Wednesday, July 11, 2007
Taman Syahbandar
Taman Syahbandar Kuala Terengganu sememangnya sebuah taman yang menarik yang dibina berhampiran muara Kuala Terengganu dan menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama muda-mudi. Keadaan menjadi semakin meriah di waktu hujung minggu termasuk di malam Jumaat kerana hari Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu di negeri ini.
Di suatu malam Jumaat, berhadapan dengan taman tersebut berkumpul muda-mudi yang mempamerkan kereta masing-masing dengan memasang muzik yang membingitkan sambil membuka but kereta masing-masing. Lalu ramailah anak muda yang datang berkumpul berhampiran kereta-kereta yang dipamerkan tersebut dan sesekali mereka terpaksa bersurai secara tergesa-gesa apabila datang kereta polis membuat rondaan. Ada yang datang dengan menaiki kereta tetapi lebih ramai yang datang dengan menaiki motosikal secara beramai-ramai dan menunggangnya dengan gaya ala-ala rempit.
Tidak dapat dipastikan tujuan dan motif sebenar perhimpunan mereka, sama ada sekadar ingin mendengar muzik bising dari kereta secara beramai-ramai atau ingin memenuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah, tetapi yang pasti mereka kelihatan sungguh seronok!
Labels:
Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kat KT pong cam tuh gok?
posting ni tak best.. hoho.. ;p
Post a Comment