Tuesday, September 18, 2007

Dalam Hujan Menolak Motosikal di Lebuhraya

Terpaksa menolak motosikal yang kehabisan petrol dalam hujan sejauh 10km di Lebihraya Pantai Timur di waktu maghrib dalam bulan Ramadhan! Itulah yang dilakukan oleh saudara kembar penulis sebelum dia berjumpa stesen petrol di Gambang pada pukul 9 malam dan berbuka di situ dengan sedikit bekalan kurma yang diambil dari rumah penulis sebelum dia bertolak pada petangnya. Sungguh terharu dan bersimpati dengan cerita itu dan saya fikir dia seorang yang sungguh berani dan kuat kerana belum tentu saya akan melakukan perkara sebegitu seteguhnya.

Melalui telefon dia memberitahu tiada siapa yang berhenti memberi bantuan dan dia tidak menyalahkan sesiapa. Katanya pasti orang lalu-lalang yang melihat akan ketakutan untuk berhenti dalam hujan memberi bantuan kepada orang bermotosikal begitu yang entahkan siapa.

Dia cuma sampai di Selayang pada pukul 12 tengah malam dalam kesejukan dan pakaian yang basah kuyup. Mungkin selepas ini dia patut bertolak pada waktu pagi dari Terengganu untuk ke Kuala Lumpur jika dia ingin juga menaiki motosikal. Atau ikut saja pesan ibu, naiklah bas.

4 comments:

Anonymous said...

saya bersimpati dengan nasib kembar tuan, hampir-hampir menitiskan air mata jugak. Tetapi dia memang seorang yang 'lere' sejak azali.. bila agaknya dia akan berubah.

Anonymous said...

Aku xminta simpati pd sesiapa.Tatkala aku basah kuyup dlm hujan pn,aku xpandang pn pd kenderaan yang dtg dr arah blkg aku.xmengharap pertolongan orang2.Harap2 "lere" aku ni,xberjangkit pd orang lain.

Anonymous said...

"lere" tu ape mksdnye?

Anonymous said...

'Lere' bolehlah disamaertikan "ma'nga".