Monday, September 17, 2007

Kuali Terbakar di Dapur


Nasib baik api yang menyala di atas kuali di dapur rumah penulis petang semalam akhirnya terpadam sebelum sempat ia merebak ke bahagian-bahagian lain. Semuanya bermula apabila kuali yang dipanaskan untuk menggoreng keropok itu ditinggalkan dan dilupakan kerana terlalu asyik mendengar cerita Hayatuddin yang datang untuk berbuka bersama-sama.

Setelah disedari dapur sudah pun berasap dan api yang sederhana kecil menyala dari dalam kuali yang berisi minyak. Dalam panik, air disimbah ke dalam kuali kononnya bagi memadam api, tetapi itulah sebenarnya yang menyebabkan api bertambah besar sehingga mencecah syiling dan menghitamkan jubin-jubin diding dapur. Mujur tindakan pantas Hayatuddin yang cepat menutup gas dan mencabutnya, bimbang kalau-kalau tong gas itu akan meletup kerana kepanasan melampau dari nyala kuali di atas dapur.

Malu juga dengan jiran-jiran yang berkumpul di bawah kerana terkejut dengan nyalaan api dan letusan kecil api dari dapur yang boleh dilihat dan didengar dari bawah apartment. Ianya juga telah menarik perhatian Azman untuk menawarkan bantuan sekiranya diperlukan. Terima kasih.

Benarlah,api itu sekira kecil menjadi kawan dan apabila besar akan menjadi lawan. Lagi sekali Tuhan memberi pesanan bagi mereka yang sering lalai dan terlupa.

7 comments:

Mior Azhar said...

Saudara,
Terima kasih kerana sudi mampir ke blog saya. Ha ha, kuali terbakar... mungkin petanda sudah sampai masa cari jodoh kot

Anonymous said...

awak lain kali jangan leka ek..terutama yang melibatkan air dan api...
jika disedari sejak kebelakangan ni beberapa perkara yang tidak diingini berlaku...
awak kena lebih ALERT dlm aper jua yang dilakukan kerana sebarang kejadian tidak diingini akan menyebabkan kesedihan pada insan2 yang terdekat dengan awak....
selamat berpuasa....

-waheeda-:)

Anonymous said...

tuan,
-semoga lebih peka dan berhati2 di lain waktu, sesungguhnya malang tidak berbau..

Anonymous said...

Mior, mungkin juga.
Waheeda, terima kasih. Tapi saya tidak pasti jika saya kenal anda atau tidak.
Hartini, semoga begitulah.

Anonymous said...

kenal atau tidak itu x penting...
yang penting adalah nasihat2 yang bernas serta boleh dijadikan teladan dan contoh dalam kehidupan manusia seharian...

-waheeda-:)

Nafastari said...

Kenal itu penting
Masuk rumah orang pun kita bagi salam
We don't simply talk to any stranger, rite?
Anyway, I do appreciate all the advices.

Anonymous said...

sempena bulan baik ni saya mintak maafla klau sebarang komen yang dihantar membuatkan tidak senang hati pada mana2 pihak...
mungkin betul kate orang mengenali seseorang itu penting untuk tidak menimbulkan sebarang keraguan....

-sorry-