Tuesday, September 08, 2009

Sesudah Melawat Malaysia

Seorang pemuda Pakistan yang baru balik melancong dari Malaysia memberitahu dia sungguh tidak menyangka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun, mempunyai kemudahan infrastuktur yang bagus serta pelbagai tempat menarik tumpuan pelancong. Dia sangat mengagumi Malaysia kerana segalanya di sana jauh lebih baik daripada Pakistan.

Selama berada di Malaysia dia menginap di sekitar Bukit Bintang dan sungguh terpesona dengan segala hiburan, tempat membelah-belah dan suasana tempat itu sendiri. Dia juga ke KLCC melihat menara berkembar dan tidak lupa ke kota keriangan Genting Highland. Dengan bangganya dia bercerita pada suatu malam (di bulan Ramadhan) dia cuma menghabiskan masa di kelab malam di Bukit Bintang menari dan berhibur sehingga ke pagi. Katanya lagi dia sangat mengkagumi Tun Mahathir kerana telah melakukan perubahan yang sangat besar pada Malaysia. Dia berharap pemimpin Pakistan juga akan berbuat seperti apa yang telah dilakukan oleh Mahathir. Dia ingin ke Malaysia lagi di masa hadapan, bersama keluarganya dan ingin melawat Langkawi dan Pulau Pinang.

Tetapi menariknya dia ada bertanya saya,
"Kenapa mereka tidak menerapkan nilai-nilai dan budaya Islam di Malaysia? Bukankah Malaysia adalah sebuah negara Islam? Selama saya di Malaysia saya cuma dapat melihat 3 buah masjid, itu pun setelah puas mencari". Seolah-olah dia sangat kesal.

Lalu saya menjawab,
"Apa yang kamu maksudkan dengan nilai dan budaya Islam? Malaysia belum menjadi sebuah negara Islam dalam erti kata yang sebenar, lebih tepat ianya hanya sebuah negara Muslim. Kamu telah banyak menghabiskan masa di Bukit Bintang, Genting dan tempat segala maksiat, sebab itulah kamu tidak menjumpai masjid di sana, padahal terdapat beribu-ribu masjid di Malaysia dan kebanyakannya dibiayai oleh kerajaan.

"Kamu telah mengagumi Mahathir kerana telah memajukan Malaysia. Lalu sekarang jika benar Malaysia tidak islamik kenapa kamu tidak menyalahkan Mahathir kerana tidak mengislamkan Malaysia? Dan sungguh pelik, kamu sendiri ke Malaysia berseronok menghabiskan malam Ramadhan di kelab malam serta berkunjung ke pusat judi terbesar, tetapi sekarang bertanya kenapa negara saya tidak islamik seperti negara kamu".

Saya rasa mungkin dia boleh menjadi contoh yang sempurna bagi menggambarkan kekeliruan dan kecelaruan pemikiran kebanyakan orang Islam, mereka tidak tahu sebenarnya apa yang mereka mahu. Mereka ingin maju, tetapi tidak memahami maksud kemajuan sebenar menurut perspektif Islam.

22 comments:

Aku... said...

Salam....
Pembaharuan dunia Islam hanya di atas kertas.... Pembaharuan (at-tajdid), pencerahan (at-tanwir) dan sebagainya adalah antara beberapa istilah intelektual yang selalu diungkap para cerdik pandai Muslim, sama ada di negara ini mahupun di negara-negara lain. Banyak seminar dan persidangan telah diadakan sepanjang abad lalu dan kini perjumpaan ilmiah seperti itu masih diteruskan....

KopiahPuteh said...

Islam bukan hanya berselindung di sebalik baju labuh Sharwal khamiz atau Kurta.Open minded la sikit!!

KopiahPuteh said...

Silalah ke blog aku!!Belaja2 menulis.Hehe..

yue said...

pa, lari dr tajuk ni..
my lecturer inform ur name in our consti class last night. just confusing myself bile dia ckp dia sebaya dgn u. he's look 30-an. hehe sorry sir. guess who!

kelisa_samudera said...

dari tulisan anda mengenai pakistan, saya dapat memberi rumusan kasar bahawa kebanyakan penduduknya berada di dalam dunia yang tersendiri. mereka hanya memandang apa yang ingin mereka pandang.

Anonymous said...

series, aku tergelak besar bace gelagat diorang...
byk org byk ragam...

erm, tp encik kopiah putih tu ckp dgn tuan penulis ke? hmm pelik bunyinya. Saya meragui kefahaman encik kopiah putih akan entry ini. Then, "sile ke blog aku belajar2 menulis" haaa??? what???!!!

sape yang salah paham ni?
aku ke?

-joe-

Anonymous said...

setahu saya, mmg tak de negara islam skrg...kebanyakkan negara yg mempunyai majoriti org islam dikenali sbg MUSLIM COUNTRY...malaysia juga adalah muslim country...

-Pepper-

Anonymous said...

erm..rasanya "joe" yg slh faham ..aku rasa kopiah putih tu invite owner blog ni lawat blog dia...dia br blaja nk menulis blog...

p/s:lain kali baca btul2..jgn nk wat tuduhan melulu:p

-Nelly-

ainShahajar said...

menarik..

kalo nak maju kene ikot barat? ramai fikir mcm tu.. walau menafikan..

kita ada identiti kita.. same2 menjaga nilai2 tu.. jgn biarkan..hu

KopiahPuteh said...

Ya,kamu memang tersilap Joe.Nelly memang betul.Tulisan saya memang sangat mudah di fahami tuan empunya blog ni.Kerana dlm dia,ada sedikit aku.Dlm aku ada sedikit dia.

hans said...

manusia suka mencari perbezaan tetapi tidak dapat menerima persamaan
lumrah manusia

Anonymous said...

Ha, tu la art dalam menulis...
that's why la i put klausa keraguan sebelum mengakhiri komen dgn menggambarkan bahawa diri masih diselubungi kekeliruan.

Dan mengutarakan kekeliruan dengan "menuduh melulu" hmmm jauh bezanya tu...

Tp, jujur saya utuh dgn dapatan saya bahawa ayat en. kopiah mmg tergantung.

Sori maa, kdg2 i tetibe je suke jadi loyer free encik penulis... kerana dalam diri penulis tiada aku, dalam aku tiada dia, kami cuma 2 entiti berbeza yang berkawan baik!

lalalalalalala

-joe-

Anonymous said...

Joe.. Kopiah Putih itu adalah kembar kawan baik kamu.. hehe kerana itu dalam diri kamu x mungkin ada dia dan dalam diri dia tiada kamu tetapi ada kembarnya.. hehe

Menyampuk aja..

Hanie..

Anonymous said...

mungkin joe bkn ank terengganu..jd tak faham maksud ayat tu..aku skali baca dh faham je maksud kopiah putih tu...:p

-nelly-

chenta said...

adakah pada pandangan mereka islamik itu ditentukan dgn bilangan masjid?sedangkan mereka sendiri meraikan ramadhan di pusat hiburan??

wan storm said...

mungkin inilah diantara pandangan ikhlas orang luar terhadap Islam bangsa satu Malaysia, mungkin jugak budok tu pun keliru Islamnya, ....... banyak iktibar dari entry kali nih, salam, Kurta... C U oct.

Anonymous said...

eh, all this while aku igt
ade blogger sorang lagi tu si pi?
sbb silhuetee (eja caner tah) gambar profile die same ngan si penulis!

aku kenal la pi..
derang tak sama.. lain sikit!

tp tlglah phm, aku bkn nak create argument, sekadar mencari pencerahan agung di sebalik kekelaman keraguan (merepek ape la aku ni)

-joe-

Anonymous said...

ntahpapela ko ni joe. wahaha


budak baik

Melor said...

salam..
sgt2 suke dgn entri en.ahmad ni..
(ada pengalaman dgn kejadian ini juga)

Nafastari said...

Aku, terima kasih berkongsi, walaupun sebenarnya saya kurang jelas apa fokus kamu dan bagaimanakah ia berkait dengan tulisan saya.

Kopiah Putih, tetapi nampaknya begitulah mereka melihat Islam. Terlalu sarat dengan beban budaya dan amalan tempatan yang kadang2 tiada kaitan dengan matlamat sebenar Islam. Saya telah melihat blog anda, bagus sekali! Teruskan menulis dan rajin2lah mengemaskini.

Yue, saya fikir saya tau. Memang saya jauh kelihatan lebih muda dari dia. Sampaikan salam saya padanya. Tetapi apa yang membuatkan nama saya disebut dalam kelas kamu?

Kelisa Samudera, itu adalah satu huraian yg tepat mengenai orang Pakistan.

Joe, kadang2 itulah yg lebih baik untuk dilakukan, iaitu mengambilnya sebagai satu cerita yg lawak. Kerana jika tidak, ia cuma akan menyakitkan hati sendiri.

Pepper, saya tiada masalah untuk bersetuju dengan pernyataan anda.

Nelly, adakalanya silap faham yg kecil elok saja diabaikan begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan yg lebih buruk. Apapun, terima kasih atas keprihatinan anda. Siapa Nelly, adakah kita sudah saling mengenali?

Ain Shahajar, benar sekali. Yang penting kita tahu apa pegangan kita, walaupun kita mungkin minoriti tetapi kita harus jelas dan yakin dengan prinsip kita.

Hans, saya kurang faham bagaimana kenyataan anda itu berkait dengan apa yang saya tulis.

Joe, terima kasih jadi "loyer" free aku! Really appreciate that. :-D

Hanie, bagaimana anda pasti?

Chenta, itulah antara contoh kesempitan pemikiran. Padahal jumlah bilangan masjid yg banyak pun belum tentu dapat menggambarkan kedudukan Islam yang sebenar. Masjid sepatutnya diimarahkan, bukan dibina cantik2 sekadar memberi peluang kepada pelancong untuk datang bergambar dan pulang...

Wan Storm, ya suatu pandangan ikhlas dari budak rakyat asing yang keliru dan dikelirukan oleh dunia di sekelilingnya. Kurta siap! Tunggu saja...

Joe, marilah kita sama2 memberikan pencerahan agung dalam kapasiti kemampuan kita masing2. InsyaAllah.

Budakbaik, apa memang kamu ada masalah dengan Joe? Dia pun budak baik laa...

Aliah Hanim, waalaikumussalam. Terima kasih, sila singgah lagi dan berkongsi cerita dan idea kamu.

Anonymous said...

Kepastian saya hadir setelah membaca kenyataan Pi itu sendiri.. Tapi x pastilah kalau kamu pula berlainan.. Saya cuma bergurau dengan Joe dan dari cara saya memberi komen juga boleh tahu samada saya serius atau bergurau..

Hanie..

Anonymous said...

EN.PENULIS,
maaf kita tidak pernah kenal antara satu sama lain...
sy cuma meminati gaya penulisan blog ni shj...

-nelly-