Monday, September 10, 2007
Api di Jalan Batu Buruk
Inilah sepatutnya rupa Batu Buruk. Tetapi penulis dikejutkan dengan berita rusuhan jalanan yang berlaku di sekitar Batu Buruk pada malam Sabtu lepas yang telah dikaitkan dengan penyokong-penyokong parti pembangkang ekoran dari kemarahan mereka kerana pihak polis tidak membenarkan mereka berhimpun secara aman. Provokasi FRU telah memburukkan lagi keadaan dan perhimpunan yang sepatutnya berlansung secara aman telah tiba-tiba bertukar menjadi ganas.
Bukan meminta untuk disiarkan suara mereka di TV atau surat khabar, mereka cuma meminta sedikit kebebasan untuk berhimpun secara aman dan bersuara. Itu pun dinafikan permitnya oleh pihak pemerintah menerusi agensi yang bertanggungjawab. Tembakan pihak polis yang mencederakan orang awam melalui tembakan peluru hidup diharap mempunyai justifikasi yang benar-benar kuat agar orang ramai tidak merasakan demokrasi di Malaysia sebenarnya hanyalah sekadar laungan orang-orang atasan yang berkepentingan.
Labels:
Tragedy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pada pendapat saya, para penyokong parti pembakang itu juga harus mempunyai kesabaran yang tinggi di saat-saat menghadapi pilihanraya ini kerana tindakan mereka yang tidak sabar juga akan menjejaskan diri sendiri serta perjuangan mereka. Pihak berkuasa mampu membuat apa sahaja kerana kuasa ditangan mereka. Ibarat kata pepatah kalau ikut hati mati, ikut rasa rasa jadi binasa.
Post a Comment