Sunday, October 07, 2007

Manisan Labu Dari Ayah


Sejak ibu diserang angin ahmar lima tahun yang lepas ayah menjadi semakin berdikari dan sememangnya dia perlu menjadi begitu kerana ibu sudah tidak mampu untuk menceduk nasi, menghidang makannya apatah lagi untuk memasak untuknya. Semalam ayah teringin memakan labu sira ala Kelantan dan dia terpaksa menyediakannya sendirian kerana kakak terlalu sibuk menyiapkan tempahan baju raya.

Kesemuanya ayah yang sediakan, daripada memotong labu sehinggalah memasaknya dengan gula dan manisan sehingga empuk. Apa yang sangat menyentuh hati saya ayah telah meletakkan sedikit labu sira ke dalam sebuah bekas plastik sebagai bekal untuk saya bawa pulang ke kediaman saya di Kuala Terengganu. Saya sangat menghargainya walaupun saya tidak berkata apa-apa kepadanya.

Dan sewaktu berbuka bersama-sama ayah, ibu dan kakak, sengaja saya makan labu sira yang sedap itu banyak-banyak.

10 comments:

Anonymous said...

terharunya dpt ayah mcm tu... ^-^
teringat plak dulu2 my dad masak utk sahur sbb my mom sakit.. last2 masakan hangus dgn kuali2 pun hangus.. huhu...

-nur-

Anonymous said...

Setiap kali aku ingin menyatakan kekaguman pd sesuatu,pastinya ia telah ada dalam kumtukanzam makhfiyyan,dalam gedung yang tersembunyi Tuan.Ada serba mok neka.Laksana Al-Ghazali(Ada org yang sdg mencari beliau,tp xjumpe2) & Ash-shafi'e.
-Aku(Al-Ghazali)..

Anonymous said...

Tuan,
Inilah bahasa yang aku namakan sebagai "Bahasa antara dua gedung"
memang sukar dimengertikan,kerna ia hanya berada dalam dua gedung yang tersembunyi..

Anonymous said...

bila saja disentuh tentang ibu ayah, lidahku kelu tak mampu berkata.. segala puji bagimu, Allah..

Nafastari said...

Aku (Al-Ghazali), aku sangat faham dengan setiap patah tutur katamu, dan kau pun tahu tentang itu.

Anonymous said...

Tapi akak yang tolong basuhkan kuali bekas ayah memasak sira labu itu. Akak terpaksa mencari sendiri bekas dan mengambil sendiri labu itu di bawa pulang ke kelantan.. tapi akak tak dengki sebab akak tahu awak nak cari bekas tu pun tak jumpa. Sampai dewasa ayah uruskan kamu.

Umi Nurahadi

nasikerabupetro said...

Memandangkan blog saudara tak menyediakan chat box, saya terpaksa komen di posting ni...

"So touching, sumtimes fell like u r a geek person"

RUMAHKU

Anonymous said...

tuan nafastari,
sindiran kekanda umi nurahadi itu membuatkan saya tersenyum penuh makna, sehingga perlu untuk saya khabarkan pd tuan di sana =P benarkah kata2nya?

Anonymous said...

takpe2.. nnt ade orglain tolong jaga dia plak.. hehe
hartini... dia mmg macam tu...
jgn mare ye tuan ahmad! ;p

-nur-

Anonymous said...

hhuhu... it'my dad too. ayah memang macam tu. sebagai salah seorang anaknya, saya juga menjadi kelu, tak terkata apa2, mmg terharu, apb brada dalam situasi ini.

wanahaf