Monday, February 26, 2007

Putrajaya Bermandi Cahaya

Sewaktu pulang dari Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur, penulis dan kakak singgah sebentar untuk menikmati senja di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Sebelum matahari benar-benar terbenam lagi, Putrajaya sudah pun bermandi cahaya. Kami sengaja singgah di atas sebuah jambatan yang mirip jambatan Pulau Pinang untuk mengabadikan beberapa keindahan senja di situ.

Masjid Putrajaya yang tersergam itu bukan sahaja dikunjungi oleh Muslim untuk bersolat tetapi juga dilawati oleh pelawat-pelawat Muslim yang berminat dengan keunikan seni binanya. Mereka yang tidak menutup aurat, terutamanya yang bukan Muslim akan dibekalkan dengan jubah ala Morocco yang berwarna merah jambu dan biru muda. Walaubagaimanapun ianya juga dipakaikan kepada wanita-wanita muslimah yang tidak menutup aurat atau pun yang memakai pakaian yang ketat (walupun bertudung).

2 comments:

Dad of 4+1 said...

X pernah melawat PJ walupun agak dekat.....Isnt that the case? You always take things for granted. Cantik gambar malam!

Nafastari said...

i pernah la melawat, selalu gi mtg kat HQ imigresen presint 2 tu
my sista yg x penah, so i bawak dia gi tengok ptrajaya