Tuesday, April 06, 2010

Anjing

Saya rasa orang Islam di Pakistan kebanyakannya bersikap lebih terbuka dan peramah kepada anjing. Mereka tidak prejudis kepada anjing dan ramai yang memelihara anjing di rumah. Selepas melihat bagaimana sikap mereka terhadap anjing saya teringat filem yang dibikin oleh Yasmin Ahmad yang menonjolkan seorang muslim yang menyentuh anjing dalam perjalanannya ke masjid. Saya rasa saya boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Walaupun saya menggemari cara garapan filemnya yang kreatif dan bersahaja itu, tetapi tidaklah bermakna saya bersetuju dengan semua mesej keliru yang ditonjolkan dalam filem-filemnya.

Tentang anjing. Saya selalu melihat seorang lelaki pada petang hari mengheret anjingnya bersiar-siar berhampiran sebuah taman dekat dengan tempat kerja saya. Dia berjanggut panjang, memakai shalwar kamiz serta kopiah putih. Anjingnya sangat besar. Semalam saya melihat seorang perempuan berjubah dan bertudung litup serba hitam mengheret seekor anjing kecil yang agak comel. Dia baru sahaja keluar dari klinik haiwan yang terletak di belakang rumah saya. Anjing kecil itu bermanja-manja dengannya, mengekorinya dan menggeselkan badannya ke kaki perempuan itu lalu mengena jubahnya. Kemudian dia bersama suaminya membawa anjing itu masuk ke tempat duduk belakang keretanya.

Jiran saya yang berjanggut panjang, selalu ke masjid dan kerapkali mengikuti jemaah tabligh untuk 'keluar' juga pernah memberitahu saya dia sangat meminati anjing dan pernah membela anjing. Tetapi sekarang dia tidak membela lagi, atas sebab-sebab kebersihan rumahnya. Saya pernah bertanya orang Pakistan bagaimana cara mereka menyucikan diri mereka jika terkena anjing, ada yang menjawab hanya dengan membasuh seperti biasa, tanpa menyebut enam kali basuhan termasuk sekali air tanah. Duga saya itu disebabkan perbezaan mazhab yang dianuti, tetapi apabila ditanya dia juga tidak tahu apa-apa tentang perbezaan mazhab dalam Islam. Malah dia sendiri pun tidak tahu imam mazhab mana yang diikutinya.

5 comments:

Anonymous said...

Sabah pun sama je...
Islam @ tidak, mereka susah untuk dibezakan...
Kalau di sana pertembungan mazhab dan fahamannya, tap di sini, anutan agama dan budaya/adat sukunya...
eii...x paham...pembantu prasekolah non muslim,masak untuk budak2 muslim, selamba, ketuk kepala anjing guna sudip goreng meenya, pas ketuk kepala anjing tu, dengan selamba, terus goreng mee kat dalam kualinya tanpa rasa apa2 bersalah dll..eii...xtau nak ckp...kalau makan kat restoran, hati2, bekas2 diorg tu kdg2 dijilat anjing, yg kita kat depan ni sedap2 je makan...aduish...masyarakat dunia...

Rafi Harumin said...

sabah? islam atauu tidak susah dibezakan? boleh bagi yang lebih detail?

Anonymous said...

Dari segi nama ex : Sarimah Mubin, Firman, Siti Rahmah, Fauziah, Yusof ~~~ Nama Islam, tapi, hakikatya Kristian...~~~

Disini Islam banyak pada nama saja... Agama dianggap sebagai ikut-ikutan, bukan anutan, anak-anak pulak suka ati mau ikut agama apa? Agama mamak (Kristian) bapak (Islam~~tapi, bapak juga minum arak, tidak solat dan tiada amalkan Islam). Itulah sebabnya mereka ramai yang namanya seperti Islam, tapi, bukan Islam.

Budaya dan adat lebih besar dan penting dari agama. Hedonisme, hiburan,shuffle,tarian,dll lebih disukai daripada mengamalkan agama.

banyak lagi...cerita pun tak pandai habis neh...

Nafastari said...

Anonymous,
Ada juga saya terdengar cerita sedemikian.

Ashrafi,
Tentu anda lebih faham kerana anda berasal dari wilayah itu.

Anonymous,
Saya tidak punyai masalah besar tentang nama mereka, kerana itu adalah hak mereka. Kalau di Pakistan dan Arab pun nama orang Islam dan bukan Islam sukar dibezakan.
Tapi saya berpendapat bahawa jika seseorang itu telah menganut Islam, maka wajiblah dituruti segala amalannya bukan hanya memilih-milih mana yang mahu ikut mana yang tidak. Dan tentu sekali agama itu lebih perlu diutamakan daripada adat dan budaya setempat.

Anonymous said...

Ya! Sy stuju. Sebenarnya, nama Islam itu adalah disebabkan adanya pengaruh Islam di sana. Kalau di Pakistan, saya tidak hairan sangat tapi ini sebab di Malaysia lagi. Sya ada juga bertanya dengan masyarakat tempatan kenapa keadaan mereka begitu. Saya diberitahu, sebenarnya banyak kampung-kampung Islam disini telah di'Kristian'kan termasuk Imam, Bilal dan penduduk Islam sekitarnya. Gerakan Kristian disini sangat kuat. Disebabkan penduduk di sini ramai yang hidup susah dan kesempitan, pihak gereja mengambil peluang dengan menabur kemewahan kepada mereka. Maka murtadlah mereka dengan memakai nama Islam. Namun, surau dan masjid2 habis dirobohkan. Sayu sangat hati ni saat melalui kampung-kampung yang demikian. Tidak tahu mau cakap apa? Sedih sangat...Malaysiaku...