Saturday, November 25, 2006

Masjid di Kampung Gunung Pasir


Ada sebuah masjid di Kampung Gunung Pasir. Sayangnya, masjid yang boleh memuatkan kira-kira lebih kurang 100 orang pada satu-satu masa itu jarang dikunjungi penduduk Kampung Gunung Pasir yang seratus peratus beragama Islam itu. Cuma azan Subuh yang biasanya kedengaran. Tidak Maghrib dan Isya’, jauh sekali Zuhur dan ‘Asar. Adakalanya memang tiada siapa pun mengunjungi masjid itu untuk berjemaah, waktu maghrib dan isya’ pun masjid itu bergelap tidak terpasang sebarang lampu.

Pernah suatu hari Makcik Supiah mengunjungi masjid tersebut untuk bersolat Maghrib berjemaah. Tetapi pada petang itu cuma dia dan seorang lagi lelaki yang hadir ke masjid. Apabila tiba waktu untuk menunaikan solat, Makcik Supiah menyuruh lelaki tersebut untuk menjadi imam, malang sekali dia enggan.

Lalu mereka berdua pun bersolat Maghrib secara individu di dalam masjid itu di petang itu!

4 comments:

The Superwomanwannabe said...

Kalau masjid kat bandar tu bolehgak percaya...takkan kat kampung saya pun cam tuh?? Apa nak jadi....

Dad of Four said...

Yup, my sentiment exactly....With an ageing community pun tak de org nak pergi ?

nafastari said...

Sukar nak buat komen lebih2. Sebab baru seminggu di sini. Mungkin diorang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak ke masjid...

Anonymous said...

kat kampung kita pun kurang jugak jemaahnya. Tp alhamdulillah setiap kali masuk waktu solat suara azan oleh Setopa akan kedengaran.. dan apa yang pasti ayah angah kita adalah seorang jemaah yang sangat istiqamah.

Umi nurahadi.