Thursday, October 04, 2007
Tahniah Ayah
Kadang-kadang kita lupa untuk meraikan peristiwa baik yang menggembirakan kerana menganggap ia perkara yang kecil atau remeh. Tetapi pada penulis berita tentang kelahiran anak lembu ayah merupakan sesuatu perlu ditulis di sini kerana rezeki itu akan menjadi semakin membesar dan mampu memberi pulangan yang lumayan kepada ayah dalam masa beberapa tahun lagi.
Pada pagi lahirnya anak lembu itu ibu tiba-tiba menjadi sangat prihatin kepada anak lembu tersebut dan mengingatkan ayah supaya mencerut rumput untuk anak lembu yang masih lemah itu. Tentu ibu sudah lupa dialah yang telah mencadangkan supaya dijual saja kesemua lembu ayah pada hari ayah sesat di hutan kerana mencari lembunya yang hilang pada minggu lepas.
Labels:
Family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tuan,
alhamdulillah murah rezeki ayah
sifat ibu (wanita) memang begitu, sering terburu2
bukan stakat sekor tu je yang beranak, tapi ade 4 ibu lagi yg beranak. mmg murah rezeki di bln ramadhan. chek tu mmg g2.heheheh
wanahafWM
he...he.... raya nanti boleh le akak tengok anak lembu tu.
Tanya le kat chek tak nak bagi nama pada baby lembu tu ke?
ha....ha...ha...
hehehe lucu pulak baca pasal anak lembu ni.. hehe
Baru sahaja diberitahu sebenarnya ada 6 yang baru beranak sepanjang Ramadhan ini. Seekor dah mati 4 hari yang lepas.
-Che' sebenonya bimbang,bkn gape.Deme kata blaka.Jdnya,xkene blaka che' ni..Takut ayoh mung xdang nk g masjid.Kalu jd gape2 ke ayah mung dalang hutang nung,lagumana?????
-Tidak ada yg lain dlm fikiran ayah,melainkan makanan lembu2nya drp sumber2 yang halal&tidak merosak tanaman org &mengganggu lalulintas.Sbb itulah lembu2nya jauh kedlm hutan mencari rezeki.
-Barokah dr ALLAH,terus memberi rezeki pd hamba2nya.
Alhamdulillahirabbil'alamiin..
-Aku(Al-Ghazali).
-Che' sebenonya bimbang,bkn gape.Deme kata blaka.Jdnya,xkene blaka che' ni..Takut ayoh mung xdang nk g masjid.Kalu jd gape2 ke ayah mung dalang hutang nung,lagumana?????
sape ni? ayat tu mmg che', tp x kn che' yg comment kat cn... ??????????
wanahaf
Post a Comment