Tuesday, August 07, 2007

Resah di Kuala

Bayu bertiup dari muara harapnya membawa khabar yang baik sahaja
kuala ini tidak sepertinya dulu lagi
sebelah sini Seberang Takir membawa tuah
pada seluruh isi Duyung yang menjadi tapak Teluk Warisan
si tua di Pulau Wan Man sana berbangga
akan nanti gahnya berdiri masjid kristal
yang memapar seluruh kehebatan senibina Islam

Pada riuhnya senja Jumaat di pantai Batu Buruk
dan nyaring bang Maghrib dari Masjid Ladang
siapa peduli peritnya derita di ranjang rumah Nur Zahirah
dan si gadis yang memakai jeans sendat dan kemeja-T singkat itu
rupanya bekas pelajar sekolah agama yang mahsyur
dulu pernah bertudung litup

Tidak mudah memahat sejarah
kerana mencipta tamadun ini
menuntut lebih ramai jemaah untuk sujud
di hening fajar pada terapungnya Kuala Ibai
mampukah sarjana lulusan Darul Iman itu mengajak


Panji Alam, Kuala Terengganu
21 Julai 2007

2 comments:

Dad of 4+1 said...

Scary huh.....Well, umat akhir zaman!

Anonymous said...

It's so critis and puitis.xsmestinya yang 'jadi' pd pandangan org skarang,adalah seorang yang berakhlak mulia dan 'jadi' dgn kehendak tuhan.