Thursday, October 04, 2007

Azam Lama Kakak







Nampaknya hasrat kakak untuk berterawih di malam sepanjang Ramadhan kali ini masih juga tidak tertunai sepenuhnya. Tempahan menjahit pakaian yang terpaksa diterimanya itu sudah menjadi suatu beban kepadanya hinggakan kadang-kadang dia juga tidak sempat untuk memasak hidangan untuk berbuka.

Kalau dia menjahit di Kuala Lumpur tentu lebih banyak duit upah yang diperolehinya berbanding dengan upah di kampung yang jauh lebih rendah. Sepasang baju kurung biasa atau pesak gantung upahnya cuma RM18 dan jika ditikam leher bertambah RM5. Jika material yang digunakan agak menyukarkannya untuk menggunting dan menjahit ia mungkin akan menjadi lebih mahal sedikit, tambahan RM2 hingga RM5.

Tetapi duit bukan segalanya dan dia pernah merungut mengenai tempahan yang terlalu banyak sehinggakan dia berfikir bahawa dia mungkin patut berhenti melakukan amalan membaca ayat seribu dinar! Penulis juga ada terdengar azamnya untuk berehat dan tidak lagi menjahit pada musim raya di tahun hadapan. Sebenarnya pada tahun-tahun lepas pun dia sudah berazam sebegitu.

11 comments:

hartini omar said...

=) murahnya... di sini mungkin beli baju siap lebih ekonomi dr menempah

Dad of Four said...

Murah rezeki...Tapi kelakarlah para terakhir! LOL

Kalau kat KL...sure RM60-RM80 untuk tempahan...

Kak Aishah said...

Baju akak dah siap ke belum??
Kalau 'mok ar' duk kat KL ni memang
kaya masa nak raya
Awak balik umah chek ari apa?

joe said...

naikkan la harga...
kerje yang penat akan terlepas stressnyer dgn duit gaji yang byk...
mane2 kerje pun mcm tu..
jgn tkut letak harga...

Anonymous said...

Haha..Sy rs kakak Tuan mungkin telah terkena 'bahana'ayat seribu dinar.Rejeki usah di tolak.Sy dr seberang datang M'sia semata-mata mau cari uwang..Xyah naikkan harga.Kalaulah pada hakikatnya ada lg ganjaran blum diterima(kerna tidak sepadan),biarkan saja pada ALLAH yg mencukupinya..
-Aku(Al-Ghazali)

Nafastari said...

Hartini, Haq & Joe, ramal saya kakak mungkin akan menaikkan upah jahit kepada RM20 iaitu kenaikan sebanyak RM2 bermula pada tahun hadapan.

Joe, terima kasih kerana membaca blog saya. Siapa anda?

Anonymous said...

Sebagai seorang tukang menyembat baju memang saya rasa penat tp untuk menaikkan harga walaupun rm1 terpaksa memikirkan berkali-kali. Maklumlah pelanggan kita bukan semuanya berpendapatan ribu2. Bermula dengan harga rm15 sepasang sejak 10 tahun yang lalu, walaupun sekarang ada kenaikan gaji sehingga 25 dan 30 peratus tetapi bagaimana dengan mok teh mah di sebelah rumahku yang kadang-kadang terpaksa membuat bubur untuk anak-anaknya kerana tidak cukup beras untuk menanak nasi.Fikirkanlah bagaimana untuk menyeimbangkan harga yang sepadan dengan bayaran dan ganjaran pahala yang setimpal.

Umi Nurahadi

Anonymous said...

Apakata kalau UMI NURAHADI menggunakan konsep 'Double standart' dalam menetapkan upah kepada pelanggan. Maksud hamba, meninggikan sedikit harga kpd mereka yang sudah diketahui mempunyai pendapatan/gaji yang tinggi dan menetapkan harga biasa kepada mereka yang sepatutnya..Moga2 dimurahkan rezeki slalu.

hartini omar said...

tuan,
ada benarnya luahan kekanda umi nurahadi. itulah beza antara bisnes dan hobi. pulangan memang tak seberapa tapi kepuasannya berjuta

Anonymous said...

nanti pesan kat si leha, tlg baiki bj melayu sy... hehe brape plak upahnya kalo student lagi.

wanahaf

joe said...

tu la..
kalu dah mengeluh tu..
maksudnyer diri sendiri yang masih xpuas hati...

kalu untuk kepuasan hati, xkan mengeluh punyalah... tapi kalu mmg nak berniaga... mcm aku cakap td,
jgn takut letak harga...

org2 yg comment kat sini pribahasa yang sesuai utk derang ni "berat mate memandang, berat lagi bahu memikul.." kite senang la cakap, org tu xde duit la.. org ni xde duit la... cube kite letakkan diri kat tempat si penjahit...

kalu dah xmampu penuhi permintaan, tolak la baik2... kalu mmg harga sama sejak 10 tahun lalu, tapi memang jahit 10 pasang setiap tahun mmg la xkesah.. tapi org mengeluh sbb permintaan meningkat dgn harga masih sama.. dgn terus menerima permintaan tu namenyer "kurang bijak"...yang menempah tu pulak kalu dah tau org tukang jahit tu mmg dah workload terlebih, ape salahnyer bayar lebih sikit.. xpun cari le tukang jahit lain.. kalu buat tak tau je, tu namenyer "ambik kesempatan"...

saye plak meletakkan diri saya sebagai pelanggan yang mahukan kualiti dan harga patut.. bayar 30rm pun xkisah kalu jahit kat kampung, sbb org kampung xrushing.. semua bende buat elok2..
pernah jahit kat KL, dah la mahal.. jahit tepi pun malas! belum stahun dah tetas sana sini..wat sakit hati je...

igt.. berniaga dan beramal kebajikan amat berbeza sekali!