Wednesday, October 14, 2009

Sesampai di Malaysia

Sekarang saya sedang bernafas di udara yang lebih lembap dan berat. Sudah seminggu lebih saya kembali ke sini dan ia memberikan satu rasa yang sangat membahagiakan. Agak klise, tetapi saya perlu menyatakan bahawa sekarang saya memang lebih menghargai tanah air sendiri terutama setelah menghabiskan lebih banyak masa di bumi Islamabad yang jauh berbeza dari Kuala Lumpur mahupun Kuala Terengganu. Saya juga telah benar-benar faham kenapa mereka menyebut hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari hujan emas di negari orang. Saya telah pun merasainya sendiri. Buat pertama kalinya juga saya telah berpuasa dan menyambut 1 Syawal di perantauan, tanpa emosi yang berlebih-lebihan.

Sejak minggu lepas media-media di Malaysia tidak putus-putus menyiarkan berita tentang pengeboman dan keganasan yang belaku di Pakistan. Saya tidak kisah sangat jika ia berlaku di Peshawar kerana ia agak jauh dari islamabad, tetapi agak menarik perhatian apabila ia menyebut satu kejadian pengeboman berlaku di sebuah pejabat PBB di Islamabad. Saya tahu tempat itu, selalu melaluinya dan ia tidak jauh dari kediaman saya di Sektor E7 Islamabad. Dan beberapa hari selepas itu kejadian serangan berani mati berlaku lagi di Rawalpindi, tempat yang selalu saya kunjungi untuk membeli-belah. Berpuluh-puluh orang meninggal dunia, dengan begitu saja. Nampaknya trend serangan di Pakistan sekatan sudah mulai memasuki kota yang saya sedang duduki. Ia agak membimbangkan kami, walaupun kami masih positif bahawa keadaan di sana tidaklah seteruk yang digambarkan oleh media.

Tadi rakan Malaysia di sana menghantar SMS, "keadaan masih dalam kawalan, cuma ada kejadian tembak menembak di kem askar di Rawalpindi". Seorang rakan yang lain membalas pertanyaan di ruang bual Facebook, "kedaan Islamabad sekarang agak tegang sedikit, tapi selamba saja keluar membeli-belah". Memang jauh perbezaan antara kenyataan media Malaysia dengan rakan-rakan yang tinggal di Islamabad.

Di sini di tanah air sendiri keadaan jauh berbeza. Tiada lagi sekatan-sekatan keselamatan di jalan-jalan raya, tiada lagi pemeriksaan imbasan di badan sewaktu hendak memasuki kedai dan restoran, tiada lagi hon yang menyakitkan hati di jalan raya. Kami bebas ke sana ke mari dan merasai pelbagai jenis makanan dengan aman tanpa perlu berteka-teki selepas ini hotel atau pasar mana yang akan dibom. Masa bagaikan terlalu pantas dan saya perlu membuat terlalu banyak benda sebelum kembali menghadap rutin di tanah berdarah Pakistan. Tiada apa yang perlu ditakutkan sangat, sebaliknya hidup yang memang perlu diteruskan.

8 comments:

sue said...

salam...
mera nam kaksue, penolong pengerusi persatuan bahasa inggeris smas 1999... selamat datang....kirim salam kat baby and ummu

Ceritera Marhaen said...

salam jay..
lama tak dengar cerita ko..juz baca blog ko je utk amik tau pasal ko..tak sangka aku ko ni amat dahsyat dalam menulis...apapun, selamat kembali ke Malaysia & selamat bertugas..;)

addyaholix said...

doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga disana kelak. peluk cium untuk nadaa!

kelisa_samudera said...

tentunya anda lebih menghargai negara sendiri selepas ini.

Anonymous said...

Sekarang kalau berpanas terik kat luar aku selalu menyebut n mengeluh,
"Panasnya Malaysia!!!"
Dan setiap kali aku menyebutnya aku teringat org yang pertama sekali "mengajarkan" aku ungkapan begitu di UIA dulu.
Orang itu ialah kau!
Hahahaha

Agak2 peribahasa "Hujan emas di negeri orang" tu sesuai kat Malaysia je ke atau applicable kat negara lain jugak ek?
Kalu ikutkan, berlambak2 org luar nak duduk Malaysia, sanggup menggadai nyawa nak sampai ke perairan kita. Mungkin bangsa mereka takde peribahasa mcm ni, walaupun kadang2 dari segi praktikal patriotik org seberang sungguhlah tinggi sampai tak kene tempat!

Mungkin pihak imigresen dalam meluluskan VISA boleh meletakkan peribahasa ini sebagai tagline dokumen2 penting yang diberi kepada mereka, terjemahkan dalam bahasa mereka terus...

Supaya mereka lebih mencintai negara mereka sendiri. Jangan asyik2 nak cari makan kat luar negara je...

Tapi tu lah, kalu aku ditakdirkan berada di tempat mereka, demi nyawa org2 yang aku sayang pastinya tidak membuatkan aku berfikir dua kali, bukan sahaja untuk bekerja di negara orang, malah menukar kerakyatan terus!

Allah, peliharakanlah Malaysia dan agama rasminya. Amin :)

-atbk-

Ummi Wafa (UW) said...

Salam,

selamat kembali bertugas. mesti seronokkan balik mesia. semoga kamu sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Yang Maha ESA.

eh tuu Sue mana ekk, puas doh mikir sapekah gerangan yang dimaksudkan PPPBI 1999.

wassalam

Aku... said...

Salam... Selamat kembali ke Negeri Terengganu buat sementara waktu....

yue said...

pa, did u change ur phone number? try to reach u but failed.

-yue-