Wednesday, October 31, 2007

Sudah Buncit Baru Berjogging


Baru penulis sedar rupanya Bukit Besar yang di atasnya terdapat tulisan besar "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" itu sebenarnya boleh didaki dan terdapat jalan bertar yang dibina dari kaki bukit sehinggalah ke puncak. Agak lenguh juga untuk sampai ke atas sana kerana kadar kecuramannya yang mencabar sesiapa saja yang ingin mencubanya. Pada setiap petang terutamanya di hari Jumaat dan Sabtu terdapat ramai sekali pengunjung yang datang untuk berjogging atau sekadar berjalan kaki mendaki bukit tersebut.

Baru petang semalam penulis ke sana dan berjaya mendaki sehingga ke puncak. Hajat utama cumalah menemani rakan serumah yang juga merupakan adik penulis untuk bersenam kerana tiba-tiba sahaja dia bersungut, "aku rasa aku sudah buncit!". Memang pun.

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah,diberi juga sedikit kudrat utk ber'jogging'. Selain mengempis dan memejalkan perut yang buncit,jogging juga dapat mengekalkan kesihatan dan stamina. Bagus untuk bakal2 pengantin.Amalkan sekuram2nya 3/week..
-M.A besumbat.

Anonymous said...

sambungan daripada apa yang ditulis ma berkacip, 3/minggu selama 20 minit.jogging, cycling, and swimming is the best exercise.
good luck bro.

cikgu pj

Anonymous said...

Buncit pun xpe sebab muka dia hensem.


sister oum.

Maswafi Abd Samat said...

Tempat ni macam best je bunyinya. Kalau saya pi sana tuan mesti bawa saya. Nak test trek baru!!!.