Saturday, September 08, 2007

Sudah Nasib Fahmi

Fahmi baru berusia sebelas tahun, adalah merupakan anak sepupu penulis. Dia seorang abang yang baik kepada adik-adiknya. Pada Ahad lepas adiknya hendak memakan rambutan dan meminta Fahmi untuk mengait buah rambutan tersebut dari pokoknya. Malang sekali galah buluh yang digunakan telah patah dan entah bagaimana ianya telah jatuh tertusuk ke mata kiri Fahmi. Kayu buluh yang tajam itu terlekat ke dalam matanya dan dia sendiri yang telah membuangnya. Lendir bercampur darah keluar dari matanya dan kesan lendir itu terlihat pada hujung buluh tersebut. Dia meraung kesakitan.

Sehingga cerita ini ditulis, sudah dua kali pembedahan dilakukan ke atas matanya. Sewaktu melawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah Fahmi memberitahu dia sudah hilang penglihatan mata kirinya, atau dengan bahasa mudah dia telah buta sebelah. Semoga Tuhan tidak menghilangkan pandangan bersih mata hatinya.

1 comment:

wanszuriati said...

Assalamualaikum,
Saya bersimpati dengan nasib fahmi yang juga merupakan anak sepupu saya, semoga Allah melindungi diri selalu dan semoga hikmat dan rahmat disebalik apa yang berlaku akan lebih mendekatkan dirinya sekeluarga kepada Allah.