Thursday, October 29, 2009

Lagu dan Kisah

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan dari rumah (di Islamabad) ke tempat kerja, saya mendengar CD di dalam kenderaan itu, lagu "Capri" yang lunak sekali dilagukan oleh Colbie Caillat menerjah masuk dalam corong telinga, dan menerawang sehingga entah ke mana-mana. Tiba-tiba sahaja pemandu saya menoleh ke arah muka saya dengan pelik. Rupanya saya tersenyum dan sengih sendirian. Lirik lagu Capri menceritakan tentang seorang bayi comel yang berada dalam perut ibunya.

Lagu indah yang bersahaja itu selalu mengingatkan saya pada peristiwa lepas, sewaktu di Kuala Terengganu ketika mula-mula hidup bersama Mawar dan Embun yang masih di dalam kandungan. Kami selalu mendengar lagu itu dalam kereta sewaktu kami bersiar-siar di sekitar Terengganu, ke pantai Batu Buruk, balik ke Setiu dan sebagainya. Dan sebenarnya ketika kami mula mendengar lagu Capri, Embun belum pun berada dalam kandungan Mawar. Lantunan suara Colbie yang sangat sedap dan lembut itu mengembalikan ingatan kepada memori lepas serta memberikan rasa yang menuntun jiwa, sangat indah, sukar dimengertikan dengan kata-kata atau tulisan. Ia bagaikan memberikan satu rasa kelegaan yang hampir kepada khayal.

Penulis bukanlah seseorang yang terlalu taksub dan mahir dengan lagu-lagu atau artis, tetapi terdapat beberapa lagu yang digemari. Kecenderungan saya lebih kepada lagu bergenre country, klasik dan lagu berentak perlahan yang biasanya dinyanyikan secara bersahaja. Saya menyukai Colbie Caillat, Norah Jones, Jason Mraz, Julio Iglesias, Robbie William, Michael Buble, Coldplay, MLTR, selain dari Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, M. Nasir, Sheila Majid dan Jamal Abdillah. Dan juga sangat menghargai suara yang mementingkan lontaran vokal seperti Josh Groban, Andrea Bocelli dan Il Divo. Juga penyanyi Indonesia seperti Sheila On 7, Peterpan dan Rossa. Lagu Sephia dan You Took My Heart Away (MLTR) misalnya mengingatkan saya pada memori di Pusat Matrikulasi UIA, dan mendengar lagu Dealova (Once) dan Ruang Rindu (Letto) akan mengingatkan saya pada saat-saat sebelum saya menikahi Mawar.

Semoga Tuhan mengampuni saya pada setiap kali saya mendengar lagu lalu saya khayal dan lalai dari mengingatiNya. Dan sebab itu juga saya tidak kisah jika orang berkata sesetengah muzik atau konsert itu haram. Ia bukanlah perkara utama atau asas dalam kehidupan, manusia masih boleh hidup seperti biasa tanpa muzik atau maksiat.


11 comments:

*Mawar Nafastari* said...

ehem! who took ur heart away tu ??...
scadalous! cet...

:p

ArLin said...

mmm amad, naluri manusia mmg sukakan muzik n bunyi-bunyian...i doubt it if we can live without music...islam pun bukan haramkan semua jenis muzik kan...hehehe

KopiahPuteh said...

No doubt we can live without music!!

Golongan Marhaen said...

patutla english ko ni power ek...

Yanaam said...

Of course we can live without music. Tapi lagu mendekatkan kita dengan kenangan.

...Sekali sekala layan Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL), tapi kenangannya sampai ke KT.

kelisa_samudera said...

apabila kita bijak memilih lagu, kebarangkalian untuk tidak khayal agak tinggi. bukan genre yang membuatkan kita khayal, tetapi cara kita menghayatinya.

WS Zuriati said...

Suami saya suka dgr lgu dikir barat...sguh xbelaga line...

Aku... said...

.................................................................................................................lagu..........................................................

gibrael said...

hakikatnya Islam juga x meletakkan hiburan atau lagu sebagai haram...saya bukanlah arif dalam agama tapi selagi mendengar lagu dan muzik itu tidak merosakkan akidah dan iman, bukanlah menjadi satu kesalahan...dan bagi penulis sendiri mengingat sejarah lampau yang menggembirakan, menyedarkan dan menenangkan, lagi baik dari melakukan perkara lain yg sia-sia...sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri...
p/s: rindu untuk berkongsi cerita dgn penulis....sesungguhnya pelbagai dugaan hidup yg saya alami selepas penulis ke sana....saya, wife, Puteri Aqilah dan Putera HARIZ mendoakan keselamatan dan kebahagiaan penulis di sana

Uncle said...

Dear Nafastari.

I love music too...il divo? wow, dulu masa depa pi Shangri-La KL tak sempat nak pergi tengok pasal tiket mahal sangat...last few days I watched Mraz live in Korea on youtube...beautiful...

Ibu n Abah said...

nafastari,
suami akak pulak cukup suka lagu
'butterfly kisses..'
kisah seorang bapa dihari perkahwinan anak perempuannya.