Monday, November 16, 2009

Lombong Garam Batu Khewra



Perjalanan dari Islamabad ke Khewra (dalam daerah Jhelum) di mana terletaknya lombong garam batu mengambil masa kira-kira 2 jam. Kami melalui lebuhraya yang mempunyai 3 lorong dari Islamabad sebelum keluar di persimpangan Lila. Lebuhraya tersebut lebih dikenali sebagai motorway, mempunyai jalan yang agak selesa dengan kemudahan RnR. Tetapi setelah keluar dari motorway di Lila, kami terpaksa melalui jalan yang sangat daif. Jalannya sangat sempit, tidak rata, tiada papan tanda tunjuk arah atau amaran, tiada garisan putih di tepi dan garis putus-putus di tengah-tengah, sekadar jalan yang boleh dilalui. Kami melalui perkampungan Lila dan seterusnya Pind Dadan Khan yang agak gersang, kadang-kadang terlihat unta yang membawa orang atau barang-barang, kadang-kadang kelihatan juga kaldai dan kerbau-kerbau besar kurus yang bertanduk besar.

Sesampai di lombong garam batu Khewra, kami bersarapan terlebih dahulu di meja hadapan kaunter bayaran masuk. Mawar menyediakan nasi goreng, keropok dan spageti sebagai bekal sarapan kami. Mujurlah dua pemandu Pakistan yang membawa kami tidak mempunyai masalah untuk makan nasi goreng dan keropok yang dimasak oleh Mawar. Tetapi agak kelakar apabila kedua-dua Pakistan tersebut turut meletakkan sos spageti di atas nasi goreng, ala sambal tumis, kerana meniru seorang sahabat Malaysia yang sengaja ingin mencuba sos tersebut dengan nasi goreng.

Pihak berkuasa lombong tersebut kelihatan tidak bijak apabila mengenakan bayaran masuk yang sangat mahal kepada pelawat bukan warganegara Pakistan, agaknya mereka lupa tidak ramai pelancong yang ingin melawat ke negara mereka. Kami terpaksa membayar 7 kali ganda lebih mahal daripada bayaran yang dikenakan oleh pelawat tempatan, iaitu RS750, berbanding hanya RS100 kepada pelawat tempatan. Selain itu segala penerangan semasa di dalam lombong semuanya dalam bahasa Urdu, tanpa ada terjemahan ke dalam bahasa Inggeris, jauh sekali bahasa Melayu. Jadi, pelancong asing yang membayar 7 kali ganda akan sekali lagi berasa terdiskriminasi. Kami menghabiskan masa agak lama di dalam lombong berupa gua tersebut. Sebelum pulang, sempat menyinggah di kedai-kedai yang menjual lampu perhiasan garam batu di tepi jalan sepanjang jalan keluar dari lombong Khewra menuju ke pekannya.

Selepas itu kami konon-kononnya menuju ke Rohtas Fort, sebelum menyedari bahawa kami sebenarnya menuju ke Katas, bukan Rohtas. Ini adalah perkara biasa terjadi di sini, kerana pemandu Pakistan dengan yakin akan sentiasa mengatakan "yes, sir!" terlebih dahulu jika anda bertanya apa-apa. Mereka telah berkata bahawa mereka tahu tempat tersebut dan setelah menyedari ia silap, dia akan memberi pelbagai alasan bagi menjustifikasikannya. Perjalanan dari Khewra ke Katas melalui jalan di lereng pergunungan yang agak mencabar, sebelum kami berjumpa perkampungan Alam Abad dan pekan Choa Saidan Syah.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Rohtas Fort, kerana menurut pemandu kami boleh sampai dalam masa sejam lebih. Tetapi setelah hampir 3 jam berjalan kami masih belum nampak tanda-tanda menuju Rohtas Fort. Menjelang Magrib kami sampai di sebuah pekan Gujar Khan. Kami singgah sebentar untuk bertanyakan arah Rohtas Fort dan membeli sedikit pisang dan kentang goreng bagi menghilangkan lapar. Akhirnya kami membatalkan hasrat untuk ke Rohtas Fort pada hari itu, dan terus pulang ke Islamabad.

4 comments:

KopiahPuteh said...

Xkan xada gmbr kot Tuan Ahmad.
Paki oo paki...takde keje lain,asyik nk belit je..Aku mengutuk bkn kerna bangsa,tp kerana akhlak yang jauh menyimpang dari ajaran sebenar.Dgr cerita kt sana ramai maulana.Nasib baik Paki yang aku kenal di Malaysia ni bkn dari spesis pembelit mcm 2.

kelisa_samudera said...

kalau saya berada di tempat saudara, mungkin juga saya akan menghamun pemandu tersebut. apa salahnya mengaku tidak tahu, dari menjanjikan yang bukan2. 3 jam berada di dalam kereta yang menuju ke tempat yg salah adalah satu penyeksaan zahir dan batin untuk saya.

Golongan Marhaen said...

bile sebut pasal paki yang suke duk belit2, teringat kat loyer2 buruk yang saling tak tumpah perangainya esp loyer2 bangsa ituu...adakah kerana paki pun merupakan rumpun bangsa mereka?

Nafastari said...

KopiahPuteh, susah hendak cari yang jujur di sini. Mereka sangat suka menipu dan tidak menepati janji.

Kelisa, itulah masalah mereka- tidak sekali-kali berkata tidak walaupun mereka sebenarnya tidak tahu. Tapi sekarang saya sudah melihat ada perubahan pada pemandu saya, dia sudah pandai berkata tidak atau tidak tahu.

GM, mungkin juga... sudah berakar umbi dalam budaya hidup mereka.