Sunday, September 23, 2007

Dia Terpaksa Ditahan

Buat sekian kalinya pintu kemanusiaan terketuk lagi. Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia terpaksa ditahan di depot tahanan pada bulan puasa yang mulia, tatkala majikannya sepasang suami isteri datang ke pejabat bersama dengan pembantu rumahnya untuk mengambil pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara. Kesilapannya, mereka tidak perasan cop masuk di pasport pembantu rumahnya mewajibkannya untuk pulang ke Indonesia pada September tahun lepas. Dan rupanya semasa permohonan itu dilakukan pembantu rumah itu memang sudah berada di Malaysia atas Pas Lawatan Sosial.

Majikan serta pembantu rumah tersebut kelihatan sungguh naif dan seperti tidak bersalah. Kalau tidak masakan mereka datang ke kaunter untuk membuat permohonan yang pelik itu. Tetapi menurut undang-undang, kejahilan bukanlah suatu alasan atau excuse untuk tidak menghukumnya. Mereka merayu kepada kami untuk tidak menahan pembantu rumahnya. Tetapi penulis cuma diupah bekerja bagi menegakkan undang-undang demi menjaga keamanan, nyawa dan harta rakyat Malaysia. Di hadapan kami majikan perempuan itu menangis dan berpelukan dengan pembantu rumahnya yang masih kelihatan tergamam. Pegawai perempuan kami kemudiannya mengiringkawal tahanan itu ke bilik siasatan dan seterusnya ke depot.

Dalam ketakutan pembantu rumah tersebut bertanyakan pegawai iringkawal jika dia akan dipukul semasa dalam tahanan di depot nanti. Sudah tentu kami tiada hak untuk memukul atau menderanya. Dia cuma akan ditahan serta disoal siasat sebelum keputusan diambil samada untuk mendakwa atau terus menghantarnya pulang ke negara asal.

Kalau mengikut semangat dan rasa kemanusiaan kita selalu ingin menggembirakan dan dan memuaskan hati semua orang. Tetapi adakalanya kita memang tidak boleh memuaskan hati semua orang kerana kita cuma manusia dan hamba yang mempunyai kemampuan yang terbatas.

4 comments:

Anonymous said...

Ntahlah, memang sukar untuk melakukan sesuatu yang melibatkan faktor kemanusiaan. Tetapi apa yang jelas kerana menjalankan tugas yang sebenarnya itulah yang menjadi kesalahan di mata orang awam. Saya harap tuan bersabar menghadapi dugaan yang mencabar di dalam arena pekerjaan tuan. Buatlah keputusan sebagaimana yang tertulis dalam surat aku janji agar tidak mudah untuk didakwa dakwi suatu masa nanti.

Maswafi Abd Samat said...

Satu pilihan yang sukar...

Anonymous said...

tuan,
.. antara tugasan dan kasihan.. antara lurus fikiran dan ehsan.. ya, agak mengusutkan keadaan..

Dad of 4+1 said...

My maid kena balik...tak lepas FOMEMA...Have to wait another at leat a month before replacement datang....