semua manusia yang bertamadun tinggi demi membina sebuah bangsa yang bermaruah. Rakyat tidak semuanya bodoh dan pemerintah tidak sepatutnya memperbodohkan rakyat.

Kebebasan bersuara adalah sesuatu yang sangat berharga dan ianya seolah-olah nadi kepada sebuah demokrasi. Demokrasi tanpa kebebasan bersuara dan tanpa media yang adil tidak jauh bezanya dengan diktator. Penulis mungkin sedang berada di sebuah negara membangun, tetapi di negara ini banyak sekali suara-suara atasan yang mewakili sebuah negara mundur yang berminda tertutup kelas ketiga.

2 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Aku setuju dengan pendapat tuan, ramai sebelum memerintah berjanji bulan dan bintang pada pengundi. Apabila memegang tampuk pemerintahan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk berkuasa dan menjatuhkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan. Aku masih menghormati arwah Ghaffar Baba yang tidak sesekali menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjatuhkan lawannya.

Anonymous said...

tuan,
bila pemerintah berdemokrasi yang cuma dengan pihak dan sekutunya, maka wujud lah pejuang2 kebenaran yg hanya mampu 'berjuang' di jalanan. itu pun penuh jerih dan kepayahan!